Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, cuti penggal persekolahan datang lagi. Bermakna sudah separuh tahun kita meniti hari-hari mencabar pada tahun 2015 ini tanpa disedari.
Kepada yang sudah mula bercuti, diucapkan selamat bercuti. Jika mahu balik kampung, rancanglah perjalanan sebaik-baiknya agar anda sekeluarga tiba ke pangkuan keluarga dengan selamat. Jika ada yang merancang mahu bercuti ke Pulau Langkawi, Cameron Highland dan sebagainya tetapi masih tidak tahu hendak menginap di mana, anda boleh cuba mencari homestay atau hotel yang selesa di sini. Mahu yang murah , mahal dan ekslusif , insya-Allah semuanya ada di sini 😀
Selesai cuti 2 minggu ini, ada seperkara lagi yang akan sama-sama kita lalui. Apa lagi jika bukan Ramadhan al-mubarak.Ya, Ramadhan hampir menjengah lagi. Bulan penuh barakah, penuh kemuliaan , bulan untuk meningkatkan amal ibadat di samping menjadi bulan penambah rezeki kepada umatnya yang rajin dan gigih berusaha. Ya, bagi yang rajin berniaga pada bulan puasa, inilah masanya untuk mencari rezeki lebih.
Semalam, semasa saya memandu ke kedai runcit berhampiran rumah saya ternampak seorang wanita bersama anaknya, saya kira dalam lingkungan 11 atau 12 tahun usianya, sedang mengipas-ngipas seperti sedang memanggang sesuatu. Sangka saya mereka sedang membakar sate, tapi rupa-rupanya sedang mula hendak memanggang ayam percik. Dapat tahu itu ayam percik pun hanya setelah melihat papan tanda kecil bertulis ‘ Ayam Percik ‘. Laluan ini adalah laluan wajib saya siang mahu pun malam, jadi saya memang arif dengan apa yang ada di sepanjangnya.
Wanita menjual ayam percik ini, sebelum ini memang tidak pernah kelihatan kelibatnya di sini. Begitu juga dengan lelaki yang menjual air soya ,15 meter selepas lokasi wanita tadi. Saya arif benar sebab saya lahir dan membesar di sini 🙂
Kewujudan 2 gerai baharu ini tidak mengejutkan saya. Malah gelagat mereka bagai sudah memberikan jawapan bahawa itu adalah persediaan awal mereka berniaga menjelang Ramadhan. Senario ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan, yang sudah bertahun-tahun saya lihat.
Daripada aspek atau strategi perniagaan, langkah yang diambil oleh wanita dan lelaki di atas merupakan satu langkah yang cukup bijak pada pandangan saya. Tindakan mereka mencari dan menetapkan lokasi perniagaan walaupun sekadar menjual ayam percik dan air soya, mungkin didorong oleh beberapa sebab seperti pendedahan atau promosi awal kepada bakal pelanggan bahawa mereka ada menjual ayam percik dan air soya di lokasi ini. Jadi tidak perlu keluar jauh jika ada yang terasa ingin makan ayam percik atau minum air soya.
Langkah ini juga mungkin sebagai tindakan awal mencari lokasi strategik untuk berniaga. Orang kata ‘chup’ dulu sebelum diambil orang lain. Maklum sajalah, mencari tapak untuk berniaga pada bulan puasa ini bukanlah semudah yang disangka. Persaingannya sengit jadi jika bertindak lebih awal , itu satu inisiatif yang pasti lebih menguntungkan.
Terasa seronok pula melihatkan ramai yang berlumba-lumba mencari rezeki lebih dengan berniaga pada bulan puasa. Terdetik juga di hati, kalaulah saya juga mampu berbuat demikian …namun apa lah daya. Tugas hakiki saya menyukarkan semua itu..
Ok, kepada yang bercadang untuk berniaga pada bulan puasa ini, usah ditunggu-tunggu lagi. Mulalah mengorak langkah dari sekarang. Jika tidak pasti apa yang mahu dijual, anda boleh mencuba menjual aneka jenis air minuman, air soya misalnya. Atau pun boleh juga cuba berniaga tau fu fah, putu bambu dan sebagainya.
Ketiga-tiga jenis perniagaan ini tidak memerlukan modal yang terlalu besar dan lebih mudah diurus.
Namun jika anda mahukan keuntungan yang lebih,anda boleh cuba menjual nasi arab. Hidangan ini sememangnya digemari ramai dan insya-Allah ‘boleh jalan’ jika anda menjualnya di kawasan berhampiran ramai penuntut kolej dan pekerja industri.
Tak tahu resepi nasi arab dan cara penyediaannya ? Itu bukan alasan atau penghalangnya. Kini ada banyak buku resepi dan panduan memasak nasi arab yang mudah dipelajari. Tak susah pun sebenarnya.
berniaga tu sunnah dan memudahkan orang untuk mendapatkan makanan untuk berbuka besar pahala tapi jangan sampai membazir pulak huhu
Ha ha …betul tu Mr Azam 🙂