March 19th, 2009
“
Semakin hari semakin terdedah keburukan UMNO. Bukannya dilakukan oleh PR tetapi oleh puak- puak mereka sendiri. Kata mereka, inilah ketelusan dan integriti. Tetapi, pandangan rakyat kepada UMNO semakin jelek dan memualkan dengan sikap pemimpin yang korup. Sebenarnya, amalan rasuah dan UMNO ibarat isi dengan kulit, terlalu akrab dan telah menjadi darah daging serta sukar untuk dipulihkan. Saya sebagai generasi muda sememangnya tidak dapat menerima pemimpin yang rasuah. Persoalannya,
- adakah pemimpin UMNO yang lain tu, terutamanya pimpinan atasan bebas daripada amalan syaitan tu?
- apa bezanya politik wang dengan rasuah..? kan sama kesalahannya, apa pasal polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat bodoh (macam Lembu).
Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.
Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.
SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.
Seorang calon Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan melakukan kesalahan yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan boleh bertanding. Bagi UMNO, rasuah ada kasta. Orang kasta tinggi yang buat rasuah seperti menantu PM hukumannya ringan. Orang kasta rendah seperti pemimpin bahagian dan AJK hukumannya berat, sampai tiga tahun pun ada.
Apa-apa juga yang akan dikatakan oleh kedua-duanya tidak akan diterima oleh rakyat yang memberi amanah kepada mereka. Perasuah tetap bersalah. Jenayah ini perlu disiasat oleh SPRM. Rakyat ternanti-nanti tindakan yang akan diambil kepada pesalah yang telah dimuktamadkan itu.
Saya masih ingat ketika dibangku sekolah dulu, semasa ingin memohon bantuan pinjaman rakyat termiskin untuk menyambung pelajaran ke IPT. Saya dikehendaki mengisi borang khas dan perlu mendapat sokongan daripada wakil rakyat. Beliau bertanya, ayah awak orang UMNO ke PAS? Saya kata tak tahulah..Kemudian..Ayah saya masuk dan beritahu dia ahli UMNO tetapi tak bawa kad ahli..YB menyambung..”Ye ke awak ahli UMNO ni?”. Selepas peristiwa tu..saya jadi terfikir. Kenapa nak tolong orang miskin..mesti jadi ahli UMNO?
Sekarang, saya semakin jelas dengan sikap pemimpin UMNO ni. Walaupun bukan semuanya begitu, tetapi itulah contoh yang saya dapat..natijahnya..saya jelek dengan UMNO.
UMNO, DULU, KINI DAN SELAMANYA RASUAH…
kecuali…mereka semua berubah!
dipetik dari…tranungkite.net
Posted in Uncategorized | Comments (0)
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Oct | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||