” ALAHAI BAKAL MENANTU…. “

By | January 31, 2013

Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.

 Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.
ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.

Cerita lanjut boleh baca di sini

Gosip tentang artis bukan minat saya. Cuma bila dah baca akhbar, tahulah juga serba sedikit apa yang berlaku di luar. Apa yang tertulis di sini adalah sekadar pandangan peribadi sahaja. Tidak sepatutnya timbul isu untuk mengaibkan mana2 pihak.
Beberapa ikhtibar daripada cerita2 begini.
1. Sebagai orang Islam, ibu bapa wajib dihormati. Syurga terletak di bawah kaki mereka.
2. Sebagai anak, adalah menjadi kewajipan mentaati ibu bapa selagi apa yang dituntut itu mendorong ke arah kebaikan.
3. Berdosa besar menderhaka kepada mereka.
4. Orang Melayu kaya dengan adat resam yang sekian lama menjadi budaya yang sedia diterima.
5. Islam menekankan adab dalam pergaulan.
6. Perkahwinan dengan restu ibu bapa biasanya lebih membawa keberkatan & kebahagiaan.
7.Antara  ciri2 suami mengikut Islam wajarlah memilih mereka dari golongan yang celik agama atau mempunyai asas agama yang kukuh, pemaaf,berkemampuan dan berupaya membimbing isteri dan keluarga.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “” ALAHAI BAKAL MENANTU…. “

  1. suri

    sy suka dia dari dulu smoi skrg sing tak der ribut a.k.a gosip cma ni begitu teruk.tapi selepas dia berkwn dg mamad tu semua blh jdi tanpa di duga. sesungguhnya jodoh ajal maut tagn Tuhan.

    buat yg terbaik dna setuju dg pandangan admin tu. mrka ada kluga jadi prg llki mesti ada rasa mlu. org tak ingin jgn le muka d sorong huhu..llki mesti egokan

    Reply
  2. suri

    cintai Allah, Rasul. kluga dan diri sndi tukna bagus huhu//

    awok sori lambt bls kunjugan huhu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me