TIP MUDAH JIMAT TENAGA

By | June 29, 2014

Salam Ramadhan

Seperkara yang tak dapat dielakkan dalam kehidupan moden masa kini adalah penggunaan elektrik sebagai sumber tenaga untuk sesebuah kediaman.

Lainlah kalau anda masih lagi mengamalkan gaya hidup lama atau kuno dengan tinggal di dalam gua. Tentu saja tiada bekalan elektrikĀ  yang boleh dinikmati di tempat sebegitu šŸ˜€ Hehehe … ada lagi ke yang tinggal di dalam guaĀ  pada zaman sebegini ?

Dengan kehadiran pelbagai alatan komunikasi yang canggih serta peralatan elektronik yang membantu memudahkan serta meminimumkan kerja-kerja di rumah, tentu saja bil elektrik anda mampu mencecah angka ratus setiap bulan.

Apa nak dihairankan dengan bil elektrik yang melambung tinggi jika seluruh rumah menggunakan pendingin hawa, setiap anak pula memiliki telefon pintar dan notebooknya sendiri, beberapa buah tv tersedia di ruang tamu, ruang keluarga dan bilik utama. Belum dikira lagi peralatan memasak yang canggih di dapur serta ruang-ruang lain.

Mustahil untuk menjadikan bil elektrik anda sangat rendah tapi kalian Ā masih boleh cuba meringankan jumlah yang perlu dibayar dengan beberapa tip mudah jimat tenaga seperti di bawah ini :

  • Gunakan fungsi penetap masa ( timer )

Fungsi timer ini boleh didapati pada beberapa peralatan elektrik seperti kipas , televisyen dan sebagainya. Jadi tetapkan saja jangka masa tonton atau guna pada peralatan anda. Jika anda terlelap semasa menonton, cukup masanya penetap masa ini akan memadamkan tv jadi tak adalah kes pembaziran tenaga berlaku di sini.

  • Pilih dan guna mentol jimat tenaga

Terdapat pelbagai jenama mentol di pasaran. Pilih satu yang dipercayai serta terbukti dapat menjimatkan tenaga.

  • Buat penetapan suhu pendingin hawa

Tetapkan suhu pendingin hawa / aircond rumah anda pada suhu 23-25 darjah Celcius pada setiap kali penggunaan berbanding dengan suhu yang tidak menentu yang cenderung menyebabkan penggunaan tenaga yang tidak sekata.

  • Isi cerek dengan kadar yang optimum

Walaupun anda hanya mahu membancuh secawan kopi panas, namun bagi menjimatkan tenaga isilah cerek anda seoptimum mungkinĀ sebelum dijerang.

  • Gosok pakaian pada skala besar

Cakap memanglah mudah kan ..hihi tapi itulah cara terbaik bagi menjimatkan tenaga elektrik di rumah anda sekaligus menjimatkan masa kerja anda juga. Gosok pakaian untuk tempoh seminggu penggunaan berbanding menggosok sehelai setiap hari.

  • Cuci pakaian pada skala yang sesuai dengan muatan mesin basuh anda

Tip ini juga sama cara dan tujuannya sepertiĀ tip menggosok pakaian yang disebutkan di atas.

  • Tutup suis selesai penggunaan

Tip yang ini semua orang sedia maklum dan tak perlu diingatkan lagi tapi masih ada juga yang suka membiarkan nya terpasang sedangkan kerja-kerja melibatkan penggunaan alatan elektrik telah lama selesai. Dari satu segi, ia bukan sekadar menjimatkan tenaga tetapi juga dapat memastikan keselamatan keluarga dan rumah anda.

  • Gunakan wayar atau peralatan elektrik yang disahkan sahaja

Elakkan menggunakan peralatan elektrik dengan wayar yang terdedah atau tidak memiliki cop pengesahan pihak yang berkaitan bagi menjamin keselamatan serta penggunaan tenaga yang minimum.

Terdapat banyak lagi tip mudah jimat tenaga, sekaligus menjimatkan bil elektrikĀ yang boleh diamalkan, namunĀ sebagai Ā permulaan cubalah amalkan tips asas jimat tenaga seperti yang saya sebutkan di atas ok.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada šŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye šŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “TIP MUDAH JIMAT TENAGA

  1. TehR

    sekarang ni semua nak kena jimat
    elektrik, air, petrol
    banyak nak pakai duit ni

    Reply
  2. Hafizul

    Terima kasih..emm zaman sekarang ni..anak-anak bukan ada satu smartphone aje..kadang2 dua..laptopnya pun sama juga..siap ada tablet lagi tu..adoiii la…haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me