Salam sejahtera buat semua

Lebih kurang 3 minggu dari sekarang, sekolah akan bercuti. Sekolah bercuti bererti murid dan cikgu pun turut bercuti juga. . Yeehaa, bestnya cuti! Bukan saja anak murid,malah cikgunya juga ternanti-nanti. Siapa tak suka cuti kan ?! 😀

Ok, ke mana agaknya destinasi percutian anda sekeluarga pada cuti penggal pertama nanti ? Australia ?  China ?  Vietnam ? Wah, wah,wah…. percutian  international gitu !

Ehemm, bagi yang mampu memang langsung  tak jadi masalah, tapi bagi yang kurang berkemampuan macam saya ni  , tentu nak juga merasa pergi bercuti. Masalahnya dah rancang ke belum destinasi mana yang  hendak dituju ? Jika belum, apa kata ikut saya saja. Jom jalan-jalan ke Kuala Lumpur.

“ Kuala Lumpur ? Ahaa,memang lah best..taaapiii  kan, sakit kepala , boleh naik darah nanti dibuatnya nak mencari hotel yang sesuai dengan budget kitaorang.Ingat senang ke nak survey satu satu?”

Ha,mungkin beginilah agaknya situasi yang pernah  dilalui jika memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur.

Lupakan!  Itu cerita lama. Pada zaman ledakan teknologi seperti sekarang, mencari hotel yang sesuai dengan budget, tidak lagi sesukar dulu. Tak perlu lagi terkejar-kejar semata-mata mencari hotel selesa lagi rendah kadar sewanya. Tak perlu ‘hello’ sana-sini meminta receptionist bacakan rate bilik agar kita boleh jimatkan perbelanjaan sewa bilik dan untung-untung boleh shopping sakan selepas itu….heheh.

Hari ini, kadar sewa bilik sesebuah hotel di Kuala Lumpur khasnya, boleh kita ketahui dengan hanya satu klik. . Klik dan buat perbandingan harga. Pilih satu yang menepati budget dan citarasa anda kemudian tempah !

Ye, klik sahaja  ke laman JomJalan.Com.My ini.

header jomjalan

JomJalan.com.my merupakan sebuah blog informasi pelancongan dwi bahasa yang menyediakan informasi khusus mengenai KUALA LUMPUR. Jika anda berkesempatan melayari laman ini, anda boleh melihat bagaimana maklumat yang khusus diperincikan mengikut kategori seperti lokasi hotel, tempat menarik  yang  dibahagikan pula kepada sub kategori seperti pusat kraf & seni, kompleks membeli-belah ( hoho,, yang ni pasti para cik puan suka ni.. 😉  hehe), taman tema dan sebagainya lagi. Bermakna anda bukan sahaja boleh memilih lokasi hotel yang sesuai,malah mendapatkan senarai hotel daripada kategori mewah sehingga kepada hotel bajet yang sesuai dengan kemampuan anda, hanya melalui laman ini.

Seperkara yang sangat penting untuk diberi perhatian jika anda memang berhajat ke Kuala Lumpur adalah tempat penginapan. Hal ini perlu diuruskan lebih awal memandangkan tempahan perlu dibuat dengan cepat bagi mengelakkan kesesakan atau tiada kekosongan.

Di JomJalan.Com.My,anda diberi akses untuk melihat senarai hotel mengikut bajet anda sendiri. Terdapat lebih daripada 100 buah hotel yang disenaraikan dalam laman ini merangkumi kategori mewah hinggalah kepada kategori hotel bajet . Lengkap dengan kadar harga, nombor telefon untuk dihubungi, serta fasiliti yang disediakan menjadikan urusan percutian anda lebih santai dan menyeronokkan.

hotel traders

Pendek kata, semua maklumat berkaitan hotel-hotel di Kuala lumpur, kemudahan serta kadar sewanya boleh anda dapati secara mudah di sini.  Jika bernasib baik, anda juga layak mendapat potongan harga  istimewa.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan senarai restoran terbaik di Kuala Lumpur melalui laman pelancongan ini. Berita baik untuk yang berkeluarga, anda juga boleh melihat hotel manakah yang menyediakan kemudahan sesuai untuk anak-anak kesayangan anda beriadah serta terletak hampir dengan lokasi menarik untuk dikunjungi kanak-kanak  .aquaria2 klcc

Jika anda berminat untuk membuat tempahan, langkah pertama yang harus  dilakukan adalah daftar dengan menekan tab register ( daftar) yang terdapat pada bahagian atas sebelah kiri . Kemudian, login dengan menekan tab login,juga terdapat pada bahagian atas kiri laman tersebut.

Untuk sebarang kemusykilan  lain, anda bolehlah menggunakan borang ‘Hubungi’ yang disediakan pada bahagian bawah laman pelancongan ini.

Jangan bimbang, segalanya selamat dan percuma  !

Selain daripada senarai hotel serta restoran terkenal, anda juga berpeluang mendapatkan tips atau panduan-panduan menginap di hotel melalui laman ini. Informasi yang jarang-jarang sekali ditemui pada laman-laman sesawang yang lain, nampaknya ada di sini.

Wah,wah panjang betul cerita Cik Kiah hari ni heheh…. macam iye-iye aje kan nak jalan-jalan ke Kuala Lumpur.

***  Ok, untuk makluman semua, entri berbayar  ini dibawakan khas untuk JomJalan.Com.My, laman informasi pelancongan ibu negara – “Terokai Secara Mudah “. Tunggu apa lagi, jom layari JomJalan.Com.My  sekarang untuk melihat informasi pelancongan terkini.

 

34 Comments

  1. memang dah sesuai buat plan untuk cuti sekolah nanti
    rancang awal
    hehe

    1. Author

      ha’ah lah …. kena book awal kalau nak dok hotel,melainkan jika ada sedara mara boleh laa tumpang. ambe,mcm biasa teganu kite le..hihik

  2. alhamdulillah hujung bulan ni ada family day di legoland, anak2 paling happy!!! syukurlah opis organize event ni ;), jimat duit tiket hehehe

  3. Berguna untuk saya sekeluarga yang merancang untuk bercuti di musim cuti sekolah awal bulan depan..terima kasih..

  4. byk kena pandia cari.ada harga berpatutan ada cukup2 budget tpi hotel tak seberapa heee

  5. wah seronoknya jalan2 cuti sekolah kan..
    kalau rajin singgah le melaka

  6. Waktu cuti sekolah memang akan mengembirakan si anak..hehe..tapi si ayah kena get ready la kos perbelanjaan tuh..

    1. Author

      Itu le namanya kasih n pengorbanan ayah… syg anak2 dan isteri labur2kan…hehe. x pe saham akhirat tu

  7. Semuanya mudah dan tersedia depan mate

    ambe doakan semuanya dipermudahkan dan seronok bila ke KL nnti..

    hehe, KL ni kalau pandai berjalan2, mmg seronok =)

  8. info yang menarik..cuti sekolah nanti kami nak ke Terengganu. mungkin sebelum tu nak bawa anak2 jalan ke Aquaria KLCC..

  9. SY YANG DUDUK DEKAT2 NGAN KL NI XSAMPAI LAGI AQUARIA…

    1. Author

      maybe musim cuti seminggu lagi ni boleh cuba ambil peluang pergi

  10. mana kita nak pegi ni anak2 heee..kl ker melaka masih dok pikir lagi mk admin heee

  11. saya pernah buka laman ni, cumanya saya x explore la lebih lebih

  12. mmg mudah la ada laman web mcm tu utk cari hotel, restoran dan sebagainya…..
    bila semua tempat kita dah tahu senang nak plan perjalanan…


  13. thnx!!!info yg sgt berguna…yea…nak g KL esk!

Leave a Reply to Hairul Hissam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *