Tudung kanak-kanak
Tak Sanggup Tunggu – Kongsi Macam2 Cerita

Tak Sanggup Tunggu

Cerita tentang burger tak habis di sini. Kalau burger yang dulu kurang terasa sedapnya selain suram kandungannya, lain pula halnya dengan burger di sebuah gerai kurang 3 kilometer dari rumah saya.

Ok, kisahnya begini. Kami suami isteri bukanlah peminat burger.  Ada ok saja, tak ada pun tak mengapa. Tapi anak-anak memang sukakan burger.

Malam hujung minggu, kadang mereka minta belikan burger. Jemu makan nasi, saya dan Mr Hubby tumpang juga sekaki hihi 😀

Kebiasaannya kami beli  burger  di lokasi  berdekatan tempat tinggal.  Selepas Isyak baru keluar menempah. Kebetulan itu juga waktu mereka mula beroperasi.

2 biji burger daging, sebiji burger  ayam dan sebiji burger ikan tak pernah bernilai lebih daripada RM 10. Ada hirisan tomato, timun, parutan kobis dan lobak merah, bawang , salad segar , kacang panggang dan campuran sos yang meleleh-leleh ….perghhh memang confirm sedap .

Sedap ! Sedap sangatttt …..

Tapi yang buat kami suami isteri tak sanggup tunggu adalah masa untuk mereka menyiapkan 4 biji burger tu.  Terus terang memang tak sanggu tunggu.

Apa tidaknya, sudah banyak kali membeli burger mereka tapi 1 jam 15 minit confirm baru siap, baru boleh bawa balik dan baru boleh  makan.  Pukul 9 pergi menempah, sekitar jam 10.15 malam baru dapat. Puas menunggu dalam kereta, habis topik keluar cerita … tapi burger tak siap-siap lagi.

Ramai pembeli kot ….

Hmmmm, saya boleh terima alasan lambat jika memang ramai pembeli.

Tapi …

Kerap kalinya, kami lah pelanggan pertama yang tiba dan menempah. Tak ada pelanggan lain lagi pun.  Selepas 10 minit baru lah datang pembeli seterusnya.

Jadi mengapa lambat bebenor  nak siapkan 4 biji burger yang biasa-biasa saja tu ..

Ok, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh anak-anak remaja saya , ‘abang burger’ sangat peramah. Macam-macam hal ditanya dan macam-macam nasihat diberi. Layanan 4 bintang, memang ada kelas !  Selalu,  siap ada diskaun lagi ..

Habis , kalau dah begitu cara layanannya, mengapa tak sanggup tunggu lagi ?

Ok, sebenarnya masalah mereka yang sempat saya perhatikan adalah terlalu teliti. Teliti dalam setiap perbuatan. Mencuci ( er boleh ke istilah ni … ) sebatang timun, mengambil masa berminit-minit. Belum lagi cerita memarut kobis dan lobak merah dan memanggang daging burger. Juga belum lagi berkisah tentang si pembantu yang tak henti-henti mengelap bahagian dapur ( istilah saya lah .. ) tempat dia, menyusun dan membungkus burger.

Yup, mereka sangat teliti. Ketelitian memang bagus dalam apa jua pekerjaan tetapi jika keterlaluan,  boleh berlaku sebaliknya. Pelanggan jadi bosan dan letih menunggu. Sampai satu tahap , mungkin mereka akan beralih ke gerai burger yang lain. Bukan kerana resepi burgernya tak sedap, tapi kerana tak sanggup tunggu.

Jika itu yang berlaku, maka siapa yang rugi …. Tak lain, mereka dan keluarga mereka juga yang rugi. Hihi, ayat popular zaman persekolahan saya dulu..

Bukan sekali dua, saya melihat perkara sama yang saya fikir di sinilah punca masalah mengapa selepas beberapa ketika mereka beroperasi, kini lebih ramai pelanggan suka menempah dahulu, balik dan datang semula untuk mengambilnya. Emmm, mujurlah juga ada konsep tempah2 macam tu. Kalau mereka balik dan tak datang-datang terus, kan lagi susahhh 😐

Bagi saya, kerja-kerja menyiapkan ramuan atau bahan boleh dilakukan sejam dua lebih awal sebelum mereka mula beroperasi. Kerja berniaga jadi lebih mudah dan lancar. Lagi pun, rumah mereka betul-betul berada hampir dengan lokasi gerai. Kurang daripada 10 meter jaraknya, dekat sahaja.

Kesimpulannya, berniaga burger atau bisnes jual air tepi jalan sekali pun,  boleh jadi sumber pendapatan yang lumayan untuk menyara diri dan keluarga. Tapi mesti kena dengan strateginya.

Jika abang burger a.k.a  Mr Burger perfect 10 terbaca entri ini, jangan terasa hati yer. Kami menegur ni untu kebaikan kalian juga ..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 Comments on "Tak Sanggup Tunggu"

  1. kalau lambat sangat tu mungkin tak berapa cekap nak buat burger banyak tu.. Kena belajar buat burger dengan pantas. 😀

  2. perghh lamanyeee. kalau sampai lebih satu jam tunggu, lebih baik masak burger sendiri kat rumah. heee

  3. kalau dah 1 jam lebih
    bagus saja cari gerai yang lebih jauh
    dapat gak jalan2 makan angin
    hehe

  4. mak ai, sampai sejam
    elok gi main futsal dulu kihkih, abes main terus makan ye tak

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me