Tudung kanak-kanak
APA ITU HAK TEBUS RUGI ? – Kongsi Macam2 Cerita

APA ITU HAK TEBUS RUGI ?

Salam hujung minggu,

Semalam kami sekeluarga keluar ke Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa urusan. Selesai semua, sebelum balik sempat juga singgah di TESCO Mergong. Biasalah, tempat Cik Kiah wajib singgah. Hantu buku… so apa nak dikata lagi kan.

Pengunjung lebih ramai daripada biasa. Kemungkinan besar ada kaitannya dengan Ramadhan yang akan menjengah hanya beberapa hari saja lagi. Deretan khemah gerai di luar pasar raya sudah banyak membarisi jalan. Tentu saja persediaan menjual juadah berbuka nanti. Agaknya termasuk juga gerai menjual puding taufufah dan putu buluh kot. He he he…

Kami ke bahagian barangan elektrik untuk membeli blender baru. Entah bagaimana si abang yang sedang cuci pinggan ( saya memang ajar anak-anak cuci pinggan dan gelas masing-masing selepas makan sebab mahu mereka belajar biasakan diri dengan tugas-tugas dapur dan tak menganggapnya sebagai kerja-kerja sebegitu sebagai tugas orang perempuan saja. Lagi pun.. saya tak ada anak perempuan 🙁  …huu   ) hari tu secara tak sengaja tertepis blender yang ada di tepi sinki. Apa lagi… jatuh, pecah dan rosak le.

Seperti biasa saya akan minta jurujual test dulu takut kalau-kalau tak berfungsi. Jika tak cuba, beli terus dan bawa balik kemudian nak guna 2,3 hari lepas tu baru perasan yang ia ada masalah, tentulah susah. Terpaksa buat urusan tebus rugi yang tentunya memakan masa juga kan.

Ok, anda tahu tak apa itu hak tebus rugi ?

Hak tebus rugi mengikut bahagian Koperasi & Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri adalah hak pengguna untuk mendapat pampasan atau ganti rugi ke atas pembelian barang atau perkhidmatan yang rosak, gagal berfungsi atau tidak memenuhi piawai atau ciri-ciri sepatutnya.

Cara Membuat Tuntutan Tebus Rugi

** Bagi barang yang rosak atau gagal memberi perkhidmatan sepatutnya:

  1. anda berhak meminta servis pembaikan semula atau pembetulan semula perkhidmatan
  2. pemindahan  hak milik barang daripada pembekal kepada pembeli ( contohnya kereta terpakai )
  3. penggantian barang baharu
  4. pembayaran balik harga barang
  5. pembaikan oleh pihak ketiga mengikut syarat-syarat yang dipersetujui

** Jika kerosakan barang dan servis tidak dapat dibetulkan, anda boleh:

  1. menolak untuk menerima atau terus menyimpan barang tersebut
  2. membatalkan kontrak perkhidmatan
  3. meminta pampasan atau ganti rugi

Walau bagaimanapun, untuk menyokong tindakan2 di atas, anda sebagai pengguna perlu:

  • pastikan menyimpan semua resit bukti pembelian
  • berhenti guna barang yang didapati rosak dengan segera dan jangan bertangguh untuk mengembalikannya kepada pihak penjual
  • melapor dan memberi butiran lengkap tentang kerosakan barang atau kegagalan perkhidmatan
  • menunjukkan bukti pembelian kepada pihak yang menjual

Ok, jika anda berhadapan dengan situasi di atas, cuba lah bertindak mengikut cara yang disenaraikan. Untuk maklumat lebih terperinci, atau mahu membuat aduan anda boleh layari laman rasmi KPDNKK atau terus  ke e-aduan .

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

4 Comments on "APA ITU HAK TEBUS RUGI ?"

  1. perkara ni dah tahu lama
    cuma istilah tebus rugi tu yang tak biasa guna

    pastikan hak kita sebagai pengguna

  2. Emm tak pernah guna istilah tebus rugi dan kalau bukan kerana penerangan ni, tak tahu apa itu tebus rugi…perkara ni saya dah amalkan lama dah..beli, ada rosak, pergi tukar..hehe

  3. bagus utk menjaga hak kita sebagai pengguna 😉

  4. boleh la tebus rugi.kalau ada benda yg rosak…tp sejauh maana boleh tebus tu yer

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me