APABILA DI JALAN RAYA

By | August 10, 2013

Salam Lebaran,

Sudah lebih daripada 3 hari tak menulis entri baru disebabkan mood blogging hanyut ke laut ekoran kesibukan membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari paling istimewa yang datang setahun sekali ini memang menimbulkan seribu satu macam keseronokan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Tambah-tambah lagi apabila mendengar alunan takbir memuji-muji kebesaran Ilahi. Syahdu di hati  Tuhan saja yang mengetahui. Tapi di kaca televisyen nampaknya alunan takbir dan tahmid tahun ini menjadi semakin kurang. Emm, mengapa agaknya ? Adakah bidaah …..

Opps, bukan saya orang yang selayaknya bercakap tentang itu 😐  Noktah !

Ok, kalian masih lagi bercuti panjang di kampung atau sudah kembali bertugas ? Jika sudah masanya harus kembali ke rumah demi tugas, berhati-hatilah ketika dalam perjalanan. Ini kerana statistik tahun 2012 yang dikeluarkan oleh pihak polis  menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 6,900 kes kematian akibat kemalangan jalan raya. Satu angka yang cukup besar dan khabarnya dengan angka yang sama untuk tempoh 5 tahun, jumlah itu menepati  kapasiti  sebuah stadium di Malaysia yang mampu menampung 30,000 penonton. Ohh !

kereta2

Kemalangan ngeri melibatkan 3 buah kereta berdekatan Kg Apek, Setiu Terengganu semalam – 9 Ogos 2013

kereta 1

Salah sebuah daripadanya terbabas ke dalam parit

Saya bukannya apa. Terdetik untuk menulis perihal ini kerana  pengalaman menempuhi perjalanan balik ke FJ semalam ( ye, sekarang saya di FJ, kampung Mr Hubby ) cukup membuktikan betapa apabila di jalan raya, sikap orang kita berubah sama sekali. Daripada lemah-lembut dan bersopan-santun boleh sekelip mata berubah menjadi ganas dan biadab.

 Maaf, memang apabila di jalan raya karektor atau watak orang kita berubah sama sekali. Budi bahasa hilang entah ke mana. Bagai samseng pula jadinya. Kopiah atau songkok di atas kepala pun tak dapat membendungnya. Buktinya 2 kemalangan dengan 1 kemalangan maut sempat saya lihat dalam perjalanan semalam. Belum lagi dikira dengan aktiviti memotong barisan kenderaan dari sebelah kiri, memotong 5,6 buah kenderaan sekaligus sehinggakan kenderaan dari arah hadapan terpaksa turun ke bahu jalan mengelak untuk memberi laluan, memandu secara melulu dan berbahaya, menunjukkan isyarat lucah dan sebagainya lagi.

Punca utama adalah sikap kita sendiri sebagai pemandu. Terkadang, sedikit kesilapan menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsanya. Apabila itu berlaku, siapakah yang akan menanggung akibatnya ?

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “APABILA DI JALAN RAYA

  1. Mohd Shubhi

    Betul tu. Bila pegang steering, tanduk kelihatan keluar perlahan-lahan dari kepala. Mata bertukar jadi merah…sebab apa jadi begitu entahlah…?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Entah le… mungkin sebab kita rasa kita je yg nak cepat, sedangkan orang lain pun sama jugak. So, masing2 bawa2lah bersabar 🙂

      Reply
  2. hermano

    Yg banyak kes kemalangan yg direkodkan adalah jenis kenderaan 2.0 cc dn ke bawah (terutamanya 1.6 1.3 1.5 1.8) . Berat kereta ringan, tayar tidak lebar bila memandu punya lh laju bila hujan melulu aja kemudian hilang kawalan. Tiada pikap nk potong kenderaan lain punca face 2 face accident. Lagipun kenderaan 2.0 cc dn kebawah kurang kestabilan. Selalu sangat kemalangan maut melibat kn kenderaan jenis ini. 2.0 ke atas jarang. . Berdasarkan pengalaman lah..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Saya setuju tentang kuasa pick up yg kurang bagi sesetengah kenderaan cc besar atau cc kecil…berdasarkan pengalaman sendiri juga. Orang Malaysia ni segelintirnya hilang sikap sopan-santun dan berhemahnya apabila dah pegang stereng .. T.kasih sudi berkongsi pandangan di sini. Jemput datang lagi 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me