Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Sungguh, seperti Khairul Hakimin Muhammad saya benar-benar ingin terkenal di langit. DOA IBU Petang semalam, saya dan dua orang kakak di pejabat bersembang mengenai pemergian ibu salah seorang rakan sekerja kami. Kedua-dua kakak ini juga telah kehilangan ibu mereka. Kakak 1 : Yang akak tak boleh lupa di dapur, ‘Mak, kat mana kicap?’ Tak menyahut. Baru teringat emak dah tak ada. Ini berlarutan hingga hari ini. Allah… Kakak 2 : Setiap kali balik, pasti akak akan buatkan kopi untuk emak. Tapi bila emak dah tak ada, akak sendiri pun dah tak minum. Rindu sangat pada emak.Read More →