BANJIR PENUTUP TIRAI 2012

By | December 28, 2012

Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum 2012 melabuhkan tirainya. 2013 pula bakal menjelang,membawa 1001 harapan serta peluang kepada umat sejagat.

Menutup episod  suka – duka kehidupan  2012, banyak perkara berlaku sebagai kenangan untuk dicatatkan pada diari peribadi setiap daripada kita.

banjir di terengganu

Perkahwinan, pertunangan, putus cinta, penceraian, kematian, , peluasan empayar perniagaan, naik pangkat turun pangkat, malah bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut taufan, banjir dan sebagainya menjadi catatan berbeza yang setiap satunya memberi kesan tersendiri kepada yang menghadapinya.

Lihat sahaja seperti bencana banjir yang melanda Pahang, Terengganu dan Kelantan pada ketika ini. Saat entri ini ditulis, keadaan sudah sedikit pulih terutama di negeri Kelantan dan Pahang. Namun, keadaan beberapa hari sebelumnya memang amat membimbangkan.

Pada masa banjir melanda Terengganu, saya dan keluarga berada di FJ, rumah keluarga mertua. Percutian balik kampung dengan agenda seperti tahun2 sebelumnya iaitu window2 shopping di sekitar Pasar Payang, Pasar Minggu Kuala Berang, membeli-belah di Kuantan serta bersantai-santai di sekitar Pantai Batu Buruk dan beberapa pantai di daerah Dungun akhirnya hanya menjadi  impian yang tak kesampaian, tertunda dek banjir besar yang melandar luar daripada waktu kebiasaan ( biasanya banjir berlaku pada awal atau pertengahan cuti hujung tahun ).

Itulah, bak kata pepatah ” kita hanya mampu merancang, sebaliknya hanya Tuhan yang menentukan ” . Setiap sesuatu, kadang kala berlaku juga di luar kawalan.

Kami bernasib baik kerana rumah keluarga mertua terletak di kawasan berbukit. Jadi, tidak ada air banjir yang sempat singgah ke kaki tangga. Namun malang bagi mereka di kawasan pamah atau rendah yang rumahnya ditenggelami sehingga ke paras bumbung. Simpati dengan mereka yang terlibat, namun apalah daya untuk membantu kerana kami sendiri tersangkut di situ dikelilingi limpahan air kiri dan kanan.

Sehingga 26 hb Disember, saya tidak betah lagi untuk berlama-lama di sana. 3 mesyuarat penting bagai menggamit-gamit agar saya segera pulang. Ditambah pula dengan keadaan Hafiy yang tidak begitu sihat pada waktu itu, menyebabkan dorongan untuk balik ke rumah sendiri menjadi semakin kuat.

Berbekal maklumat lalu lintas yang diperoleh daripada bilik gerakan  Jabatan Kerja Raya Terengganu  serta bilik gerakan JKR Kelantan jajahan Machang, saya, hubby dan anak2 memulakan perjalanan pulang. Hanya tawakal dan  doa sahaja yang mampu kami panjatkan ke hadrat Nya.

Sepanjang perjalanan menggunakan laluan Lebuh Raya Ajil – Gemuroh inilah kami dapat melihat keadaan sebenar banjir yang diulas-ulas oleh pembaca berita di layar tv. Memang sangat buruk dan menyedihkan. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ….

Benarlah, ujian daripada Tuhan datang dalam bentuk yang tidak diduga. Yang pasti, setiap sesuatu yang berlaku itu, sentiasa ada hikmahnya. Sebagai seorang insan, hanya doa yang mampu dititipkan buat mangsa2 banjir ini agar mereka kuat dan tabah menghadapinya…

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 thoughts on “BANJIR PENUTUP TIRAI 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me