Bahasa Tubuh Kucing

By | March 16, 2015

Salam sejahtera semua.

Jika anda perasan, sudah agak lama tiada entri terbaru berkaitan kucing untuk dikongsikan di sini. Sebenarnya bukan tiada bahan penulisan berkaitan makhluk Allah yang comel tu malah saya kerap menyimpan artikel-artikel dari akhbar tempatan berkaitan tips penjagaan kucing sebagai bahan rujuk tika mahu menulis berkaitannya.

Sebenarnya bidang tugas baru saya sebagai GPM di sekolah saya bertugas menyebabkan aktiviti blogging menjadi semakin terbatas. Hihi sebelum ni pun dah kerap sangat dok bagitau yang  saya ni sibuk laa sangat kan …. Ni alasan GPM pula kali ni kan 😀 Uishhh tak habis-habislah sibuknya konon kannnn .

Baiklah, kembali ke tajuk asal post kali ni – mengenali bahasa tubuh kucing. Sebagai pencinta dan pemilik kucing , mungkin bahasa tubuh kucing sudah pun difahami sedalam-dalamnya. Namun bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan teman baik manusia ini atau langsung tidak pernah memelihara kucing, mungkin agak sukar membaca tingkah laku kucing dan bahasa tubuhnya.

So tanpa membuang masa jom sama-sama kita pelajari bahasa tubuh kucing, kucing  peliharaan kita bagi membantu memudahkan urusan semasa kita mengendalikan ‘mereka’.

Mood tenang dan santai

 photo 48916b44-7367-49ab-8bdd-8efd3ced2ac4_zps8mmetgoi.png

 photo 5854e00b-c9f6-43a3-b452-295f743baade_zpsfuvzm4pk.jpg

Ini namanya Marble @ Gedik … memang dalam mood gedik untuk berposing ni 🙂

Bahasa tubuh kucing dalam mood ini boleh dilihat pada 3 bahagian tubuh mereka.

  • Mata : Kelihatan sedikit tertutup seperti dalam keadaan mengantuk dan berkedip. Anak matanya pula menjadi sedikit tirus
  • Telinga : Tegak ke atas dan lebih menjurus ke depan.
  • Badan : Kurang bergerak dan hanya mendiamkan diri apabila dipegang.

Pada keadaan ini, adalah sangat sesuai untuk kita membelai atau bermanja-manjaan dengan mereka kerana emosi mereka berada dalam keadaan sangat stabil. Namun emosi atau mood ini berubah sekelip mata jika kita melakukan provokasi pada bahagian tertentu tubuh si comel.

 photo a012fc27-da9d-499b-bf2e-6f246f687289_zpsvcs2tx8f.jpg

Yang ini namanya Jack Sparrow hehehe …. entah dalam mood bermain atau mood malas

Mood sedia bermain

  • Mata : Terbeliak dan anak mata membesar
  • Telinga : Tegak dan menjurus ke arah objek yang menarik perhatian mereka.
  • Ekor : Naik sedikit melintang lurus manakal hujung ekor bengkok ke atas serta dilibas-libas ke kanan dan kiri.
  • Badan : Bertukar posisi kebiasaannya daripada duduk kepada berdiri atau mungkin juga sebaliknya, menunjukkan kecenderungan atau minat mereka untuk bergerak mendekati objek yang menjadi fokus utama mereka.

Ekor yang dilibas-libas ke kiri dan kanan menunjukkan kesediaan mereka untuk bermain atau bergurau, melompat atau menerkam objek. Semakin laju ekor dilibas, mungkin memberi gambaran bahawa mereka sedang teruja atau hilang kesabaran.

Mood berburu

  • Mata : Terbeliak dan anak mata membesar
  • Telinga : Telinga mereka menjurus ke arah sasaran.
  • Ekor : Lurus ke belakang dan condong ke bawah.
  • Badan : Rapat ke permukaan tanah atau lantai seperti sedang menghendap. Pergerakannya juga lebih perlahan dan berhati-hati. Mereka bergerak perlahan-lahan dan adakalanya mengambil masa yang lama untuk menerkam seperti dalam keadaan atau mod stand by.

Kebiasaannya mood berburu kucing ini dapat diperhatikan juga sewaktu kita bermain dengan mereka menggunakan objek tertentu yang diacah-acah atau ditarik perlahan di hadapan mereka. Mood berburu ini sesuai dimanfaatkan oleh pemilik kucing untuk membantu indoor cat atau kucing peliharaan dalam rumah untuk mengasah bakat berburu semula jadi mereka.

Mood pertahanan

  • Mata : Terbuka luas dan anak mata membesar namun mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan pihak yang dirasakan menjadi ancaman buat mereka.
  • Telinga : Cupingnya tertutup rapat dan melekat hampir rapat pada kepala.
  • Ekor : Menjurus ke bawah dan seperti mahu disorokkan di bawah badan.
  • Badan : Apabila rasa terancam, kucing akan membongkokkkan badan, bulu diremangkan dengan tujuan memberi amaran atau untuk menakutkan pihak lawan  serta memberi tanda agar pihak lawan yang memberi ancaman kepadanya untuk mengalah.
  • Kuku : Sesekali akan dikeluarkan sebagai persediaan jika mereka diserang.
  • Taring : Kucing juga menyeringai di samping mengeluarkan bunyi untuk memberi amaran agar tidak didekati.

Dalam mod ini, anda disarankan agar tidak terus memegang mereka dengan tujuan meleraikan sebaliknya gunakan semburan air.

Mood menyerang / agresif

 photo b79bd9e4-72ee-40a9-b558-8c328bfb19ed_zpsrxftqnl6.png

  • Mata : Sedikit meruncing dan anak mata menjadi tirus. Kucing akan merenung tepat ke arah sasaran.
  • Telinga : Menegak ke arah sasaran dan mungkin berubah 45 darjah ke belakang serta merapat ke kepala.
  • Ekor : Melurut ke bawah, dan dilibas ke kiri ke kann sebelum menyerang.
  • Badan : Sedikit membongkok dan ada ketikanya menyenget ke tepi. Ia akan berusaha mendekati lawan secara perlahan-lahan dan melakukan terkaman apabila pihak lawan kelihatan leka.

Renungan tajam serta suara yang nyaring boleh menyebabkan pihak lawan mengundur diri, namun ia juga bergantung kepada sejauh mana tahap dominan seseekor kucing.

Ok, demikian cara atau panduan mengenali bahasa tubuh kucing. Anda diingatkan agar menggunakan semburan air bagi meleraikan pergaduhan kerana ini adalah cara yang lebih selamat untuk anda dan kedua-dua pihak berbanding menghalau atau memegangnya terus begitu sahaja.

Terdapat banyak kes pergaduhan kucing yang berlaku sehingga akhirnya mengakibatkan kecederaan yang teruk dan menjadi punca kematian kucing. Saya sendiri telah melalui pengalaman ini dan pernah berasa serik dengan kejadian sebegini.

Sumber : Ruangan “ Helo … Vet Di sini” siaran KOSMO ! Sabtu 7 Mac 2015

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

14 thoughts on “Bahasa Tubuh Kucing

  1. TehR

    kami sedang menunggu kehadiran ahli baru
    nampak dah sarat sangat dah ibu kucing seekor kat rumah ni

    Reply
  2. adarain

    kadang2x aku pun tak berapa nak faham dengan kucing aku. Aku ada 2 kucing, satu kucing memang pemalas tido memanjang lagi 1 kucing aktif selalu berburu pastu bawa masuk mangsa dalam rumah untuk di makan.

    Reply
  3. SaniYunus

    Orang yang ada kucing akan lebih beka dengan bahasa badan mereka..AKu tengok kucing kat kilang aku aje lah..Kadang-kadang suka acah masa dia main…

    Reply
  4. onlajer

    oh bagus sekali panduan nya, tapi masalahnya kebanyakan kucing dirumah kampung saya semuanya takut dengan orang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me