BELAJAR UNTUK MENGAJAR

By | September 22, 2013

Kata orang belajar dan terus belajar, seperti juga yang disabdakan oleh Nabi supaya belajarlah hingga ke negeri China . Ungkapan yang membawa maksud betapa belajar adalah proses berterusan dari mula kita lahir sehinggalah menuju liang lahad.

Tetapi sehingga hari ini 22 September 2013, saya masih di sini. Belum sampai ke negara China 😛 sebaliknya masih lagi di Kota Gapura Utara. Ya masih lagi di bumi kelahiran sendiri. Baru saja selesai belajar untuk mengajar.

Oho , diringkaskan begini saja. Ini adalah cerita tentang kursus Pendidikan Seni Visual Tahun 4  yang saya hadiri pada 2 hari lepas sebagai persediaan untuk sesi P& P 2014. Biasalah jika bertugas di sekolah yang kecil, sesiapa saja boleh dihantar menghadiri apa-apa kursus, namun baliknya  nanti belum tentu lagi akan mengajar subjek berkenaan 😐

Kursus belajar untuk mengajar selama 4 hari ni diadakan di Hotel Putra Palace yang terletak di pusat bandar Kangar. Kalau ada yang belum pernah dengar tentang hotel ni, silalah tatap gambar yang sempat saya snap sebaik selesai parking kereta ni sepuas-puasnya.

putra palace

Perlis merupakan negeri kecil jadi tidak banyak hotel besar di sini. Namun, pilihan masih ada kerana terdapat sangat banyak rumah penginapan atau homestay yang boleh ditemui dengan mudah di sini. Jika nak, anda juga boleh minta saya uruskan tempahan. Upah recomend bayar separuh dari harga homestay … ahak,ahak 🙂

Ok, berbalik kepada tajuk mengapa  saya sebutkan kursus tu sebagai kursus  belajar untuk mengajar.

Ramai orang menyangka kalau dah namanya cikgu tentu akan tahu serba-serbi. Hakikatnya tidak juga. Seorang guru yang mungkin mengkhusus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahirannya tentu lebih terserlah tentang aspek bahasa,morfologi, sintaksis bagai. Jadi apabila diarahkan mengajar mata pelajaran bukan teras yang lain, kursus khas diperlukan bagi membimbing guru berkenaan supaya pengetahuan tentang subjek berkenaan dapat dipertingkatkan.  See, tu lah apa yang saya maksudkan dengan belajar untuk mengajar.

Personally seronok juga apabila menghadiri kursus sebegitu. Lupa sekejap yang kita ni bekerja di sekolah. Hilang sekejap stress memikirkan tentang result UPSR bakal keluar nanti huhuhu.

Ok, dalam kursus 4 hari ni saya dan rakan seperjuangan yang lain didedahkan tentang 4 bidang yang terdapat dalam subjek PSV. Dalam 4 bidang tersebut terkandung pula 18 tajuk untuk diajar sepanjang tahun. Celiklah sedikit minda ( walaupun tak berapa lah  nak celik luas )  tentang apakah ruang cetek dan ruang dalam, teknik-teknik garisan, warna primer, sekunder dan tertier. Kenal juga serba sedikit apa itu pualaman, kolaj,mozek , asemblaj ,diorama dan sebagainya.

2 hari terakhir, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 atau 5 orang ahli. Kumpulan kami diberi tugasan menghasilkan boneka.

step buat boneka

Kumpulan Cik Kiah tengah menyiapkan boneka tongkat 🙂

Oleh sebab masa terhad serta kekurangan bahan, boneka yang dihasilkan ringkas sahaja. Tapi ok lah kan, daripada tak ada langsung.

boneka siap

‘Cik Kiah’ tak ada dalam mana2 gambar sebab sibuk jadi tukang snap aje …

boneka siap2

Can do laaa kan hihi

Tadaaaa …… boneka tongkat. Cantik tak ? He he he….

Teringat masa zaman kecik-kecik dulu sesekali ada juga main anak patung. Apabila dah jemu, mulalah gatal tangan bereksperimen cabut tangannya,cungkil matanya. Kadang main anak patung kain je. Biasanya kain batik emaklah yang jadi mangsa hik,hik,hik. Tapi bermain permainan macam ni sekali-sekala sahaja. Sebagai anak petani,saya banyak membesar di sawah.. ikut emak menyemai, menanam,merumput dan sebagainya. Memancing memang ‘bidang kemahiran’ saya. Puas memancing, saya dan rakan sekampung mandi sungai. Panjat pokok perkara biasa, sesuatu yang tak pernah dibuat oleh anak-anak saya. Dunia kanak-kanak saya dahulu memang lasak dan meriah !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

24 thoughts on “BELAJAR UNTUK MENGAJAR

  1. ajumohit

    waktu kursus lah dpt lari dari tugas di sekolah sekejap kan kak, memang cantik boneka patung tu, tapi lama2
    tgk jadi takut pulak hehehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Walaupun menjadi guru utk mengajar murid, tak ada salah dan tak ada hinanya belajar…bukan semua orang sempurna kan

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Ya Aizza..seronok kan bila kenang balik childhood memories. Masa tu mana ada patung Barbie bagai tu 🙂

      Reply
  2. Anak Askar Pencen

    Anak patung yang diperbuat daripada kain batik ni mak saya reti buat. Mak saya suri rumah, jadi kadang-kadang tu ada la jiran yang hantar anak tumpang kat rumah kejap. Disebabkan adik beradik kami semuanya lelaki, of course la takda mainan bebudak pompuan. Jadi alternatifnya, mak saya buatkan mainan anak patung guna kain batik macam masa dia zaman kecik-kecik dulu.

    Kebetulan, mak saya dulu pun membesar di dalam keluarga pesawah.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Zaman dulu kita tak ada mainan2 canggih seperti sekarang….jadi daya kreatif org terdahulu tak wajar dipandang rendah

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Itu sekadar contoh Mr Shubhi. Mungkin nampak ‘kecil’ dan tak bernilai bg pihak bukan guru. Tumpuan asal kursus adalah cara membuat pentaksiran terhadap tahap penguasaan murid. Sama ada mereka memahami bahasa seni,estetika seni dan sebagainya…dari aktiviti2 paling mudah hingga ke yg paling sukar inilah kami merekod dan melapor hasil pentaksiran

      Reply
  3. Bahrain

    Salam perkenalan, rasanya ni kali pertama kot jejak sini..
    Saya kalo pergi kursus ni yang leceh..mengantuk,. hehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah…. memang pun,nak2 kalau tukang sampai tu tak pandai nak tackle audience, boleh terlelap jawabnya:D So far, kursus seni seronok jer sebab banyak buat praktikal banding teori

      Reply
  4. TehR

    pernah juga buat patung dengan kain batik/pelikat
    tapi tak la seronok sangat
    saya lebih suka turun ke sawah cari ikan

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Saya banyak lakukan aktiviti lasak seperti memancing,mandi sungai sambil main rakit dan ikut budak lelaki cari ikan laga banding bermain mainan budak perempuan..masa kecil memang macam tomboy hihi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me