TIPS CARA MEMASAK PAU YANG BETUL

By | February 8, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buat beberapa hari kebelakangan ni, Cik Kiah tak sempat nak update blog …. dah bersawang jadinya blog ni. Nak menjengah ‘rumah’ kawan-kawan pun tak berkesempatan. Memang beginilah senario awal tahun, mesyuarat sana-sini, juga latihan merentas desa dan latihan permainan lain. Maka terpaksa utamakan  apa yang menjadi tanggungjawab dahulu.

Entri tips cara memasak pau yang betul ini akan diringkaskan seringkas yang boleh.Sebabnya masa tak mengizinkan. Apapun diharapkan entri ini akan dapat membantu mereka yang sedang belajar membuat pau.

Emmm pau laaagiiiiii 😀

  1. Selepas memasukkan inti, ia perlu dilitupi kulit pau dengan kemas agar intinya tidak terkeluar sebaik pau mengembang.
  2. Alas pau dengan kertas roti supaya ia tidak melekat pada permukaan periuk pengukus.
  3. Jarakkan kedudukan antara sebiji pau dengan pau yang lain untuk elakkan ia daripada bercantum semasa proses mengembang.
  4. Bungkus tutup pengukus dengan kain bersih agar wap air tidak menimpa @ jatuh ke atas pau.
  5. Untuk elakkan pengumpulan wap air yang terlalu banyak, pastikan pengukus tidak diisi dengan terlalu banyak air.
  6. Hanya masukkan pau setelah  air dalam periuk pengukus terlebih dahulu panas atau telah mendidih.

Ok, demikian tips cara memasak pau yang betul. Diharapkan entri ini berguna buat semua.

p/s : Entri tentang pau ada di sini –

<< Bahan-bahan asa buat pau

<< Tesepi pau udang

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me