CERITA PILIHAN RAYA : Panduan Tata Etika Pilihan Raya

Salam,

Semua tentu sedia maklum kita sekarang berada dalam mood  atau pun suasana pilihan raya. Makanya bercerita, bercakap dan menulis tidak lari juga dari memperkatakan tentang hal ini.

Dalam tempoh menuju kepada hari membuang undi, banyak senario yang berlaku sepanjang hari. Sabtu lepas, selepas pulang dari pasar saya bertemu dengan seorang pakcik penjaja ikan ketika singgah menghantar nasi dagang buat emak. Emak memang suka nasi dagang sebab tu jika ke pasar sedaya mungkin saya usahakan membelinya.

Pakcik penjaja ikan ni sejak dari zaman saya sekolah rendah lagi sudah berjaja di sekeliling kampung kami. Bagi suri rumah yang tidak ke pasar, mereka bergantung sepenuhnya kepada lelaki ini.

Sempat ‘diayatkan’ saya agar memilih kerajaan yang sedia ada memerintah sekarang walaupun kala itu sepatah perkataan hatta ucapan salam pun belum sempat saya lontarkan. Katanya  jangan jadi orang yang tak kenang budi. Baris-baris  ayat seterusnya terus dilantun dari mulutnya, yang mungkin membayangkan isi hati atau buah fikir bahawa kami para guru ini sudah menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Saya hanya tersenyum sahaja. Menjawab tidak,mengiyakan pun tidak. Biarlah. Memilih untuk berkata-kata takut nanti dikata kurang ajar dengan orang yang lebih tua, yang selayaknya dipanggil ayah.

Dalam senyap, saya terkesima juga. Atas dasar apa dia berkata begitu sedang saya bukannya jenis hu ha hu ha tentang parti mana yang bagus, calon mana yang layak menjadi ketua,  betul ke tidak si polan-si polan dalam klip video terlampau tu, siapa gula-gulakan siapa ….

Bukan, saya hanya seorang guru biasa ! Dunia saya dikelilingi kanak-kanak, famiy, blogging, novel, kucing dan arnab…serta coming soon mungkin  ikan guppy pula. Sekadar itu sahaja 🙁 Tisu,tisu….. ( pinjam sat style blogger kulit putih melepak  ni, jangan marah ye Aju )

Ohh, belum lagi cerita ‘disoal siasat ‘ tauke kedai ketika singgah membeli telur , maggi 😀 dan roti tika balik dari sekolah..

Begitulah. Musim pilihan raya menjelang, kita menjadi lebih ‘sensitif ’ daripada biasa. Semua orang hendak disergah..Belum lagi cerita melangkau sempadan kampung untuk menunaikan solat Subuh di surau nun jauh di sana sedang masjid besar lagi indah tersergam betul-betul tepi rumah !

Agaknya mungkin kerana inilah dikeluarkan garis panduan tata etika pilihan raya khas untuk calon, pengundi, pegawai pilihan raya, ejen pilihan raya dan lain-lainnya…pendek kata semualah yang berkaitan PRU 13 ni.

Bagi memastikan tata tertib atau tingkah laku yang baik sebelum dan semasa pilihan raya berlangsung serta memastikan semangat perpaduan kekal utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia sepanjang proses pengundian serta mengelakkan berlakunya sentimen perkauman yang boleh menyebabkan perbalahan , pihak SPR telah mengeluarkan garis panduan yang meliputi :

  1. Pemakaian tata etika
  2. Hari penamaan calon
  3. Kempen pilihan raya
  4. Bahan kempen
  5. Kemudahan awam
  6. Hari mengundi
  7. Pengiraan undi dan penjumlahan rasmi undi
  8. Pengisytiharan keputusan

Perincian perkara2 di atas agak panjang. Memang ambe tak sanggup nak menaipnye… heheh. So,apa kata kalian klik sajalah pautan ini untuk membacanya sendiri dan mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dan tepat.

Oh ya, jika kalian masih lagi kurang pasti tentang status kalian dalam daftar pengundi, bolehlah buat semakan dengan klik pada imej di bawah. Free aje ni haa

 

Kredit imej : Yanmieonline.com

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 comments

  1. Walau dah ada etika dan garis panduan, tapi kalau jenis tak reti bahasa, tentu dilanggarnya. Saya baru je dapat sms bertanya nak undi siapa.. peh memang berangin satu badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me