57 TAHUN MALAYSIA MERDEKA : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

By | September 5, 2014

57 Tahun Malaysia Merdeka : Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Buat semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57, semoga  keamanan dan kemakmuran  yang sedang kita kecapi ini dapat dipertahankan untuk generasi kita seterusnya.

Sempena  ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57, saya ingin kongsikan dengan anda tentang penglibatan pihak sekolah dalam meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan  negara. Boleh dikatakan hampir semua sekolah di Malaysia, baik sekolah rendah atau menengah mengadakan acara tersendiri dalam  meraikan ulang tahun kemerdekaan negara sebagai salah satu usaha memupuk kesedaran dalam kalangan generasi pelajar tentang pentingnya menghargai nikmat kemerdekaan serta bagaimana kita sebagai warga Malaysia boleh mengisi kemerdekaan itu agar tidak kembali terjajah.

Oleh kerana sekolah tempat saya bertugas tidak turut serta dalam pertandingan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang dianjurkan oleh salah sebuah agensi kerajaan negeri ini dek kekangan dalam beberapa aspek, maka saya kongsikan saja tentang apa yang berlaku di sekolah berhampiran.

SKST ,tempat  Mr Hubby bertugas sehingga kini telah menyiapkan beberapa replika sebagai simbolik mercu tanda pembangunan Malaysia setelah 57 tahun bebas daripada belenggu penjajahan.

 photo 31391723-fc92-4f48-889e-38ab0076f1b1_zpsda88c7b1.jpg

Guru-guru lelaki dan pekerja sekolah bertungkus-lumus menyiapkan pondok Merdeka

Projek Merdeka milik SKST ini adalah bersempena penyertaan mereka dalam salah satu pertandingan sempena kemerdekaan anjuran  Jabatan Penerangan ,Perlis .  Di sebalik menyahut cabaran sebagai motif utama penyertaan pertandingan ini, ia juga bertujuan mendidik generasi hari ini agar menghargai nikmat kemerdekaan yang  sedia ada serta mengenang jasa bakti generasi terdahulu yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi sebuah kebebasan anak bangsa.

 photo 8ace40ef-a933-4fcc-9fad-dfb11fc3a928_zps2b18a5b7.jpg

Pondok Merdeka – simbolik tempat berlindung atau kediaman generasi terdahulu  sebelum Tanah Melayu merdeka

 photo 0520fef7-4aef-4425-928f-e0c063aaaaba_zpsf4037e68.jpg

Replika Menara Berkembar Petronas

 photo 3550ffce-1ef7-4eec-8d00-8f7a317436e2_zps653d5a98.jpg

Cantik kan … 🙂

Mudah-mudahan generasi muda hari ini dapat menyemai semangat cintakan negara dan bersedia jiwa dan raga untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia daripada diragut oleh petualang bangsa.

Terima kasih atas ehsan Mr Hubby yang memberi kebenaran untuk saya memuat turun gambar-gambar sekitar pertandingan. Tahniah buat warga SKST  .

Untuk melihat kejayaan dan pencapaian SKST sebagai salah sebuah sekolah luar bandar yang terbilang di negeri Perlis ini, anda bolehlah layari pautan rasmi sekolah ini.

Salam Merdeka  untuk semua.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 thoughts on “57 TAHUN MALAYSIA MERDEKA : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me