Tudung kanak-kanak
TIPS MEMILIH LANGSIR UNTUK KEDIAMAN – Kongsi Macam2 Cerita

TIPS MEMILIH LANGSIR UNTUK KEDIAMAN

Salam hormat.

Biar pun kedua-dua perayaan terbesar umat Islam untuk tahun 2013 ini sudah berlalu, namun tentunya tips memilih langsir untuk kediaman atau rumah yang ingin saya kongsikan di sini tentunya tetap berguna untuk para suri rumah yang mahukan kediamannya tampil indah serta serba sempurna setiap masa.

Mungkin juga ada yang akan memasuki rumah baru jadi pasti saja tak lepas dari memikirkan langsir yang bagaimanakah sesuai untuk ditatarias pada tingkap serta pintu gelangsar  ( sliding door ).

Kesilapan memilih jenis atau gaya langsir, jenis fabrik serta warna bukan sahaja akan mencacatkan hiasan dalaman sesebuah rumah tetapi mungkin juga akan menyebabkan pembaziran di samping menjejaskan tujuan sebenar pemasangan langsir iaitu untuk melindungi pandangan tidak sewajarnya dari luar. Apabila tidak berpuas hati dengan langsir yang dipasang, bukannya mudah pula untuk menukarnya sesuka hati kerana ia juga akan melibatkan kos yang bukan sedikit. Melainkan anda seorang jutawan, bolehlah buat begitu kan…hmm 😐 ( Jutawan pun belum tentu buat macam tu hihi)

Ok untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan-kesilapan di atas, apa kata cuba ikuti panduan ringkas tips memilih langsir untuk kediaman seperti senarai di bawah. Bukanlah ini memandai-mandai saya tulis. Sekadar berkongsi pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan.

  • Pilih mengikut kesesuaian atau tema rumah anda

Pemilihan mestilah dibuat berdasarkan konsep dekorasi serta warna cat pada dinding rumah. Contohnya jika elemen warna kediaman anda berdasarkan rona bumi iaitu coklat, kelabu atau krim, maka langsir yang dipilih mestilah memiliki warna serupa atau seakan serupa TETAPI diserikan dengan motif atau corak flora atau geometri untuk mewujudkan keseimbangan pada ruang yang rata. Langsir dengan warna polos atau plain ( tiada motif ) mungkin tidak dapat membangkitkan seri sesebuah ruang. Ia akan menyebabkan ruang menjadi suram.

*** Tips Jimatkan Elektrik Kediaman Anda ***

  • Pilih sama ada kain jarang atau tebal

Bagi sesebuah bilik atau ruang dengan pencahayaan terkawal iaitu ruang yang gelap oleh sebab binaannya yang terlindung, terhadang oleh sesuatu atau kurang tingkap maka penggunaan kain langsir sedikit jarang perlu dipertimbangkan supaya ia berfungsi sebagai pelindung, bukan untuk ‘menggelapkan’ lagi sesuatu ruang.

Sebaliknya jika sliding door utama terletak berhadapan dengan cahaya matahari yang terang serta menghasilkan silau, langsir daripada kain tebal patut diutamakan

  • Kenalpasti ukuran

Ha, tips ke-3 ini sangat penting untuk diikuti ketika anda membuat keputusan membeli langsir siap jahit atau ketika mengupah tukang jahit untuk menjahitnya.Pastikan dengan teliti ukuran yang diambil sepadan dengan keperluan tingkap atau pintu rumah anda.

  • Pilih rod langsir yang lebih panjang

Mengapa agaknya ? Ini kerana rod yang berada dalam anggaran panjang sekitar 20 sehingga 35 cm akan dapat memberikan ilusi seolah-olah saiz tingkap atau pintu rumah anda lebih panjang atau lebar.

Sebab lainnya ialah untuk membolehkan anda menolak langsir ke kedua-dua belah sisi jendela dan tidak menghalang atau menutup panel tingkap yang boleh menyebabkan keterbatasan pandangan.

  • Pilih langsir lebih panjang / labuh

Ini bagi membolehkan anda bereksperimen dan memberi nilai tambah kepada dinding khususnya bagi sesebuah ruang yang luas walaupun mungkin sesetengah tingkap di rumah anda bukannya memanjang.

Ok, 5 tips memilih langsir untuk kediaman ini bukanlah satu-satunya tips yang boleh anda jadikan rujukan. Terdapat banyak lagi ciri tambahan yang perlu anda pelajari jika ingin menata rias kediaman sehebat kediaman-kediaman mewah seperti di luar sana. Ada banyak pilihan majalah dekorasi yang dijual di pasaran fizikal atau online termasuk Panduan Dekorasi Untuk Kediaman Kecil ini.

Namun, jika anda memiliki kemampuan,apa salahnya dapatkan khidmat runding daripada juruhias dalaman untuk mencantikkan rumah anda. Berbaloi berhabis sedikit jika kena caranya 🙂

Rujukan : Kosmo! 20 Mei 2013

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

19 Comments on "TIPS MEMILIH LANGSIR UNTUK KEDIAMAN"

  1. rasanya tahun depan nak tukar langsirlah ;), masalah pulak kalau cepat rasa bosan dgn langsir ni 😉

  2. bab ni kerja si dia ni
    ikut apa yang dia berkenan je
    hehe

  3. puteri lebih suka pilih langsir yang berwarna pastel lebih mudah nak padankan dengan warna perabot dan dekorasi lain dalam rumah seperti bunga, pasu atau hiasan dinding 🙂

  4. sekarang senang buat langsir sendri. nak tebal nak nipas nak latar cantik semua boleh pilih heee kalau upah macam -macam di cas

  5. ari tu baru beli drill nak tebuk lubang buat langir umah.hehe. lepas ni kalau dah siap buat entri pasal ni plak la.hehe

  6. rumah kat kmpg dh thn ni xtukar langsir pun..thn depan insyaAllah plan nk tukar utk mak..thanks utk tips ni blh rujuk..

  7. ini kerja si isteri..hiks

  8. saya minta pendapat.. dinding rumah saya warna soft pink.. apakah warna sesuai untuk pemilihan warna langsir..

    • Puan yg dihormati …. saya bukanlah orang yang selayaknya memberi khidmat nasihat tentang penataan kediaman. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan. Apapun,mungkin puan boleh pertimbangkan warna maroon atau purple sebagai pilihan …

  9. Rashidah Dollah | May 28, 2014 at 10:16 am | Reply

    Kalau dinding warna grey muda, apa warma sesuai.

    • Saya bukanlah orang selayaknya bercakap tentang ini..tapi saya cuba ye,mungkin curtain yg ada ton atau corak hitam putih sesuai..merah juga boleh dipertimbangkan

  10. Tq utk tips memilih langsir ni sebab sy pn tgh cari2 langsir yg sesuai utk spa sy 😉

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me