Salam sejahtera buat semua
Lebih kurang 3 minggu dari sekarang, sekolah akan bercuti. Sekolah bercuti bererti murid dan cikgu pun turut bercuti juga. . Yeehaa, bestnya cuti! Bukan saja anak murid,malah cikgunya juga ternanti-nanti. Siapa tak suka cuti kan ?! 😀
Ok, ke mana agaknya destinasi percutian anda sekeluarga pada cuti penggal pertama nanti ? Australia ? China ? Vietnam ? Wah, wah,wah…. percutian international gitu !
Ehemm, bagi yang mampu memang langsung tak jadi masalah, tapi bagi yang kurang berkemampuan macam saya ni , tentu nak juga merasa pergi bercuti. Masalahnya dah rancang ke belum destinasi mana yang hendak dituju ? Jika belum, apa kata ikut saya saja. Jom jalan-jalan ke Kuala Lumpur.
“ Kuala Lumpur ? Ahaa,memang lah best..taaapiii kan, sakit kepala , boleh naik darah nanti dibuatnya nak mencari hotel yang sesuai dengan budget kitaorang.Ingat senang ke nak survey satu satu?”
Ha,mungkin beginilah agaknya situasi yang pernah dilalui jika memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur.
Lupakan! Itu cerita lama. Pada zaman ledakan teknologi seperti sekarang, mencari hotel yang sesuai dengan budget, tidak lagi sesukar dulu. Tak perlu lagi terkejar-kejar semata-mata mencari hotel selesa lagi rendah kadar sewanya. Tak perlu ‘hello’ sana-sini meminta receptionist bacakan rate bilik agar kita boleh jimatkan perbelanjaan sewa bilik dan untung-untung boleh shopping sakan selepas itu….heheh.
Hari ini, kadar sewa bilik sesebuah hotel di Kuala Lumpur khasnya, boleh kita ketahui dengan hanya satu klik. . Klik dan buat perbandingan harga. Pilih satu yang menepati budget dan citarasa anda kemudian tempah !
Ye, klik sahaja ke laman JomJalan.Com.My ini.
JomJalan.com.my merupakan sebuah blog informasi pelancongan dwi bahasa yang menyediakan informasi khusus mengenai KUALA LUMPUR. Jika anda berkesempatan melayari laman ini, anda boleh melihat bagaimana maklumat yang khusus diperincikan mengikut kategori seperti lokasi hotel, tempat menarik yang dibahagikan pula kepada sub kategori seperti pusat kraf & seni, kompleks membeli-belah ( hoho,, yang ni pasti para cik puan suka ni.. 😉 hehe), taman tema dan sebagainya lagi. Bermakna anda bukan sahaja boleh memilih lokasi hotel yang sesuai,malah mendapatkan senarai hotel daripada kategori mewah sehingga kepada hotel bajet yang sesuai dengan kemampuan anda, hanya melalui laman ini.
Seperkara yang sangat penting untuk diberi perhatian jika anda memang berhajat ke Kuala Lumpur adalah tempat penginapan. Hal ini perlu diuruskan lebih awal memandangkan tempahan perlu dibuat dengan cepat bagi mengelakkan kesesakan atau tiada kekosongan.
Di JomJalan.Com.My,anda diberi akses untuk melihat senarai hotel mengikut bajet anda sendiri. Terdapat lebih daripada 100 buah hotel yang disenaraikan dalam laman ini merangkumi kategori mewah hinggalah kepada kategori hotel bajet . Lengkap dengan kadar harga, nombor telefon untuk dihubungi, serta fasiliti yang disediakan menjadikan urusan percutian anda lebih santai dan menyeronokkan.
Pendek kata, semua maklumat berkaitan hotel-hotel di Kuala lumpur, kemudahan serta kadar sewanya boleh anda dapati secara mudah di sini. Jika bernasib baik, anda juga layak mendapat potongan harga istimewa.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan senarai restoran terbaik di Kuala Lumpur melalui laman pelancongan ini. Berita baik untuk yang berkeluarga, anda juga boleh melihat hotel manakah yang menyediakan kemudahan sesuai untuk anak-anak kesayangan anda beriadah serta terletak hampir dengan lokasi menarik untuk dikunjungi kanak-kanak .
Jika anda berminat untuk membuat tempahan, langkah pertama yang harus dilakukan adalah daftar dengan menekan tab register ( daftar) yang terdapat pada bahagian atas sebelah kiri . Kemudian, login dengan menekan tab login,juga terdapat pada bahagian atas kiri laman tersebut.
Untuk sebarang kemusykilan lain, anda bolehlah menggunakan borang ‘Hubungi’ yang disediakan pada bahagian bawah laman pelancongan ini.
Jangan bimbang, segalanya selamat dan percuma !
Selain daripada senarai hotel serta restoran terkenal, anda juga berpeluang mendapatkan tips atau panduan-panduan menginap di hotel melalui laman ini. Informasi yang jarang-jarang sekali ditemui pada laman-laman sesawang yang lain, nampaknya ada di sini.
Wah,wah panjang betul cerita Cik Kiah hari ni heheh…. macam iye-iye aje kan nak jalan-jalan ke Kuala Lumpur.
*** Ok, untuk makluman semua, entri berbayar ini dibawakan khas untuk JomJalan.Com.My, laman informasi pelancongan ibu negara – “Terokai Secara Mudah “. Tunggu apa lagi, jom layari JomJalan.Com.My sekarang untuk melihat informasi pelancongan terkini.
memang dah sesuai buat plan untuk cuti sekolah nanti
rancang awal
hehe
ha’ah lah …. kena book awal kalau nak dok hotel,melainkan jika ada sedara mara boleh laa tumpang. ambe,mcm biasa teganu kite le..hihik
klu ada best gak.klu tak der siapkan rm le huhu…
alhamdulillah hujung bulan ni ada family day di legoland, anak2 paling happy!!! syukurlah opis organize event ni ;), jimat duit tiket hehehe
wah,jealous ni…dah lama simpan hasrat nak ke sana
oh ada hari keluarga rupanya heee
selamat bercuti..gambar hotel tu hotel di KL ke?cantik.
ye… tu Hotel Traders. Dekat dgn KLCC
Berguna untuk saya sekeluarga yang merancang untuk bercuti di musim cuti sekolah awal bulan depan..terima kasih..
Ok,welcome…namapun kongsi cerita kan 🙂
alhamdulillah
dah lama tak ke Kuala Lumpur. Pastinya lebih menarik sekarang.
Sama la kite..
byk kena pandia cari.ada harga berpatutan ada cukup2 budget tpi hotel tak seberapa heee
yang best pepagi KL tak jem bila time cuti sekolah…
emm..ye ke ? Lama betul x ke KL
wah seronoknya jalan2 cuti sekolah kan..
kalau rajin singgah le melaka
Waktu cuti sekolah memang akan mengembirakan si anak..hehe..tapi si ayah kena get ready la kos perbelanjaan tuh..
Itu le namanya kasih n pengorbanan ayah… syg anak2 dan isteri labur2kan…hehe. x pe saham akhirat tu
Emm tu la..rela bekorban harta dan nyawa..cehhhwaaahhh.hehe
Semuanya mudah dan tersedia depan mate
ambe doakan semuanya dipermudahkan dan seronok bila ke KL nnti..
hehe, KL ni kalau pandai berjalan2, mmg seronok =)
mmg dah lama sangat2 tak gi KL
info yang menarik..cuti sekolah nanti kami nak ke Terengganu. mungkin sebelum tu nak bawa anak2 jalan ke Aquaria KLCC..
SY YANG DUDUK DEKAT2 NGAN KL NI XSAMPAI LAGI AQUARIA…
maybe musim cuti seminggu lagi ni boleh cuba ambil peluang pergi
mana kita nak pegi ni anak2 heee..kl ker melaka masih dok pikir lagi mk admin heee
senangnye pegi dua2….dekat aje tuh
selamat bercuti la..semoga bermakna
saya pernah buka laman ni, cumanya saya x explore la lebih lebih
kdg tu kita explore bila ada keperluan, betul tak ?
mmg mudah la ada laman web mcm tu utk cari hotel, restoran dan sebagainya…..
bila semua tempat kita dah tahu senang nak plan perjalanan…
thnx!!!info yg sgt berguna…yea…nak g KL esk!
ur welcome 🙂