Tudung kanak-kanak
Shabani Si Gorila Kacak – Kongsi Macam2 Cerita

Shabani Si Gorila Kacak

Emmm... kacakkkkk ker ? Huhuhu

Dunia akhir zaman memang macam –macam hal lahhh … Hai pening, pening !

Untuk santai-santai rehatkan minda , jom layan apa kisahnya dengan wanita Jepun yang angaukan Shabani si gorilla kacak. Agaknya spesies lelaki yang betul-betul berkarisma dan mampu menarik perhatian wanita dah pupus dari dunia ni kot 😀

Kisah Shabani Si Gorila Kacak ini ada disiarkan dalam segmen Global- Harian Metro, muka surat 75.

Emmm... kacakkkkk ker ? Huhuhu

Emmm… kacakkkkk ker ? Huhuhu

Gorila kacak berusia 18 tahun yang menjadi popular kerana dianggap sebagai ‘ikemen’ atau lelaki kacak ini tinggal di Zoo dan Taman Botani Higashiyama,Nagoya Jepun sejak dipindahkan dari Zoo Taronga, Sydney Australia.

‘ Abang sado ‘ yakni Shabani si gorilla kacak itu sering kali menjadi perhatian pengunjung wanita yang berkunjung ke zoo tersebut.
Rata-rata pengunjung wanita yang berkunjung ke sana menyatakan bahawa Shabani adalah gorilla yang terlalu kacak dan berperawakan menarik. Mereka juga sering mengabadikan gambar bersama Shabani si gorilla kacak ini untuk dimuat naik ke laman sosial .

Allan Schmidt , penjaga zoo di Zoo Taronga berkata, Shabani dibawa ke Zoo Taronga bersama keluarganya dari Belanda pada usia 2 bulan pada bulan Disember 1996.

Ia mula menarik perhatian ramai apabila berjaya dirakam meniti tali di zoo itu dan aksinya menjadikan ia popular di internet.
Perawakannya yang kacak dan menarik itu dipercayai berpunca daripada persekitaran tempat ia tinggal dan membesar. Ia memiliki keluarga yang stabil jadi tidak hairanlah jika ia memiliki personaliti yang menarik. Wallahualam … 🙂

Haru-biru juga agaknya jika Shabani dipindahkan ke Zoo Negara. Agaknya ramai pula wanita Malaysia nanti akan jadi tak keruan, lawan tarik rambut kerana angau dan berebutkan Shabani si gorilla kacak huhuhu … Tolonglah  ye kaum wanita, jangan memalukan Cik Kiah okkkk.

Alahai, apa nak jadi … 😐

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

9 Comments on "Shabani Si Gorila Kacak"

  1. Bandar bola lucu tuh gorila ya hahaha

  2. Salam.. haii.. Dramatic Uniq datang blogwalking kat sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. 🙂

  3. omak ai, bergaya sungguh

  4. Hahaha….macam-macam ada. Dah abis orang, gorilla pun jadilah 😛

  5. hamboi kemain posingnya tu kak, eii seram tenung lelama hahahaha

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me