BAKA KUCING MAINE COON

IMG235

Salam
Selamat Hari Pekerja buat semua rakan blogger dan pengunjung blog yang hari ni berpeluang bercuti dan bersantai bersama keluarga sempena cuti umum ni. Sebelum ni saya ada nyatakan planning untuk bawa anak-anak ke kedai buku POPULAR sempena cuti Hari Pekerja kan, tapi nampaknya tak ada rezeki. Si Hafiy demam dan muntah-muntah..Lastly, bercuti kat rumah aje lah.

Ok, baca dulu sampai habis. Gambar anak kucing di atas tu bukanlah gambar baka kucing Maine Coon seperti tajuk yang tertera ye. Itu adalah gambar anak kucing kat rumah yang baru je berusia sebulan lebih. Belum lagi bernama, anak kucing baka kucing Siam campuran ni adalah anak si Yeob. Terpaksa diletakkan dalam sangkar buat sementara kerana kerap sangat dah, anak2 kucing yang sebelumnya ni, suka sangat ย main2 bawah tayar si Novy dan finally boleh agak kan apa yang berlaku. Lagipun kat kawasan rumah saya ni, ada jugak sekali sekala kelihatan kelibat anjing liar yang merayau-rayau pada waktu malam. Bahaya kalau terjumpa…

Oleh kerana saya memang sukakan kucing, so keraplah juga merakam gambar-gambar haiwan kesayangan Nabi ni walaupun tak ada kamera mahal dan canggih,siap ada bokeh seperti blogger ini dan ini ๐Ÿ˜› heheh..

Sebagai pencinta kucing, saya hanya suka pegang2 dan main2 dengan kucing tapi tak pernah pula mengkaji dan mengambil tahu tentang baka2 kucing dan personalitinya. So apabila terjumpa artikel tentang baka kucing Maine Coon ni, rasanya elok juga dikongsikan di sini. Maybe ada gunanya kepada peminat atau pemilik kucing.

Personaliti Kucing Baka Maine Coon
Sangat akrab dan manja dengan pemiliknya
Suka mengekori pemiliknya ketika di rumah
Tenang,manja,mudah didekati manusia terutamanya golongan kanak-kanak
Sangat ‘sopan’ dan ‘baik hati’ …dalam kategori atau kumpulan haiwan haiwan lah
Memiliki wajah bengis atau ‘brutal’ seolah-olah garang dan ‘susah senyum’

Ciri-ciri Kucing Baka Maine Coon
Mencapai saiz sebenar ketika berusia 3 – 5 tahun
Bersaiz besar dan memiliki bulu separa panjang
Bulu di bahagian leher lebat,tidak ketara ketika masih kecil
Bertelinga besar berbentuk menegak dan mempunyai sedikit bulu di hujungnya
Semakin tegak telinganya, semakin baik kualitinya
Mampu mencapai berat 15 kilogram setelah dewasa

Ok,inilah contoh gambar kucing baka Maine Coon. Sama tak dengan kucing kat rumah anda ?

Kredit Gambarย : Kucing.my

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me