Komisyen ke-2 dan ke-3 dari Video Resepi Putu Bambu membuktikan bahawa produk informasi lengkap digital tentang resepi serta langkah demi langkah membuat putu bambu versi moden dan tradisional itu mendapat sambutan ramai serta banyak membantu bakal peniaga dan suri rumah yang berminat menyediakan sendiri juadah tersebut sesedap putu bambu yang dijual di pasaran.

<< CD BELAJAR BUAT COOKIES >>

Saya tertarik untuk terus menulis tentang video resepi putu bambu ini kerana setahu saya agak sukar mencari buku resepi membuat putu bambu yang sedap dan betul-betul menjadi di mana-mana kedai buku fizikal. Jika ada sekali pun, mungkin kandungannya agak terbatas dan tidak betul-betul menepati kehendak penggemar putu bambu dan putu piring. Ye laa, jika buku fizikal – yang ada hanya keterangan dan gambar. Tapi jika dengan video resepi serta ebook putu bambu, kalian boleh lihat video langkah demi langkah membuat putu bambu dan putu piring yang tentunya lebih ‘real ‘ dan memudahkan pemahaman. Tak faham, ulang lagi, lagi dan lagi 😀 hehehe

Putu piring ?! Opps … lupa pula nak maklumkan awal-awal tadi, Video Resepi Putu Bambu ini juga merangkumi cara membuat putu piring yang sedap. Kiranya 2 in 1 sahabat semua. Memang best kan …

Ok, mungkin ada yang berfikir pakej Video Resepi Putu Bambu dan putu piring ini hanya sesuai untuk para peniaga makanan sahaja. Jika ada yang berfikir begitu, anda memang silap.

Secara peribadinya video ini bukan sahaja sesuai untuk peniaga tapi sangat bernilai jika dimiliki oleh suri rumah. Pasti saja suri rumah yang gemar memasak dan mencuba resepi-resepi baru. Lainlah jika macam saya ni… opps pecah rahsia 😐

<< SUKA MAKAN TART ? BELAJAR BUAT TART SENDIRI SEKARANG >>

Realitinya ada ramai suri rumah di luar sana yang suka memasak sendiri setiap hidangan untuk keluarganya. Memang sepatutnya begitu pun kerana air tangan ibu atau isteri lah yang akan menjadi pengikat kebahagiaan rumah tangga. Selain hidangan utama sarapan pagi, makan tengah hari dan hidangan makan malam, ramai kaum ibu yang gemar menyediakan juadah petang  seperti cupcake, kek coklat, puding taufufah dan termasuklah putu bambu atau nama lainnya putu buluh.

Sedikit masalah berkaitan putu bambu ini ialah ia mungkin kurang digemari sebahagian kanak-kanak kerana intinya. Tapi tidak lagi perlu dirisaukan kerana banyak resepi putu bambu versi moden dengan inti coklat, kaya, kacang merah dan lain-lain lagi. Jika anda kreatif, mungkin boleh hasilkan putu bambu dengan inti jagung atau strawberry di dalamnya. Perghh …. meeeemang terangkat.

Ok, dalam dok control tak mau bagi panjang, terpanjang juga entri ini. Sedikit kelebihan pakej video resepi putu bambu ini ialah :

  1. pakej video ini merangkumi gabungan video, gambar dan keterangan ( teks )
  2. ia mengandungi 6 modul
  3. dihasilkan @ ditulis oleh bekas chef di western restaurant, hotel-cold kitchen, hotel -pastry kitchen dan kini bergiat sepenuh masa dalam bidang perniagaan makan
  4. bonus percuma : ebook membuat putu mayam

Perlukan keterangan lebih terperinci ?? Sila dapatkan maklumat penuh di sini

 

16 Comments

  1. oo. in sha Allah boleh jadi hadiah kat ibu resepi ni.hehe

  2. tahniah kak!!!kalau tengok video mesti lagi tinggi kefahaman nak belajar resepi ni, hmmm sedapp

  3. salam ziarah…
    first time datang blog ini… menarik nih ada resepi video putu bambu…

    1. Author

      Terima kasih sudi ziarah …. jemput datang lagi ye 🙂

  4. ramai juga dah buat bisnes putu nie.. saya baru buat artikel ttg mereka di blog saya.. terima kasih puan krn sudi mempromosikan pakej putu saya..

    1. Author

      Sama2 Mr Hairul…terima kasih kerana beri peluang kpd saya juga 🙂

  5. musim hujan dah dekat ni
    dapat la merasa putu ubi kayu lagi
    hehe

    1. Author

      Kira sebagai bonus dan 1 kelebihan le wahai Encik adikensem ..hihi



Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *