Lagi tip asas hias bilik tidur.

Bilik tidur merupakan ruang paling privasi dalam sesebuah kediaman selain bilik mandi. Tentu saja ramai dalam kalangan kita yang akan cuba memberikan sentuhan terbaik bagi mendapatkan bilik tidur yang selesa lagi sedap mata memandang.

Tip asas hias bilik tidur yang hendak dikongsikan kali ini merangkumi 5 perkara iaitu :

  • Pencahayaan

Pencahayaan di bilik tidur harus sesuai dengan keperluan atau tujuan utama bilik tidur itu sendiri iaitu sebagai tempat tidur dan beristirehat. Jadi, elakkan daripada meletakkan katil terlalu hampir dengan tingkap. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sinaran matahari  serta cahaya yang terlalu terang terutama jika anda mahu tidur atau berehat pada siang hari.

Sebaliknya anda boleh letakkan kerusi atau sofa bersantai berdekatan tingkap yang membolehkan anda melihat taman, kolam atau lanskap rumah anda.

Kredit : Google Images
  • Penataan Perabot

Pilih hanya perabot yang sesuai untuk bilik tidur sahaja bagi diletakkan dalam bilik tidur anda. Contohnya almari pakaian. Jika bilik tidur anda besar atau luas, maka pemilihan almari yang besar adalah sesuai bagi memudahkan penyimpanan pakaian atau lain-lain keperluan yang berkaitan dengan bilik tidur.

Meja solek juga merupakan keperluan yang jarang diabaikan dan lokasinya sesuai sekali jika diletakkan berdekatan atau bersebelahan almari pakaian.

  • Pemilihan Skim Warna

Warna-warna lembut yang memberi impak menyejuk dan menenangkan adalah pilihan terbaik. Ini kerana bilik tidur adalah ruang istirehat yang berfungsi memberi kerehatan dan kesegaran serta mood yang menenangkan selepas anda berdepan dengan hari yang panjang serta penuh tekanan dan memenatkan .

Di samping itu juga anda harus lebih berhati-hati. Jangan sampai anda memilih motif yang sarat bagi langsir, sofa, karpet atau kertas dinding kerana ini akan mewujudkan suasana yang kelihatan sesak serta menyerabutkan pula.

  • Pengudaraan

Aliran udara keluar masuk mampu memberikan kesegaran serta situasi yang sihat untuk bilik tidur anda. Membawa masuk terlalu banyak perabot akan membataskan faktor ini. Begitu juga jika anda meletakkan perabot membelakangi tingkap, ia akan menghalang bukan saja sistem pengudaraan tetapi juga pencahayaan ke dalam bilik anda.

Hasilnya anda akan berasa tidak selesa, sesak nafas dan pandangan serta mungkin akan sukar melelapkan mata..

  • Bunyi-bunyian

Jika ada lebihan ruang, tidak ada salahnya anda meletakkan set audio atau televisyen. Bunyi-bunyian muzik yang menenangkan mampu memberi kerehatan kepada minda dan jiwa anda serta membangkitkan mood. Lebih beruntung lagi, dengan set audio ini anda juga boleh mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir sebagai santapan rohani.

Rumah Cantik Pada Hari Raya

Setuju dengan pendapat saya ini ?

6 Comments

  1. Setuju, hmm, tapi duduk rumah sewa, agak terbatas idea yang nak diaplikasikan. Kalau rumah sendiri, best jugak hias-hias rumah nih. 🙂

  2. tunggu rumah sendiri baru nak plan cara hias bilik….seronoknya kalau dapat bilik seluas ruang tamu…baru puas hati.

  3. Sekarang ini masih duduk kat rumah sewa,tak boleh buat banyak.

    1. Author

      Betul tu, nak berhabis menghias pun pastikan ada rumah sendiri taklah terasa penatnya sangat kan ..

  4. memang seronok dapat tidur dibilik yg dihias cantik, siap dengan comforter dan aircond emmm terbaik 😉

  5. Dengan hiasana yang bagus akan membuat kita merasa lebih betah dan nyaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *