August 27th, 2008
SUMBANGAN IKHLAS DI BULAN RAMADAN 2008
Seperti yang sedia maklum bahawa DYNAC SPORTS CLUB setiap tahun akan membuat sumbangan Ikhlas untuk membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan sekitar yang berdekatan. Membabitkan penduduk miskin, kurang upaya, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal masing-masing akan menerima bantuan keperluan harian dan duit raya (kalau ada), pada awal Ramadan akan datang ini. Sumbangan boleh di buat di kawasan masing-masing. Kami mengalualukan kepada sesiapa yang mempunyai saudara mara atau jiran tetangga ada golongan kurang berkemampuan atau miskin di kawasan anda, Bolehlah berikan nama dan alamat pada kami secepat yang mungkin. Pastikan mereka layak menerimanya.
Kami sebenarnya prihatin kepada golongan ini, tetapi tanggungjawab itu perlu ada pada setiap individu dalam masyarakat supaya masalah kemiskinan dapat ditangani bersama-sama.
Dibawah adalah cadangan senarai barang yang akan kita berikan.
RM 45.00 (Angaran harga Barang Tahun 2008)
Kami alu-alukan, seorang memberikan jumlah nilai 1 set. (Kalau tak keberatan…)
Target kita Tahun 2008 adalah 100 set sumbangan.
Angaran nilai satu sumbangan bernilai RM 45.00 x 100 set = RM 4500.00
Takrih Mula Kutipan pada 01.09.2008 (1 Ramadan 1429)
Takrih Akhir Kutipan pada 13.09.2008 (13 Ramadan 1429)
Takrih Mula Serahan pada 12.09.2008 (12 Ramadan 1429) hingga habis.
Kutipan akan bergerak ke tempat anda… Hulurkan tangan ringankan beban.
Sekiranya ada cadangan atau nasihat bolehlah berhubung dengan saya En. Salihan Bin Hj Ahmad & En. Kamal Bin Hj Ahmad (Kempas Office) atau En. Abdul Rahim Bin Hj Atan (Pasir Gudang Office) Razita Bt Abdul Rajak @ Atan (Seri Alam Office) untuk Kampung Sinaran Baru, Tuan. Hj Jamain Bin Hj Yatim.
Sokongan tuan dalam membuat impian ini berjaya adalah sangat dihargai.
‘Cemerlang di dunia, Gemilang di Hari akhirat‘
Sekian Terima Kasih.
Yang Prihatin,
Salihan Bin Haji Ahmad
Biro Kebajikan, Agama & Kem Keluarga
Dynac Sport Club
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KELEBIHAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADAN:
“Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan”
“Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa & berlipat ganda pahalanya”
“Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala”
“Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipat gandakan rezeki, Sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya jika kita bersedekah Allah akan membalasnya hingga tujuh ratus kali ganda”
Mudah-mudahan Allah merahmati kita sekeluarga… Amin…
LIST SUMBANGAN SETIAP TAHUN
Tahun 2003 - 10 set sumbangan. (RM 300.00)
Tahun 2004 - 15 set sumbangan. (RM 450.00)
Tahun 2005 - 30 set sumbangan. (RM 900.00)
Tahun 2006 – Sasaran 40 set sumbangan. (RM 1200.00) Dapat 60 Set sumbangan (1800.00)
Tahun 2007 – Sasaran 60 set sumbangan. (RM 1800.00) Dapat 117 Set Sumbangan (3510.00)
Tahun 2008 – Sasaran 100 set sumbangan. (RM 4500.00)
Cadangan sasaran diluar kawasan Kg Sinaran Baru
Taman Cendana, Pasir Gudang - 50 set (Pn Diana Binti Abdul Jamal)
Taman Puteri Wangsa – 10 set (En Salihan Bin Hj Ahmad)
Kampung Majidee – 10 set (En. Hj Amir Bin Hj Karim)
Kangkar Tebrau - 5 set (En. Kamal Bin Hj Ahmad)
Taman Saujana , Plentong – 10 set (En Shahril Bin Ismail)
Kampung Sekudai Kiri, Johor Bahru- 10 set (En Abdul Razak)
Kampung Pasir Putih- 5 set (Pn Suhana Binti Hj Rahmat)
Jumlah Sasaran 100 Set x RM45.00 = RM 4500.00
Tidak termasuk kawasan Kg Sinaran Baru (Tuan Hj Jamain Bin Hj Yatim)
Posted in Uncategorized | Comments (0)
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Oct | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |