TIPS AGAR SAMBAL BELACAN LEBIH SEDAP

Dah lama benar tak buat entri pasal makan-makan.  Mungkin sebab ‘kerajinan’ saya memasak, itu yang sampai terlupa blog ni juga ada menyediakan kategori resepi untuk dilayari pembaca.. hehe.

Benda wajib ada jika makan nasi adalah sambal belacan. Biar tak ada yang lain, asalkan ada sambal belacan. Haa begitu taksub atau minatnya saya dengan sambal belacan. Maybe sebab dari kecik-kecik lagi sudah diajar makan sambal belacan ( Dahulu hidup kami sekeluarga susah. Apabila tak mampu beli lauk pauk, emak celur ulam-ulaman seperti pucuk mengkudu untuk dicicah dengan sambal belacan ).

Tapi bagi sesetengah orang, sambal belacan tidak disentuh. Takut nanti wajah ditumbuhi jerawat. Lebih teruk lagi jika membawa kepada resdung. Apapun tidak bagi saya. Mesti cari sambal belacan jugak 🙂 Jerawat pun jerawat lah…

Ok lah, entri hari ni bukannya resepi sambal belacan. Cuma tips agar sambal belacan lebih sedap.

1 ) Pilih cili yang segar sahaja. Jika ada bahagian yang sudah lembik atau layu, akan mempengaruhi rasanya.

2) Tumbuk cili bersama garam terlebih dulu. Lepas itu baru masukkan belacan atau bahan lain jika ada. Ini kerana garam akan lebih mudah meresap ke dalam cili berbanding jika dicampurkan kesemua bahan lain sekaligus.

3) Guna alatan tradisional iaitu lesung batu atau batu giling. Tapi ramai yang gunakan blender sekarang sebab nak cepat … termasuk aii jugak.

4) Jika kalian membuat sambal belacan menggunakan pelenyek kayu ( kes terdesak, tak de lesung batu ), elakkan mencucinya dengan sabun. Dipercayai bau sabun mudah meresap ke dalam kayu dan mengubah rasa sambal.

5) Opps, hampir lupa pula. Ada sesetengah orang yang membakar belacan yang hendak digunakan sebelum menumbuknya menjadi sambal. Boleh cuba nanti ok.

Ok, itu je. Mudah kan !? Dan kalau ada tips lain sebagai tambahan, sudi-sudikan kongsi yer….

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 comments

      1. Saya rasa cara buat sambal itu butul, tapi kalau di tumbukkan sekali dengan dua atau tiga ulas bawang putih nescaya lah akan mejilat jari, cuba lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me