Tudung kanak-kanak
TIPS TAMBAHAN MEMBUATKAN SAMBAL BELACAN LEBIH SEDAP – Kongsi Macam2 Cerita

TIPS TAMBAHAN MEMBUATKAN SAMBAL BELACAN LEBIH SEDAP

Sambal belacan sebagai identiti blog ni ?! Huhuhu ….ok tak ? Sesuai tak ?

Bukannya apa pun. Keyword ini terus panas dan panas di blog ni. Kebetulan entri hari ini juga  masih lagi berkisar tentang tips tambahan membuatkan sambal belacan lebih sedap.Ringkas sahaja kerana yang empunya kalam dalam fasa tersangat-sangatlah  sibuknye. Diharapkan tips tambahan membuatkan  sambal belacan lebih sedap ini berguna untuk kalian.

Pertamanya bakar  atau panggang terlebih dahulu ketulan belacan yang hendak dijadikan ramuan sambal belacan tu untuk beberapa minit. Selesai memanggang, tumbuklah sambal belacan seperti biasa.

Kedua, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng semua cili, ketulan belacan serta gumpalan asam jawa secara sekali harung sahaja. Angkat dan toskan sekejap lalu tumbuk @kisar seperti biasa. Kemudian bolehlah ditambah bahan perasa seperti garam dan gula serta perahan daripada gumpalan asam jawa yang digoreng tadi. Suka diingatkan agar anda tidak memotong atau membelah cili sebelum proses menggoreng dilakukan untuk mengekalkan kesegarannya.

Cubalah, insyaallah sambal belacan yang anda buat akan lebih menarik ( kelihatan berkilat ) dan lebih sedap rasanya 😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

5 Comments on "TIPS TAMBAHAN MEMBUATKAN SAMBAL BELACAN LEBIH SEDAP"

  1. sambal belacan menggunakan belacan dari Kota Belud mmg sedap. Belacan ada ‘bahan tambahan’ yang membuatkannya sedap

  2. selalunya puteri goreng belacan tu sikit tanpa minyak lepas tu baru tumbuk dengan dengan cili

  3. saya tak makan sgt belacan tp kalau dah mkn ..memang tak ingat

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me