BANYAK LAGI CARA UNTUK PROMOSIKAN PRODUK

By | November 16, 2014

Sekali lagi. Hari ni, entah untuk kali yang ke berapanya ‘dia’ hantar lagi. Tak faham-faham lagi nampaknya . Ayat-ayat yang syahdu yang sudah boleh dihafal  …

Join stokis bermodalkan RM1800 esok, kami beri percuma 6 botol bernilai RM 360,ia seperti  anda mendapat keuntungan percuma Rm 360, SMS kami kembali – D ……. L. +60134256 …..

Emm, ingatkan  apa lah kan tadi ..

Inilah mesej SMS yang kerap saya terima sejak dari awal tahun lagi. Bukan daripada rakan , bukan juga daripada handai taulan. Tak kenal pun ok 😐

Mula-mula saya memang tak kisah, tapi sekarang sudah mula menyampah!

Dahulu saya juga pernah menjadi pengedar produk. Pernah cuba berniaga secara online dan offline. Tapi saya tak buat cara untuk promosikan produk sebegini.  Saya faham, apabila kita melibatkan diri dalam perniagaan tak kira kecil atau besar maka sudah tentu kita akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan pelanggan. Kalau ada stok, kalau boleh  tentu mahu segera dihabiskan. Kalau MLM, apa jua cara perlu dapatkan downline. Tapi tolonglah sedar, bukan dengan cara SPAM sebegini.  Selain daripada kurang berkesan, anda sebenarnya buang masa, membazirkan kredit malah peluang kena maki hamun pun besar.

Banyak lagi cara  untuk promosikan produk atau perkhidmatan anda. Cara terhormat yang lebih berkesan  seperti di bawah  ini , insyaallah  lebih positif dan memuaskan hasilnya :

Gambar Ehsan GOOGLE

  • Tempah dan pasang banner di lokasi-lokasi yang strategik.
  • Guna kaedah mail order.
  • Reka flyers yang menarik ( tempah jika tak reti ) dan edarkan . Macam2 cara untuk edarkan flyers tu … Pi ke kedai-kedai runcit yang ada jual akhbar dan minta izin tauke kedai untuk sisipkan flyers anda dalam akhbar. Atau letak di kaunter bayaran, nanti mereka akan edarkan. Boleh juga masukkan dalam peti surat jiran setaman jika anda tinggal kat kawasan perumahan. Sisip pada cermin-cermin kereta di lot-lot parking. Emm macam2 lagilah ..
  • Bina blog promosi untuk promosikan produk atau servis anda. Macam blog jual produk SHAKLEE yang tumbuh macam cendawan lepas hujan sekarang ni. Cuba contohi mereka.
  • Gunakan segala kelebihan laman-laman sosial yang ada sekarang seperti Facebook, Twitter, Instagram  dan macam-macam lagi tu.
  • Gunakan teknik email marketing .
  • Promosikan pada saudara-mara, jiran tetangga. Ajak mereka beli atau join.
  • Kalau anda banyak modal, tempah ruangan iklan dalam akhbar atau majalah.
  • Kalau lagi banyak modal, gunakan media elektronik untuk slot iklan atau hebahan.
  • Susah-susah sangat, boleh apply kat blog ni untuk saya buat review 😀 . Selesai satu masalah. Apa yang susah sangat kan…

Banyak lagi cara untuk promosikan produk dan servis. Pilih saja ikut kemampuan anda. Tapi jangan SPAM ke talian orang.

Betul bukan nya masalah besar sangat  nak baca mesej-mesej tu. Tak sampai seminit pun … Tapi kalau tengah drive, apabila ada bunyi di hp… nak tak nak nak kena belek juga. Takut kalau-kalau itu mesej-mesej penting, hal-hal kecemasan ..

Saya tak fikir itu adalah bulk  SMS yang dijana  automatik, memandangkan datangnya tak menentu. Bahasa pula adakalanya sangat ringkas, seperti kita hantar kepada kawan-kawan,  lintang –pukang dan kelihatan seperti sangat terdesak . Boleh saja kalau saya mahu siarkan nombor penuh, tapi saya masih ada rasa belas, masih tahu hormat. Faham bagaimana rasa dimalukan walaupun sebenarnya memang angin juga satu badan asyik terima mesej-mesej begini siang malam !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 thoughts on “BANYAK LAGI CARA UNTUK PROMOSIKAN PRODUK

  1. akubiomed

    Setiap platform media sosial ada menyediakan iklan berbayar tetapi ada yang mengunakan cara pemasaran dikalangan sahabat mereka. Perkara seperti ini menganggu ketenteraman dan dengar pihak Facebook akan mula mengurangkan iklan di newsfeed di Facebook pada tahun 2015. Berita kurang baik baik peniaga di Facebook.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Apabila berlaku salah guna atau menyalahi etika yg ditetapkan .memang akan menyebabkan pihak berkaitan mengambil langkah drastik bagi mengekang kerugian di pihak mereka

      Reply
  2. Hafizul

    Huhu..terima kasih kongsikan..leh ambil buat panduan ni..nak try letak kat tempat surat la pulak,,hehe sebelum ni tak terfikir pun..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me