SKETSA CINTA USIA 40-AN

By | January 20, 2014

Sketsa cinta usia 40-an dalam kalangan lelaki mahupun wanita dewasa ini  bukanlah sesuatu yang aneh, namun bukan juga sesuatu yang  indah untuk diperkatakan. Apatah lagi jika sketsa cinta usia 40-an ini melibatkan bapa-bapa dan mak-mak orang. Memang boleh muntah hijau dibuatnya …

Cinta orang muda adalah perkara normal yang akan dilalui oleh kebanyakan  gadis atau teruna sebaik menjelang usia remaja atau dewasa. Lumrah alam sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan bagi mengenal hati budi dan mencipta keserasian asal saja ia  tidak melanggar batas susila dan tuntutan agama.

Yang menjadikan cinta itu kotor dan menjelekkan adalah apabila ia bercambah di antara 2 insan  yang menyandang status ibu dan isteri atau bapa dan suami. Pada usia yang kian dekat menuju jalan ke kubur , masih sah bergelar isteri dan suami orang dan terikat dengan perkahwinan tetapi ligat memburu cinta baru yang bertunjangkan entah apa lagi, jika bukan kerana nipisnya iman dan besarnya nafsu.

Hal inilah yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Kita sibuk mencemuh anak muda yang berkepit ke sana-sini tidak ingatkan dunia, sedang adakalanya ‘ makcik dan pakcik ‘ lagi buruk tingkahnya kala mabuk asmara !

Lupa agaknya yang kita ini patut menjadi teladan kepada yang muda, menjadi penyuluh ke jalan yang terang dan menjadi benteng untuk menentang kemungkaran.

Tanda-tanda sketsa cinta usia 40-an ini sedang dipentaskan sebenarnya boleh dilihat dan dihidu dengan mudah. Terkadang naluri isteri atau suami tentang hal ini ada benarnya.  Jadi pada waktu-waktu tertentu belajarlah mempercayai akan naluri atau suara hati sendiri.

  • Lupakan seketika keegoaan diri dan carilah  masa  untuk muhasabah diri dan cara mengatasinya.
  • Cubalah saling bertolak ansur..
  • Cubalah bina persefahaman  dan ambil sedikit masa untuk mentafsir dengan mata hati dan akal sedar..
  • Cubalah untuk saling memahami..
  • Cubalah bersikap lebih terbuka dalam melihat kekuatan dan kelemahan diri ..
  • Bersedialah untuk saling memberi dan menerima ..
  • Belajarlah untuk menjadi pendengar yang baik ..
  • Dan belajarlah menjadi hamba yang tahu bersyukur ..

Sebenarnya, pelbagai aspek perlu dirungkai. Bukan masanya untuk menunding jari. Mungkinkah segala pergolakan dalam rumah tangga itu puncanya tidak lain tidak bukan datang dari sendiri ?!

Bahagia itu selalu dekat, ada dalam diri kita sendiri tetapi akan menjauh apabila kita lupa dengan rahmat Tuhan.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “SKETSA CINTA USIA 40-AN

  1. Mizz Aiza

    semoga cinta yang terjalin sekian lama bersama pasangan suami/isteri akan terus berkekalan.. betul tu, apa-apa pun usah lupa pada rahmat tuhan..

    Reply
  2. Pingback: 7 TIPS PERKAHWINAN BAHAGIA - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me