CALON BEBAS WARNAI PRU 13

By | April 21, 2013

Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.

Masih lagi tentang cerita pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung pada 5 Mei nanti.

Berbalik kepada isu  calon Bebas warnai PRU 13. Kejutan besar  dirasai banyak pihak selepas tamatnya proses penamaan calon semalam. PRU 13 mencatat sejarah yang tersendiri apabila pilihan raya kali ke-13 ini diwarnai dengan kemunculan ramai calon bebas yang akan menentang parti asal sendiri. PRU-13  mencatatkan sejarah calon bebas paling ramai, iaitu 190 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 78 kerusi di peringkat Parlimen.

Jika pada pilihan raya – pilihan raya terdahulu, hanya di Sabah & Sarawak sahaja yang kerap menyaksikan persaingan antara parti-parti utama dengan parti Bebas, kini nampaknya fenomena serupa sudah menular ke Semenanjung Malaysia.

Kehadiran calon Bebas  kali ini juga menyebabkan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan lebih.

Secara amnya, kehadiran  ramai calon Bebas bertanding pada PRU 13 kali ini ada kemungkinannya berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli terhadap pemimpin atasan yang tidak menyenaraikan mereka sebagai calon di peringkat tertinggi dan kecewa akibat tidak bersetuju dengan calon yang dipilih oleh kepemimpinan parti.

Antara yang terlibat serta mendapat kecaman hebat kerana memilih untuk bertanding atas tiket bebas ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim. Beliau akan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Perak selepas dikatakan kecewa dan menolak tawaran BN untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Bukit Chandan.

Disebabkan keputusan tidak dijangka itu, keahlian beliau sebagai Naib Ketua Wanita UMNO gugur serta-merta. Klik untuk mengetahui cerita lanjut tentang tindakan BN terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh ahlinya.

Berita lanjut tentang negeri manakah yang mempertandingkan ramai calon Bebas pada PRU 13 ini juga boleh dibaca di sini.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me