Sampai bila nak harapkan Petronas tanggung ekonomi negara?

October 31st, 2009

Sampai bila nak harapkan Petronas tanggung ekonomi negara?  
Posted on Thursday, October 29 @ 08:08:53 PDT by paktam

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tidak berupaya menguruskan ekonomi negara untuk faedah negara dan rakyat.

Berucap membahaskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 26 Oktober lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, kerajaan tidak berupaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang tidak mempunyai kelebihan dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

“Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum.

“Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?” soal beliau.

Anwar berkata, berdasarkan kepada fakta, bagi tahun 2008, kerajaan memperuntukkan RM177 bilion yang mana RM74 billion (42 peratus) disumbang oleh Petronas.

Ini katanya, tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain.
“Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60 peratus.

“Bayaran yang dibuat oleh Petronas kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009, sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama,” dedah beliau,

Anwar turut membidas kegagalan BN menguruskan hutang negara yang semakin meningkat.

Katanya, hutang negara meningkat 18.3 peratus daripada RM306.4 bilion pada tahun 2008 kepada RM362.5 bilion tahun 2009 dan sejak 2006 hutang negara meningkat 49.7 peratus daripada RM242.2 bilion.

Dalam masa yang sama katanya, peratusan hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 41.5 peratus pada tahun 2008 kepada 52.4 peratus tahun 2009.

Anwar turut mempersoalkan sama ada bajet yang dibentangkan Najib, benar-benar memberi kebajikan kepada rakyat.

“Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk? soal beliau.

Tambah malang katanya, Malaysia hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas.

“Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

“Dalam laporan kewangan Petronas, syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas  sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009.

“Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang,” tegas Anwar.

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Leave a Reply

Calender 2008

July 2010
M T W T F S S
« Oct    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

JOIN FORUM

Join aic

AIC JOHOR

Photobucket

PAS FOR ALL

pas2u

Ezi Cookies

Corporate Hamper

Bebaskan Palestin!

Bebaskan Palestin!