UNTUNG PANDAI MEMASAK

Sabtu lepas selesai saja slot saya di sekolah ( hari Sabtu, orang dah start bercuti sempena CNY, kami masih lagi ada program yang harus disempurnakan …) sempena Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 1 2013, cepat-cepat saya ‘memecut’ menemui Aisyah.

Aisyah si guru pra sekolah yang baru, berjanji untuk menghantar kek yang saya tempah pada pagi sama. Oleh kerana saya ada slot bengkel Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia manakala si Aisyah tu pula ada latihan bola jaring untuk memilih wakil sekolah, maka kami berdua berjanji untuk berjumpa di sekolah saja. Senang gitu…

Tapi dek kerana ada masalah lain pula yang timbul, Aisyah tak dapat hadir. Terpaksalah saya mengambil kek tu sendiri di rumahnya.

Memang sedap betul lah...
Memang sedap betul lah…

Nampak macam sedap aje kan ? Ha ha, saya kalau sebut ada Blueberry, memang tak boleh tolak punya. Kecur air liur. Memang betul-betul sedap kek ni . Si Aisyah ni untung pandai memasak.

Sebenarnya, apa yang saya nak cuba ceritakan di sini adalah ramai kaum wanita yang tidak sedar bahawa ada sesetengah kemahiran yang mereka miliki boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan tambahan. Tak kiralah sama ada untuk diri sendiri atau untuk membantu suami menyara keluarga.

Zaman di mana semuanya perlukan duit hatta masuk tandas buang air sekalipun kena bayar, maka macam satu kerugian lah pula jika kemahiran memasak, menjahit, menggubah, mengandam  dan segala macam meng… itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Seorang ustaz di sekolah saya juga sering mendapat tempahan penggemar coklat kerana isterinya yang juga seorang guru sekolah menengah sangat pandai membuat coklat dan cheese kek. Tempahan sentiasa ada pada hari-hari biasa. Belum lagi dikira pada musim perayaan atau ada permintaan untuk majlis kenduri kahwin. Mungkin berkat seorang ustaz menyebabkan rezeki mudah menghampirinya.

Saya pernah bertanya di mana isterinya belajar membuat semua tu. Rupanya dia pernah menghadiri kelas membuat kek , coklat dan biskut pada hujung minggu. Untung jika tinggal berdekatan dengan tempat-tempat sebegitu.

Dia ( isteri ustaz ) juga banyak membeli buku-buku panduan membuat kek,coklat dan biskut yang banyak terdapat di pasaran.  Ilmu dari kelas memasak dan nota dari buku panduan dimanfaatkan sepenuhnya sehinggalah dia berjaya seperti sekarang.

Anda bagaimana ? Kemahiran sudah ada. Mengapa sia-siakannya ?

p/s: Saya pernah ditawarkan untuk menyediakan door gift majlis kahwin berupa puding aiskrim untuk 2000 tetamu tetapi menolaknya kerana tak yakin mampu menyediakannya dengan baik. Mengapa itu berlaku ? >>> Kerana saya tak pernah memberikan peluang kepada diri sendiri untuk mencuba 😐

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me