Tudung kanak-kanak
BORANG PERMOHONAN BR1M 2014 – Kongsi Macam2 Cerita

BORANG PERMOHONAN BR1M 2014

Berita gembira buat rakyat atau isi rumah  yang berpendapatan di bawah RM 3000, permohonan BR1M 2014 yang difahamkan dapat memberi manfaat kepada lebih kurang 5.9 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang  akan dibuka bermula Isnin ini ( 23 Disember 2013 ) sehingga 31 Januari depan.

Sumber : GOOGLE Images

Kementerian Kewangan menyebut  bahawa pembayaran bagi mereka yang layak akan dibuat bermula Februari 2014. Bagi mereka yang berhasrat mengisi borang permohonan BR1M secara online bolehlah dibuat melalui pautan ini. Manakala untuk permohonan secara manual, borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara percuma di pejabat cawangan dan pusat khidmat LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri masing-masing.

Prosedur Permohonan

  1. Bagi penerima BR1M sedia ada, anda tidak perlu lagi membuat sebarang pendaftaran. Namun pengemaskinian maklumat peribadi seperti alamat terkini, maklumat jumlah tanggungan  ( anggota keluarga ) serta nombor akaun bank perlulah dibuat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  2. Bagi pemohon baru, permohonan lengkap hendaklah dikemukakan dalam tempoh seperti  dinyatakan melalui borang permohonan BR1M 2014 sama ada secara online atau manual.

Imbas kembali berkenaan pemberian BR1M 2014 melalui pembentangan Bajet 2014 yang lalu kadarnya adalah seperti berikut :

  • Isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah kadar BR1M dinaikkan kepada RM 650 berbanding RM 500 pada tahun lepas.
  • Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang pendapatannya kurang daripada RM 2000 menerima kenaikan sebanyak RM 50 menjadi RM 300 berbanding tahun lepas.
  • Pemberian caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat Malaysia  atau dikenali juga sebagai i-BR1M bernilai RM 50 bagi perlindungan bernilai sehingga maksimum RM30 000 kepada penerima BR1M jika berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan  hilang upaya kekal dan juga kematian.
  • Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang hidup sebatang kara akan menerima kenaikan sebanyak RM 150 menjadi RM 650.

Wah, memang beruntung menjadi rakyat Malaysia kan … 🙂 . Amat wajar anda sebagai penerima bersyukur atas nikmat ini. Dan paling penting diharapkan pemberian ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membiayai keperluan anak-anak seperti pendidikan, perubatan dan sebagainya. Jangan pula salah gunakan untuk berfoya-foya atau menambah koleksi gajet-gajet mewah yang kurang penting dan melalaikan. Opps ! Cik Kiah bukan apa..sekadar mengingatkan. Bukannya dengki, cemburu jaaaauh sekali.. 😀

Ok, bagi sebarang pertanyaan lanjut anda bolehlah menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang hanya akan dibuka bermula pada 23 Disember 2013  ( Isnin- Jumaat sahaja ) dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari tersebut.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

4 Comments on "BORANG PERMOHONAN BR1M 2014"

  1. semoga ianya dimanfaatkan sebaiknya

  2. nak pohon juga la
    harap2 mereka luluskan

  3. Emm kena isi gak menda ni..nak hartapkan BR1M sendiri masih belum layak lagi..hehe

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me