Bukan satu perkara yang aneh apabila seseorang yang sudah mempunyai kerjaya tetap tetapi masih lagi bekerja juga secara sambilan. Hal yang serupa bukan sahaja dilalui oleh mereka yang telah bekerja tetapi juga melibatkan para pelajar  terutamanya golongan mahasiswa atau mahasiswi. Tak terkecuali juga golongan pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun peratusan dari golongan ini adalah rendah dan agak terpencil.

Sedikit masa dulu heboh di media massa tentang golongan terpelajar yakni mahasiswa dan mahasiswi yang melakukan kerja sambilan terlarang dengan menjadi gro dan ‘anak ikan’ dek kerana mahukan kemewahan secara pantas. Langsung ada juga yang terjebak lebih jauh, menjual diri  semata-mata mahukan kemewahan.

Mengapa ramai pelajar dan golongan yang sudah bekerja masih mahu bekerja secara sambilan ?

Dikatakan keinginan bekerja secara sambilan ini didorong oleh faktor-faktor :

  • Tekanan atau desakan hidup. Mempunyai tanggungan yang ramai menyebabkan seorang ketua keluarga terpaksa memikirkan alternatif lain untuk meningkatkan pendapatan. Begitu juga bagi pelajar yang datang dari keluarga susah serta mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai. Mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Jalan lain untuk menyelesaikan masalah ialah dengan bekerja secara sambilan
  • Kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar >> Minyak naik, kos pengangkutan pun naik. Segala-galanya naik mencanak-canak. Gaji je yang tak naik-naik  😉
  • Keperluan untuk membiayai yuran pengajian, pembelian buku rujukan serta lain-lain keperluan pembelajaran seperti komputer riba dan sebagainya
  • Keinginan untuk hidup lebih mewah secara mudah dan cepat . Bagi yang biasa hidup mewah, tentu sekali tidak betah dengan situasi serba kurang. Jadi,pilihan yang ada ialah dengan bekerja secara sambilan atau buat part time.
  • Gaya hidup semasa . Kewujudan gajet berteknologi tinggi serta mengikut peredaran zaman menyebabkan ramai yang rela membuat 2 kerja pada satu masa demi memiliki semua alatan tersebut. Jika tidak , dikatakan ketinggalan zaman.

Sekadar menyebut beberapa faktor.

Aneka pilihan kerja sambilan yang sesuai untuk dipertimbangkan :

  1. Pembantu kedai, pelayan restoran,
  2. Pembantu klinik
  3. Pengasuh
  4. Penghantar surat,
  5. Pam atendan
  6. Pemandu teksi
  7. Berniaga ( ramai yang buat kerja ini )
  8. Guru tuisyen
  9. Juru wang,juru jual @ promoter
  10. Blogger ( bermula secara sambilan,kemudiannya sepenuh masa. Tak percaya ? )
  11. Penulis bebas

Duit tak cukup.. Ingin cuba kerja part time ? Mohon sekarang

Juga sekadar menyenaraikan beberapa contoh .

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu,memilih bekerja secara sambilan ini ada logik dan kelebihannya.

 

 

 

8 Comments

    1. Author

      Betul tu Mr Hanafi …memang tujuan utama part time job adalah utk tambah pendapatan

  1. Saya kerja sambilan ni, atas desakan kewangan lahh..kalau kaya dah lama tak ceburkan diri dalam buat duit online ni..emmm

  2. Dulu kalau kat oversea/Erpoah, kerja sambila petik buah anggur kat ladang anggur…kat sini jarang pulak dengar ada kerja sambila di ladang

    1. Author

      Tentu pengalaman yg menarik sekali… mungkin ada kot kat CH yg kerja part time petik strawberry,who knows

  3. cik tom dr time study lg suke bt kerja sambilan berbisnes..
    pd adik2 jgn tersilap bt pilihan bila bt kerja sambilan..
    carilah kerja yg halal..

    1. Author

      Ha,ah…perkara paling penting tu sebab hasil dari kerja akan mendarah daging dlm tubuh kita. Minta dijauhkan dari sumber yang haram

  4. This is not a strange thing, when someone, who already has a career, but still works part-time as well. This happens to students, especially freshmen or sophomores.

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *