Laman Pilih dan Tempah Hotel Online Terbaik di Malaysia

By | March 22, 2015

** Review  laman pilih dan tempah hotel online terbaik di Malaysia

Salam hormat,

Jika lebih kurang 2 tahun lalu, saya ada menulis review tentang blog pelancongan Jomjalan.Com, maka hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit maklumat berkaitan sebuah lagi laman sesawang niche pelancongan yang mungkin anda belum  pernah mendengar mengenainya.

Review khas  tentang PilihHotel.Com – Laman Pilih dan Tempah Hotel Online Terbaik di Malaysia ini dibawakan khas bagi membantu memperkenalkan jenama laman agensi pelancongan baru  ini kepada semua pembaca, rakyat Malaysia khasnya.

Mungkin PilihHotel agak asing kepada anda semua berbanding Trivago atau Agoda yang sememangnya sudahpun dikenali ramai serta sudah pun membina kredibiliti tersendiri  sebagai agensi pelancongan tersohor serata dunia.

Untuk pengetahuan anda, PilihHotel.Com merupakan sebuah agensi pelancongan atas talian ( online ) berkonsep serupa yang baru sahaja ditubuhkan dengan kolaborasi  enjin carian hotel, tiket bas dan tiket penerbangan  bertaraf antarabangsa. Antara agensi pelancongan yang terlibat menjalinkan usahasama dengan PilihHotel.Com ialah Expedia, Booking.Com, LastMinute.Com, RatesToGo.Com dan beberapa agensi pelancongan terkenal yang lain.

 photo e2aafe11-4065-43e5-a1c3-d0a5481176cd_zpsbgc60ftk.png

Menariknya, walaupun baru saja ditubuhkan PilihHotel.Com menawarkan tempahan hotel, tiket bas dan tiket penerbangan pada kadar antara yang termurah tanpa sebarang caj tersembunyi seperti kos pengurusan dan sebagainya berbanding sesetengah pihak lain dari bidang yang sama. Bererti anda dapat berjimat dengan menempah hotel, tiket bas atau tiket penerbangan  sekaligus dengan membuat tempahan online daripada pihak PilihHotel.Com. Oh ya, tempahan adalah tanpa had dan boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana jua kerana mereka beroperasi 24/7.

Jadi, tidak kira di mana sahaja lokasi percutian yang anda rancangkan sama ada Pulau Langkawi, Cameron Highlands, Pulau Kapas dan sebagainya, manfaatkan aplikasi ini untuk pilih dan tempah hotel yang sesuai dengan budget anda. Sebagai contoh, jika anda merancang untuk bercuti di pulau bebas cukai, layari laman ini dan taip sahaja Hotel murah di Langkawi.

 photo f4dd85b8-039c-4c71-bb02-5a8a7fdbbd59_zpspxaayze5.png

Contoh paparan untuk carian hotel di PilihHotel.Com

Terdapat lebih kurang 2,500,000 hotel dari seluruh dunia yang disenaraikan di laman ini. Cukup mudah bagi sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan info awal berkenaan sesebuah hotel yang ingin ditempah bagi sesebuah destinasi percutian pilihan masing-masing . Dengan sekadar satu klik sahaja, maklumat berkaitan harga sewa bilik hotel, sudah pun terbentang di hadapan mata anda.

Jika anda masih kurang yakin dengan servis yang ditawarkan oleh pihak agensi pelancongan ini, anda ambillah sedikit masa untuk meneliti setiap halaman yang tersedia di laman web ini.

Di PH juga anda boleh menempah tiket bas tidak kira sama ada untuk tujuan pelancongan mahupun urusan pekerjaan. Ini kerana PH juga menjalinkan kerjasama dengan lebih daripada 60 operator syarikat bas terkemuka seperti  Transnasional, Pelangi Express, Sri Maju Group, Plus Liner, Star Shuttle , Konsortium ( Malaysia ) dan sebagainya lagi melibatkan  lebih 12,000 laluan bas termasuk Malaysia, Singapura & Thailand.

Jika anda berasa ragu-ragu dengan maklumat yang saya paparkan ini, anda boleh baca sendiri untuk kepastian di sini.

Mungkin anda juga tertanya-tanya bolehkah tempahan tiket bas dilakukan di sini untuk urusan balik kampung pada musim-musim perayaan ? Jawapannya, tentu saja boleh. Jadi tak perlu lagi membuang masa untuk berebut-rebut dan beratur panjang di kaunter tiket, sebaliknya anda boleh lakukannya sahaja dari kediaman anda.

Hal yang sama juga ditawarkan oleh PH untuk tempahan tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih. Menarik bukan ?

Satu persoalan yang boleh dikira agak menarik untuk diperkatakan di sini, PilihHotel juga ada menawarkan satu peluang mirip affiliate program kepada para usahawan internet marketer atau sesiapa sahaja yang berminat mencari pendapatan sampingan.

Walau bagaimana pun, buat sementara waktu saya tidak akan memperkatakannya di sini kerana penjelasannya sudah pasti menuntut waktu dan coretan yang panjang. Tugas saya di sini sekadar menulis sedikit review tentang laman pilih dan tempah hotel online terbaik di Malaysia sebagai pendedahan kepada umum.

Sebagai saranan, anda jelajahi dan terokailah sendiri dahulu laman agensi pelancongan ini pada waktu-waktu senggang anda untuk melihat sejauh mana ia berfungsi, manfaat yang diperolehi serta ketepatan maklumat yang terkandung di dalamnya.

Secara peribadi, saya menjangkakan bahawa laman ini mempunyai masa hadapan yang cerah untuk berdiri setanding dengan laman pelancongan yang lain kerana semakin menjadi trend masyarakat hari ini yang mulai gemar membuat pembelian atau tempahan secara online dek kerana faktor kesibukan, serta kecanggihan teknologi yang semakin memudahkan banyak urusan.

Ok, jangan lupa layari PilihHotel.com – laman pilih dan tempah hotel online terbaik di Malaysia. Tidak sukar melayarinya kerana ia menyediakan banyak pilihan bahasa untuk para pembaca 🙂  Oh ya, jangan lupa untuk bookmark laman tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me