Tudung kanak-kanak
Sup Cendawan Carbonara – Kongsi Macam2 Cerita

Sup Cendawan Carbonara

Sup Cendawan Carbonara

Sup cendawan carbonara ni adalah hidangan yang saya sediakan beberapa hari lepas, semasa banjir sedang melanda negeri-negeri Pantai Timur dan Perlis sendiri. Tapi keadaan banjir semasa tu agak masih terkawal sebelum merebak ke Perak dan negeri lain berbanding keadaan banjir yang semakin meruncing seperti hari ini.

Sebenarnya sup cendawan carbonara  (tak pasti lah resepi ni sama macam yang orang lain buat tu ke tak … ) ada ceritanya sendiri. Seminggu sebelum banjir bermula, kami sekeluarga yang dalam perjalanan balik ke Terengganu singgah sekejap di Bandar Permaisuri untuk isi perut masing-masing yang sedang kelaparan. Waktu tu lebih kurang jam 3 atau 4 petang… tak ingat arr. Last makan makanan berat ialah di Hentian  R&R Gurun jam 9 pagi macam tu, jadi dah tentu le lapar kan.

So, kita orang sekeluarga ni berhenti di deretan gerai makan yang terletak di sebelah kiri jalan betul-betul pada persimpangan 3 lampu isyarat yang mana di belakangnya ada sebatang sungai. Tak ingatlah pula apa nama gerai tu tapi di sebelah kanannya ada gerai nasi campur menu  ala-ala selera kampung gitu. Kami masing-masing order nasi goreng dan semangkuk sup cendawan. Sup cendawan tu memang sengaja kami order kerana dah pernah makan masa balik bercuti pada awal tahun ni. Rasanya yang sedikit berbeza daripada sup cendawan di tempat lain tu sungguh sedap . Emmm Yummy betul 🙂 Jadi oleh kerana teringat-ingatkan keenakannya, gerai yang sama jadi pilihan dengan harapan boleh makan sup cendawan yang sedap tu sekali lagi. Tapi untuk makluman, bukanlah sebab mengidam ke apa hehehe .. 😀

Tapi malangnya apabila menu yang diorder tu tiba di meja, rupa dan rasanya sangatlah berbeza. Huu tak sedap ! Masa tu barulah terperasan, budak-budak tukang masak dan pelayan gerainya tu orang yang berbeza. Dulu daripada tukang serve sampai ke tukang masak semuanya budak lelaki muda belia dalam lingkungan 20 an, tapi yang kali ini semuanya girls pulak. Patutlah lain rasa, dah diambil alih orang lain pula rupanya. Kempunan lah nak makan sup cendawan yang teramatlah sedapnya tu ..

Jadi bila dah balik ke rumah sendiri ni, mood terlebih rajin nak masak sup cendawan carbonara ni timbul disebabkan tekak ni terasa jemu makan nasi. Hujan kat luar lebat, jadi kalau ada hidangan berkuah yang panas-panas dan sedap macam mushroom soup Pizza Hut punya kan best..

Dan macam biasa, saya memang suka edit-edit resepi asal mengikut citarasa sendiri. Saya suka sayur .. jadi wajiblah tambah sayur kan. Haa terhasil lah sup cendawan carbonara  macam yang dalam gambar ni. Ada  berani terliur tak?

 photo b8564d97-baf3-4566-baac-0d19a94db813_zps7904cea8.jpg

Sup Cendawan Carbonara resepi pandai-pandai sendiri hehehe 😀

Ok, kot-kot ada yang berkenan dan terasa nak cuba resepi ni, bolehlah sediakan bahan-bahan berikut :

 photo 80dacdb7-5dc2-4821-a469-6bb66ee34d81_zps956229d0.jpgBahan-bahan Sup Cendawan Carbonara

  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • Sedikit mentega untuk menumis
  • 1-2 sudu besar  lada hitam – ditumbuk halus
  • 1 mangkuk kecil hirisan daging lembu ( sepatutnya guna isi ayam, tapi saya guna beaf sebab Mr Hubby tak makan ayam – berpantang untuk rawatan hyperthyroid nya tu )
  • Air secukupnya
  • 1 tin sos carbonara PREGO, lebihkan ikut saiz hidangan ( sepatutnya guna susu segar, tapi stoknya habis. Baru perasan lepas siap prepare bahan nak menumis )
  • 1-2 kiub pati ayam KNORR atau MAGGI, mana-mana pun boleh
  • 1 tin cendawan butang
  • 400 gm cendawan tiram segar
  • 1 mangkuk kecil fish ball
  • 1 batang lobak merah
  • ½ biji lada benggala / capsicum
  • 3 sudu besar bancuhan tepung jagung ( saya guna tepung jagung sebab tepung gandum pun habis juga huhu ) untuk mendapatkan sup yang pekat.
  • Garam & serbuk perasa

Untuk hiasan

  • Daun sup & daun bawang ( sebab stok daun parsley kering pun habis jugak )
  • Bawang goreng
  • 1 batang saderi

Cara-cara Membuat Sup Cendawan Carbonara

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan bangkit baunya.
  2. Masukkan hirisan daging, kacau seketika. Masukkan lada hitam & biar sehingga daging mengeluarkan airnya sendiri, barulah ditambah air.
  3. Setelah mendidih masukkan sos carbonara PREGO, kiub pati ayam dan fish ball. Biarkan menggelegak.
  4. Masukkan semua bahan sayuran.
  5. Masukkan serbuk perasa.
  6. Untuk memekatkan sup cendawan carbonara, masukkan bancuhan tepung jagung. Biar seketika atau sehingga masak.
  7. Hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Sesuai dimakan panas-panas semasa hujan : ) bersama roti bawang putih atau roti keping biasa.

Selamat mencuba sup cendawan carbonara.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

8 Comments on "Sup Cendawan Carbonara"

  1. Berselera pulak tengok sup cendawan yang meriah dengan segala rencah ni. Biasa saya buat plain je, takda taruk apa-apa. Hehe

    • Hahaha , biasa memang hidang yang plain tu je, tapi biasalah kalau dah jenis suka memandai-mandai.. memang dapat yang macam ni lah hasilnya 🙂

  2. adoiiiiiii terliur nampak di petang2 ni. heehhehe. tambah best kalau makan dengan pizza. fuhhh meleleh terus aih 😀

  3. Simple aje resepi nyer..Dah boleh buat lah ni..Nanti nak suruh girlfriend kat rumah tu buatkan..hehe.hehe

  4. mcm sedap je sis.. boleh try ni 😀

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me