SISA DARI DAPUR MAMPU SUBURKAN POKOK

By | February 22, 2014

Banyak orang zaman sekarang ni yang  punya hobi bercucuk tanam. Kalau sebut pasal bercucuk tanam terbayang pula batas-batas yang perlu disediakan terlebih dahulu. Tanah yang perlu digemburkan serta pancang yang mungkin harus ada sebagai tempat untuk sulur memanjat. Tapi itu cerita dulu-dulu.  Zaman sekarang tak perlu batas-batasnya lagi . Tinggal di puncak langit @ kondominium atau apartment mewah pun , bila-bila masa saja boleh tanam tomato, cili atau tanam pokok kesum dengan syarat memang betul-betul ada minat.

Bercucuk tanam  sekadar untuk suka-suka, kerana minat atau hobi sememangnya memberi manfaat yang tersendiri. Selain dari dapat mengurangkan sedikit belanja pasar, ia juga mampu menjadi terapi untuk meredakan stress. Jangan pandang mudah pada tekanan kerana sudah terbukti banyak rakyat Malaysia hari ini yang alami penyakit mental berpunca daripada kegagalan menguruskan tekanan.

Menanam sejenis dua tanaman tak kira apa jenisnya sekalipun, pembajaan  adalah proses yang tetap perlu dilakukan jika mahu melihat pohon tomato, cili, kucai dan  kesum itu hidup subur  dan boleh dituai hasilnya.

Sama ada percaya atau tidak, sisa dari dapur mampu suburkan pokok yang ditanam. Amalan atau petua mudah menggunakan sisa  bahan masakan untuk dijadikan baja penyubur pokok ini sememangnya sudah pun diketahui ramai. Jadi bagi kita yang belum pernah mencuba apakata praktikkan saja untuk melihat sejauh mana kebenarannya.

  1. Air basuhan beras usah dibuang. Tadah ke dalam sebuah besen dan ketepikan. Apabila tiba waktu menyiram tanaman, gunakan saja air basuhan beras yang telah disimpan tadi.
  2. Selain itu, air dari cucian ikan semasa proses menyiang  juga boleh digunakan sebagai penyubur pokok. Lakukan langkah yang sama seperti air basuhan beras tadi.
  3. Terdapat juga sesetengah daripada kita yang mencampurkan kedua-dua jenis air di atas sebagai baja pokok. Cara ini juga boleh dicuba kerana ia insyaallah tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada tanaman kita.
  4. Jika anda penggemar kopi, hampas kopi yang ditapis juga boleh dimanfaatkan untuk menyuburkan pokok. Caranya mudah sahaja, cuma masukkan hampas kopi tadi ke dalam tanah ( pasu atau polybag ) pokok berkaitan dan gemburkannya. Kemudian siram seperti biasa.
  5. Jika ada serbuk papan, anda juga boleh gunakannya untuk dicampur ke dalam pasu tanaman.
  6. Bagi mereka yang tinggal berdekatan sawah atau kilang padi, anda boleh dapatkan sekam padi yang telah dibakar untuk dijadikan baja pokok.

Nah, senang je kan. Sememangnya banyak sisa dari dapur yang mampu suburkan  pokok atau tanaman kita. Terpulang kepada diri kita saja sama ada mahu menmanfaatkannya atau tidak.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

12 thoughts on “SISA DARI DAPUR MAMPU SUBURKAN POKOK

  1. Hafizul

    Masa lepas kawin dulu memang suka tanam sayuran..tapi lepas tahu ramai budak2 nakal wak jahat, jadi tawar jer lepas tnak menanam..apa2 pun, terima kasih kak kongsikan…leh tambah ilmu dah hari ni..

    Reply
  2. WanZ

    Assalam… untuk pengetahuan anda semua kulit telur juga bolah dijadikan baja.caranya jemur kulit telur hibgga kering, kemudian kisar hingga halus…lepas itu taburkan di sekeliling tananan kita..insyaAllah subur.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me