SOTO AYAM APACERITA

By | October 18, 2013

Teringin nak makan soto ayam tapi tak reti resepinya ? Jom cuba resepi soto ayam apacerita. Versi ringkas, insyaallah semua orang dapat menyediakannya dengan mudah ..

Soto Ayam Versi ApaCerita.Com

Soto Ayam Versi ApaCerita.Com

Hehehe ..

Soto ayam kat atas ni sebenarnya adalah satu-satunya hidangan yang saya sediakan pada Hari Raya Korban 2,3 hari lepas. Tidak ada sebarang juadah lain. Sebabnya tak lain tak bukan kerana malas dan tak  ada idea nak masak apa untuk hari raya. Boleh pula cakap malas, buruk betul perangai kan 😀

Apabila si Haikal, anak saudara saya yang berusia 5 tahun tu datang, dia terus menuju ke dapur lalu membuka tudung saji. Haikal nak makan nasi katanya. Ha, kesian la engkau Haikal, raya kali ni mak long tak sediakan nasi seperti selalu.

Biasanya buat nasi hujan panas ....

Biasanya buat nasi hujan panas ….

Entah, rasa letih dan tak bersemangat. Jadi nak tak nak buat soto ayam saja.

Bolehlah kalau kalian nak cuba resepi di bawah ni. Tapi tak dijamin lah kesedapannya. Sekadar nak kenyangkan perut memang tak ada masalah. Soto ayam apacerita ni versi mudah berdasarkan resepi-resepi yang saya jumpa semasa temu janji dengan Mr Google. Kemungkinan besar tak sama dengan yang biasa dibuat orang lain.

Bahan-bahan :

  • Seekor ayam ( dipotong & cuci bersih seperti biasa )
  • Perencah @ Rempah  Soto (jenama apa pun tak apa )
  • 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih ( potong halus untuk tumisan )
  • 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih (( untuk dikisar )
  • Bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah keras
  • 2,3 batang serai dititik
  • Halia
  • Gula, garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam

Cara-caranya :

( Bahan untuk ketupat nasi )

  • 1 pek ketupat nasi segera FAIZA – direbus lebih awal dan sejukkan

( Bahan untuk kuah soto )

  • Panaskan minyak, tumis 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih  yang telah dipotong halus bersama serai yang dititik, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga wangi dan kekuningan.
  • Masukkan ketulan ayam dan air lalu reneh hingga mendidih.
  • Matikan api,keluarkan ayam dan siat isinya apabila telah sejuk. Ketepikan.
  • Tulang ayam dimasukkan semula ke dalam air rebusan ayam tadi dan renehkannya semula.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih , halia serta buah keras yang dikisar ke dalam periuk rebusan. Biarkan hingga mendidih ( * Waktu ini boleh dimasukkan rempah soto, bahan perasa seperti garam, gula – jika tak suka Ajinomoto, lada sulah serta kuib pati ayam jika perlu.

( Bahan sampingan/ hiasan )

  • bawang goreng, daun sup, kacang tanah, suhun goreng  taugeh,bergedil ( saya tak buat pun )

* kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak sahaja

* suhun digoreng seperti menggoreng keropok

* taugeh dicelur jika tidak suka yang mentah

( Bahan cili kicap )

  • Cili padi, kicap manis, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, garam dan gula dikisar bersama

Ok, siap dan dah boleh makan. Saya juga sediakan kuah soto daging kerana Mr Hubby pernah ikuti rawatan tradisional untuk merawat penyakit hyper tyroid dan pantangnya tak boleh makan ayam. Cara dan bahannya sama je seperti di atas.

Hehe,lintang-pukang sikit tapi harap-harap kalian faham ..

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “SOTO AYAM APACERITA

  1. ajumohit

    hmmm ini kalau dpt memang tak cukup sepinggan ni kak, nak pula kene dengan cili kicap tu perghhh terangkat 😉

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Kalau tanpa cili tu,memang rasa macam lebih kurang sup ayam je….tak ada cili tu tak kicklah rasa heheh

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Tiba-tiba je G.A.S.P plugin tu tak menjadi…ni dah ganti dgn yg lain,baru ok. Haru-biru jugak mulanya 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me