Tudung kanak-kanak
Iktibar Daripada Musibah – Kongsi Macam2 Cerita

Iktibar Daripada Musibah

Iktibar Daripada Musibah

Salam hormat buat semua pembaca dan rakan blogger.

2015 banner

Selamat Tahun Baru 2015..moga lebih sukses !

2014 sudah pun berlalu. Meninggalkan banyak episod suka dan duka. Calar dan garis luka yang bukan sedikit tapi percayalah Dia tidak menguji kita di luar kemampuan melainkan kita sememangnya ada kekuatan untuk menanganinya.

Lupakan tentang kisah sedih. Biar ia menjadi sejarah dan ambilah iktibar daripadanya. Mudah-mudahan Tahun Baru 2015 ini, kita sama-sama lebih dewasa, lebih sabar dan lebih kuat menghadapi setiap ujian.

Sememangnya 2014 mencatat banyak sejarah tersendiri. Baik dari aspek peribadi mahupun secara umum.  Cerita peribadi, usahlah dijaja-jaja.  Sebaiknya kita simpan kukuh dalam kotak ingatan dan bukan langkah terbaik untuk mencanang ke sana-sini.  Biar diri sendiri saja yang tahu.

Malaysia pada tahun 2014 mencatat pelbagai cerita. Bertimpa-timpa bencana dan dugaan datang. Antaranya ,misteri  kehilangan MH370 yang belum terungkai sehingga kini biarpun pelbagai spekulasi timbul dan terus timbul , tragedi  pesawat MAS  model Boeing  777-200 MH17 ditembak jatuh di Timur Ukraine yang mengorbankan semua 15 kru dan 280 penumpang angkara kegiatan pengganas, dan terbaru banjir di Pantai Timur yang dikatakan paling buruk dalam tempoh lebih kurang 40 ++ tahun.

Iktibar daripada musibah banjir ini , banyak pihak mahupun daripada orang perseorangan atau badan korporat tampil untuk meringankan beban mangsa . Pelbagai sumbangan baik dalam bentuk kewangan, barangan dan perkhidmatan dihulurkan. Mungkin tidak dapat mengganti  segala kerosakan dan kehilangan namun setidak-tidaknya meringankan sedikit tanggungan mereka.

Iktibar daripada musibah kita juga bersatu , berdoa dan melakukan solat hajat dari jauh memohon keselamatan dan perlindungan.

Mudah-mudahan tidak ada yang menangguk di air keruh, walau hakikatnya kita tahu di mana-mana dan bila-bila  sekalipun golongan sebegini sememangnya ada.

Cuma sedikit yang menerbitkan rasa terkilan di hati apabila dalam bencana dan kesusahan begitu masih ada yang kosong rasa, cetek  akal dan jiwanya . Menyebarkan pelbagai gambar  kapal selam, ikan jerung dan duyung melalui aplikasi sosial WhatApps, Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya  kala puluhan ribu rakyat terlibat merintih kehilangan tempat tinggal, harta benda, kenderaan hatta ada juga yang hilang  nyawa. Wajarkah sendaan dan gurauan sebegini di saat Allah menurunkan ujian yang juga mungkin sebenarnya satu bentuk balasan atas kemungkaran yang kita sendiri lakukan ?

Mungkin sendaan itu sekadar berniat gurauan yang bertujuan menghiburkan kerana kita sendiri tidak diuji sehebat mereka, tidak merasa keperitan dan ketakutan saat diduga dengan ujian segetir itu. Namun percayalah, sendaan ini sangat tidak menyenangkan bagi pihak yang celik mata dan hatinya.

Sewajarnya setiap musibah, ambillah peringatan atau iktibar daripadanya. Walaupun insan lain yang menanggungnya , namun satu hari tidak mustahil  akan tertimpa  pula atas pundak diri kita.

Selamat Tahun Baru 2015 buat semua di luar sana. Mudah-mudahan tanah air ini akan lebih aman daripada bahaya keganasan, fitnah yang berleluasa, maksiat yang bermaharajalela serta murka Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "Iktibar Daripada Musibah"

  1. pelbagai jenis manusia dengan pelbagai ragam. sebagai manusia yang waras kita patut berfikir sebelum melakukan sesuatu.

  2. moga2 tahun 2015 ini kita terus kuat menghadapi segala dugaan

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me