Tudung kanak-kanak
Daftar Perniagaan Online Dengan SSM – Kongsi Macam2 Cerita

Daftar Perniagaan Online Dengan SSM

Apa cerita hari ini ?

Entri ini adalah susulan berita muka depan KOSMO ! hari Khamis , bertarikh 18 Disember 2014 yang bertajuk “ Jual Barang Menerusi Facebook Tanpa Daftar Diharamkan “. Ada sesiapa baca tak tentang berita ini ?

Isu jual barang secara online tanpa mendaftarkan perniagaan ini sebenarnya sudah lama diperkatakan seingat saya.  Sekitar 2009-2010, ketika saya sendiri pernah cuba-cuba  berniaga online ( itu pun produk dropship dan  produk kecantikan di mana saya menjadi agen / pengedar  produk yang  terpanggil berbisnes online sebagai cara untuk menghabiskan stok .. huhu  🙂 ) isu ini sudah mula diperkatakan. Dalam hati , terfikir juga saya adakah tindakan mendaftarkan perniagaan cuba-cuba dan suka-suka ini berbaloi memandangkan saya hanya  menjual produk orang lain di mana  keuntungan yang diperoleh pada masa itu sangat kecil, tidak berbaloi dengan masa yang dihabiskan berjam-jam setiap hari menghadap laptop  untuk memuat naik gambar dan sebagainya. Berbaloikah mendaftar  jika saya hanya semusim saja menjadi pengedar kemudian berhenti kerana produk diedarkan itu kurang mendapat sambutan di pasaran ?  Berbaloikah ? Itu yang sering saya fikirkan ketika itu. Ketika saya zero ilmu promosi produk 😀

Sekarang, saya 100 % sudah berhenti  atau lebih tepatnya berehat berbisnes online dan hanya menjadi blogger separuh masa saja.

Isu perlu daftar perniagaan online dengan SSM ini pada masa itu  sekejap timbul sekejap tenggelam. Dan hari ini timbul semula apabila ia dibangkitkan oleh Senator Shahanim Mohammad Yusoff pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan ( Pindaan ) 2014 pada Persidangan Dewan Negara yang lalu.

Menurut Dato Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK ), langkah mewajibkan peniaga online seperti di Facebook dan Instagram mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) adalah bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada eksploitasi dan sebarang penipuan oleh peniaga.

Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna  2012, peniaga online diwajibkan memaparkan nama perniagaan, nombor daftar syarikat,  alamat e-mel, nama pemilik serta nombor telefon masing-masing di laman web, Facebook, Instagram dan laman sosial lain yang berkaitan.

Sememangnya langkah mewajibkan pendaftaran perniagaan online dengan SSM ini adalah langkah yang wajar memandangkan bukan sekali dua kita mendengar cerita tentang penipuan peniaga online dalam urusniaga mereka bersama pengguna. Ada yang tidak menerima barang yang dibeli walaupun bayaran sudah dijelaskan. Belum lagi cerita pembeli yang menerima barang tidak berkaitan , barang rosak , barang tidak berkualiti dan sebagainya. Jadi dengan adanya penguatkuasaan untuk mewajibkan peniaga dalam talian mendaftar dengan SSM, pengguna mungkin lebih selamat semasa membeli barangan atau perkhidmatan dalam talian.

Namun, dalam isu ini ada juga kedengaran  cakap-cakap yang mengatakan bahawa langkah ini adalah sebagai satu cara untuk mendapatkan kembali sumber pendapatan negara untuk cover  perbelanjaan BR1M yang berjumlah berbilion-bilion ringgit itu. Juga bagi memudahkan LHDN mencari sumber seterusnya  bagi mencukupkan sasaran kutipan tahunan mereka … Wallahualam.

Dalam soal ini, saya tidak berniat  mengulas apa-apa. Jika ada pandangan daripada pembaca, anda boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Sememangnya , Malaysia adalah negara demokrasi. Setiap rakyat berhak bersuara.. Suara-suara rakyat itu juga mungkin ada waktu-waktunya benar, atau mungkin juga pada ketikanya tidak tepat dan perlu diperbetulkan .  Cuma secara peribadi  bagi saya, daripada berkata-kata sesuatu yang kita sendiri kurang pasti ( walaupun terasa ada kemungkinannya )  adalah lebih baik untuk kita berkata sesuatu yang boleh membantu kita bersatu untuk terus memperkuatkan bangsa dan  mempertahankan kedaulatan bumi tercinta ini.

Ok,  untuk daftar perniagaan online dengan SSM ( pendaftaran kali pertama ) anda tertakluk kepada peraturan Akta Pendaftaran Perniagaan  1956 ( APP 1956 ). Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang peruntukan peraturan tersebut, anda bolehlah membacanya di Panduan Pendaftaran SSM

Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter SSM atau pun secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement laman sesawang SSM.

Antara dokumen yang perlu dilampirkan ialah :

  1. Salinan kad pengenalan pemilik atau rakan kongsi
  2. Salinan surat kebenaran / sokongan  bagi jenis perniagaan yang berasaskan pendidikan
  3. Salinan surat kebenaran / sokongan daripada agensi yang berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan

Syarat Pendaftaran

  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Berusia 18 tahun ke atas
  3. Permohonan MESTI dibuat oleh pemilik atau rakan kongsi yang SAH sahaja.

Untuk melihat kadar bayaran pendaftaran perniagaan atau syarikat serta panduan penuh cara mendaftarkan perniagaan anda, sila dapatkannya di sini.

Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru

Panduan Pembaharuan  Pendaftaran Perniagaan

Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan

Panduan Penamatan Perniagaan

Diharapkan sedikit info berkaitan cara daftar perniagaan online dengan SSM / Suruhanjaya Syarikat Malaysia  ini bermanfaat untuk semua.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

18 Comments on "Daftar Perniagaan Online Dengan SSM"

  1. tq kak, saya pun dalam proses mendaftar perniagaan online, masih duk mencari nama yang sesuai 😉

  2. kadang2x yang berdaftar SSM pun lebih kurang sama menipu dalam bisness online.

  3. apa kelebihannya untuk mendaftar?
    orang yang tahu kelebihannya pasti segera mendaftar

  4. dah daftar baru nampak serius nak berniaga.

  5. Terima kasih atas informasi yang berguna sekali bagi saya yang memang bercadag nak daftarkan perniagaan sy, tapi belum ada masa lagi nak ke pejabat SSM.

  6. Nak tanye.. Kalo kite dah daftar.. Then pastu kite daftar utk kali ke2 dgn rakan kongsi lain.. Boleh ker??

    • Rizuan … sis pun tak berapa arif tentang ni. Pada pendapat Sis, elok Rizuan ke pejabat/ cawangan berkaitan then request untuk tukar kepada pendaftaran bersama. Kalau tidak nanti mungkin Rizuan akan ada 2 file dengan mereka. Takut timbul kesulitan pada masa depan. So mungkin bila nak renew kena bayar kedua-duanya sekali… mungkin lah ye. April 2015 ni GST akan dilaksanakan pula tu. Apapun ada baiknya bertanya dengan pegawai SSM sendiri ye

  7. Sis nk tny..klu cuma jd agent dropship je pn kne dftar ke?

  8. BIla nak buat akaun bank memang kena ada SSM…. jadi senang nak proses..:-)

  9. asmazura binti md emran | June 28, 2015 at 10:50 am | Reply

    salam…kalau saya dah daftar SSM…lepas tu saya lambat sikit buat bisnes atau baru nak cari bisnes…boleh ke macam tu.
    kalau daftar enterprise atau sdn bhd jumlah pembayaran sama ke?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me