Tudung kanak-kanak
CERITA BALIK KAMPUNG CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN – Kongsi Macam2 Cerita

CERITA BALIK KAMPUNG CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN

Salam ketemu lagi,

Cuti penggal pertama dah berlalu, tapi ni baru datangnya mood untuk update tentang cerita cuti.

Pada cuti penggal pertama persekolahan yang baru lepas, kami sekeluarga sempat balik ke Terengganu untuk beberapa hari. Hanya sempat rakamkan beberapa keping gambar sahaja sebagai stok bahan untuk update blog hehe..

Minggu pertama cuti, saya dan family tak ke mana-mana kerana saya dan Mr Hubby sendiri terlibat dengan kelas tambahan UPSR. Si Hafiy juga sepanjang minggu itu ada kelas tambahan UPSR,  yang rugi kalau ditinggalkan. Si abangnya sahaja yang tak terlibat dengan apa2 kerana tahun ini tidak terlibat dengan kelas peperiksaan awam.

Kami bertolak dari rumah jam 8:00 pagi. Sepanjang perjalanan sempat lah saya snap beberapa gambar untuk kenang-kenangan. Kualitinya tak ada lah sebaik mana, tapi untuk cuci mata can do laa kot ūüôā

Atas jambatan Tasik Banding menuju Jeli

Atas jambatan Tasik Banding menuju Jeli

Mr Hubby memang tak suka berhenti di sini untuk jimatkan masa disebabkan jarak perjalanan yang masih perlu dilalui sangat jauh lagi. So saya curi2 rakam dari dalam kereta sahaja.

Hajat di hati hendak merakamkan gambar sekitar kawasan R&R puncak Titiwangsa, tapi memandangkan jumlah pengguna lebuh raya yang berhenti di situ terlalu ramai ditambah pula dengan gerimis yang mulai turun, saya batalkan saja niat tu. Mulanya hairan juga kenapa ramai sangat sedangkan waktu itu adalah pada pertengahan cuti. Daripada pengalaman2 sebelumnya, biasanya waktu pertengahan cuti begitu, keadaan lengang… lazimnya tak begitu ramai orang. So agak lebih selesa. Rupa-rupanya keesokannya tu ( 1 Jun ) adalah cuti umum sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong… huhu aiseymen camana laa¬† boleh tak perasan ^_^

Ahad, 2 Jun jam 11 pagi saya dan Mr Hubby ke KT. Target nak ke Pasar Kedai Payang . Sekadar jalan-jalan. Beli keropok keping, jajan sedikit dan kalau ada terjumpa batik sutera yang berkenan, mungkin beli.

Dataran Shahbandar

>> sekali pandang, macam kat London pula heheh

>> sekali pandang, macam kat London pula heheh

Puas pusing sana-sini, langsung tak ada parkir yang kosong. Area Dataran Shahbandar pun penuh. Hanya di sekitar Water Front sahaja yang nampaknya ada ruang. Saya tak kisah menapak jauh sebab dulu-dulu dah memang terbiasa tapi disebabkan Mr Hubby yang ada sedikit masalah kesihatan disebabkan penyakit  hipertyroid nya, kami KIV saja dulu agenda tu.

Dah tak dapat nak ke Pasar Payang, kami berdua¬†ke sebuah restoran. Makan nasi putih bersayurkan peria goreng, sambal belacan, seketul kecil ikan haruan¬†¬†tasik goreng berlada¬†dan seekor ikan selar kuning¬† serta dua gelas sunquick dengan harga RM23.00. Mak oihh, mahalnya ! ( mungkin ini standard rate di sana dan negeri-negeri lain, tapi bagi saya¬†ini memang mahal. Serius mahal¬†).¬†Cekik darah betul …

Sebelum balik sengaja kami singgah sekejap melihat pemandangan sekitar Masjid Kristal. Memang ramai orang hari tu, maklum saja cuti sekolah.

Salah satu mercu tanda kebanggaan rakyat negeri Terengganu

Salah satu mercu tanda kebanggaan rakyat negeri Terengganu

masjid kristal (2)

Hari Selasa jam 5 petang sekali lagi ke KT @ Pasar Payang. Bukan apa, Cik Kiah tak puas hati sebab hari¬†Ahad sebelum tu gagal jejakkan kaki di sana ūüėõ ¬†Kali ini, ok je. Dapat parking area belakang, betul2 dekat dengan laluan belakang berhampiran gerai buah-buahan. Ahaa,¬†rupanya kena datang waktu petang. Tips kepada¬†sesape¬†khasnya pengunjung dari luar, jika mahukan sedikit keselesaan jangan datang pada hari Sabtu dan Ahad kerana pada kedua-dua hari ni ramai pengunjung khasnya¬†dari Kuantan, Johor dan KL turun untuk membeli-belah.

Tak habis lagi cerita  balik kampung cuti penggal pertama persekolahan ni hehe.. Naik ke kedai menjual batik dan sutera,dek rambang mata dan terpesona melihat aneka kain sutera saya terlupa untuk merakamkan gambar. Dapat juga beli 2 pasang kain sutera yang bertatahkan batu-batu dan manik. Rasa macam tak percaya bila beli sutera2 tu sebab selama ni saya memang jenis orang  yang simple dan  amat tak gemar dengan hiasan labuci2 dan manik begitu.

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ūüėÄ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ūüėÄ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "CERITA BALIK KAMPUNG CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN"

  1. bagus dapat ambil peluang musim cuti
    kami tak ke mana2
    muncung je nampak mulut anak gadis nan seorang
    hehe

  2. tasik goreng berlada?apa tu?hehe…ehh orang terengganu ke?mesti best kan duk jauh..sekali sekala pualng ke kampung pasti seronok..hehe

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me