CERMIN-CERMINLAH DIRI

By | March 5, 2013

Salam,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Dua tiga hari ni saya sibuk sikit dengan kerja, so tak berpeluang nak update blog tiap-tiap hari. Macam mana la blog nak dapat trafik yang banyak kalau camni ye tak ?! Compare dengan blog si peminat teh ni ( agaknye lah…  bcoz refer kat nama blog tu,,,hiks ), alahai cam langit dengan bumi. Sehari sehari entah berapa dia punya uv …  Ai punye ? 😐

Sesekali datang jugak rasa macam nak give up je berblog… Trafik tak memberangsangkan. Dok belek2 tengok hanya ada berapa visitors saje sehari. Silap kat mana pun tak tahu. Dok fikir2 maybe entri atau cara penulisan tak menarik. Mungkinkah ?

Tapi bila fikir2 balik kepada nawaitu asal berblog, tak pe lah. Ketepikan dulu soal kurang trafik. Insyaallah, nanti usahakan perlahan-lahan  how to fix this… harap2 ada la penyelesaiannya.

Dalam hal macam ni, nak menangani apa yang tak kena itu dan ini, dah menjadi tabiat manusia selalu menunding jari kepada orang lain. Punca kepada sesuatu masalah cepat2 dilemparkan kepada orang lain. Padahal, letaknya pada diri sendiri. Macam peribahasa ‘ tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket’.

Di tempat kerja ,contohnya apabila laporan sesuatu event tak disiapkan sedangkan bos dah mula bertanya, kita beri alasan komputer rosak. Sedangkan kalau fikir2 balik, mesin taip boleh jadi gantinya. Tak salah bukan ? At least, daripada tak ada langsung rite …

Di rumah pun begitu juga. Rumah bersepah isteri dimarahi.

” Awak ni buat apa sepanjang hari sampai rumah pun tak sempat nak kemas ? ”

Sedangkan sang suami ni lupa agaknya, walaupun si isteri tidak bekerja, tapi dialah pemandu yang menghantar dan menjemput anak ke sekolah. Dia juga yang memasak hidangan kesukaan sekeluarga. Dia memandu lagi menghantar dan menjemput anak dari kelas agama atau kelas tuisyen sama ada petang atau malam. Dia juga yang ke pasar membeli keperluan dapur agar pulang si suami nanti , penuh meja dengan lauk-pauk seenak hidangan hotel 5 bintang.

Mengapa salahkan isteri sedangkan kita ( si suami ) tak ada menghulurkan tangan pun untuk meringankan bebannya ?

Begitu juga dengan anak-anak. Kita bising, kita marah, kita mengamuk apabila usia mereka sudah masuk belasan tahun tapi Muqaddam pun belum khatam . Sedangkan waktu yang sama, kita asyik membaca akhbar menjelang Maghrib. Kita masih leka melayan tv menonton drama Korea atau menonton siaran ESPN. Solat berjemaah kemudian duduk membimbing bacaan pun tidak .. So,mengapa menyalahkan mereka ?

Mengapa suka menunding jari kepada orang lain sedang puncanya datang dari diri sendiri ? Cermin-cerminlah diri. Mungkin kita semua ni lupa, apabila satu jari menunding ke arah orang lain, 4 yang berbaki itu sedang menunjuk ke arah kita. Ho ho… ingat tu, bukan 1 tapi 4.

Entah apa2 la entri malam ni. Sahabat semua faham ke ?

Moral value  kat sini, berhenti mencari salah orang lain. Banyak perkara, banyak masalah sebenar-benarnya datang daripada diri kita sendiri ! Menuduh sesiapa tak membantu pun dalam  menyelesaikan masalah.

Ok, good nite semua. Thanks

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One thought on “CERMIN-CERMINLAH DIRI

  1. TehR

    bagus bila dapat salahkan diri sendiri
    kita tak gaduh dengan siapa2
    dan kita boleh sedar siapa kita

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me