JADUAL SESI SERLAHAN KEMASUKAN SEKOLAH SENI SESI 2014

By | October 4, 2013

essem

Rentetan daripada tawaran Permohonan Masuk ke Sekolah Seni Sesi 2014 secara online yang telah ditutup pada 6 September lepas, para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sekolah itu masih berpeluang untuk memohon ke sekolah tersebut. Jangan kecewa kerana calon masih berpeluang menghadiri temuduga atau lebih dikenali sebagai sesi  serlahan seni secara walk-in ke tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui jadual temuduga atau sesi serlahan seni dan lokasi mengikut negeri masing-masing, adik-adik dan para ibu bapa boleh menyemaknya sekarang melalui pautan ini

Calon-calon diingatkan agar memakai pakaian sukan sekolah iaitu baju T dan seluar panjang sukan. Selain itu segala dokumen penting yang berkaitan hendaklah dibawa bersama ketika sesi serlahan seni tersebut.

Sesi serlahan seni ini dibahagikan kepada 3 peringkat bermula dari 1 Oktober 2013 sehingga 23 Oktober 2013. Waktu sesi serlahan adalah diantara 8.00 pagi – 4.30 petang tertakluk kepada jadual.

Diucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang memohon 🙂

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “JADUAL SESI SERLAHAN KEMASUKAN SEKOLAH SENI SESI 2014

    1. SisHaza Post author

      ye Suri, zaman kita dulu-dulu mana ada..memang tak tahulah. Budak2 sekarang beruntung, ada banyak pilihan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me