BAKA KUCING BENGAL

Salam sejahtera untuk semua,

Jika pada 1 May lepas, ada saya tulis satu entri ringkas  berkaitan baka kucing Maine Coon, kali ini saya ingin kongsikan dengan kalian cerita tentang baka kucing Bengal pula.

Nak dikatakan saya obses atau taksub pada haiwan comel ciptaan Allah ni tidaklah. Cuma minat dan suka saja. Kebetulan di rumah ada juga memelihara 4 ekor kucing, tetapi baka Siam sahaja. Dahulunya memang banyak, mencecah hampir 10 ekor. Kemudian ada yang dicuri, mati kerana penyakit dan ada juga kerana tercicir tengah jalan.

Ye lah, kalau dah selalu masuk tidur dan bermain di bahagian berhampiran enjin  Novy yang memang agak luas, begitu lah jadinya. Pernah sekali, sebaik sahaja mematikan enjin setelah sampai di sekolah kerana ada mesyuarat di sebelah petang, saya terdengar bunyi seperti ada benda jatuh diikuti dengan ngiauan anak kucing. Apabila menjenguk ke bawah perut kereta, rupa-rupanya si Chunky ikut bersama. Terdapat kesan tompokan minyak hitam pada beberapa bahagian badannya. Terpaksa pula saya kurungnya dalam bilik air guru wanita sementara menunggu sehingga mesyuarat selesai hu hu hu … Bahaya tu memang bahaya kan, tapi kelakar pun ada.

Opps, saya kalau dah mula menulis memang tak reti-reti nak pendekkan 😛  Ini lah salah satu kelemahan yang sedang cuba saya perbaiki dalam kerja-kerja blogging.

Baiklah terus kepada tajuk. Jom sama-sama kita kenali personaliti serta ciri-ciri kucing Bengal.

- baka kucing Bengal corak 'spotted'
– baka kucing Bengal corak ‘spotted’

 

Personaliti kucing Bengal

  • Sangat aktif dan memiliki rasa ingin tahu yang cukup tinggi
  • Menjadi agresif apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali
  • Walaupun aktif, tetapi jenis yang pendiam. Sukar mendengar ia mengiau kecuali pada keadaan atau perkara yang tertentu sahaja
  • Suka bermain dengan air, memanjat, bermain sesuai dengan karektor ‘penyiasat’ yang suka explore hal-hal yang dirasakannya baru dan menarik
  • Sesuai tinggal bersama @ dipelihara oleh individu atau keluarga yang memiliki persekitaran riuh-rendah, bersikap kepoh atau lucu kerana sifatnya yang gemar bermain

Ciri-ciri kucing Bengal

  • Sekali pandang rupanya seperti harimau bintang
  • Memiliki 2 kategori corak iaitu ‘spotted’ dan ‘marble’. Kucing Bengal bercorak ‘spotted’ mirip seperti harimau bintang, manakala kucing Bengal dengan corak ‘marble’ pula, corak pada badannya kelihatan berputar secara rawak atau bergarisan tebal secara mendatar atau menyerong
  • Warna pada corak yang paling banyak dilihat ialah warna coklat dan hitam berjalur
  • Baka kucing jenis ini lazimnya mempunyai tubuh berotot dan kelihatan tegap
  • Saiz kucing jantan baka jenis ini lebih besar daripada kucing betina
  • Beratnya apabila dewasa boleh mencecah antara 3 hingga 5 kilogram. Agak kecil berbanding kucing baka Maine Coon

Ok lah, itu sahaja tentang personaliti serta ciri-ciri baka kucing Bengal. Diharapkan info ringkas ni dapat memberi sedikit panduan khasnya kepada pencinta kucing. Terdapat beberapa kes peminat kucing ditipu pengusaha kedai haiwan yang ada menjual kucing gara-gara kurangnya pengetahuan tentang ciri-ciri dan personaliti baka kucing yang hendak dibeli.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang , satu lagi entri berkaitan petua mendidik kucing agar tak ‘membuang’ merata-rata akan menyusul kemudian. Tunggu ye

Kredit Gambar : www.kaskus.co.id

 

6 thoughts on “BAKA KUCING BENGAL”

  1. Pingback: TIPS AGAR KUCING TIDAK 'BUANG' MERATA-RATA - Kongsi Macam2 Cerita

  2. Pingback: TIPS MENINGGALKAN KUCING DI RUMAH | Kongsi Macam2 CeritaKongsi Macam2 Cerita - Bukan Versi Mengumpat.Sekadar Blogging Kongsi Macam2 Cerita Kehidupan

Leave a Reply to SisHaza Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top