SEJARAH KACANG SOYA

By | September 21, 2014

Dengan lafaz Bismillah …

Puan-puan kaum ibu dah baca SAJI keluaran terbaru (Oktober) kali ni ? Banyak resepi  keluaran kali ini berasaskan kacang soya seperti  Tauhu Sumbat  Kukus, Salad Rampai, Quiche Tauhu  Roti dan banyak lagi resepi menarik yang mesti dicuba.  Mmm yummy ….  ( Macamlah dah cuba buat semua ….. 😀  )

Di sini saya ingin kongsikan tentang sejarah kacang soya buat pengetahuan semua. Kata orang, jangan tau makan je kan. Mohon kebenaran Utusan Karya Sdn Bhd ye untuk menyalinnya ke sini .

Sejarah Kacang Soya

  1. Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang soya dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengeksport utama kacang soya dunia.
  2. Kacang soya mula ditanam di China (3500 sebelum Masehi ). Kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada abad 20.
  3. Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hindia Timur yang membawa benih dari China.
  4. Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.
  5. Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Chenthini.
  6. Tauhu mula dibuat pada Dinasti Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.
  7. Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman yang ditubuhkan pada abad 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ini.
  8. Blairo Maggi merupakan taikun Brazil kerana beliau adalah pemilik ladang kacang soya terbesar Brazil. Blairo juga merupakan gabenor untuk negeri Mata Grasso, Brazil.
  9. Di Inggeris, individu pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.
  10. Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris sebagai  ‘soy’. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale yang berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama ‘soybean sauce’  dan ditukar pada tahun 1905 oleh Oshima seorang individu berbangsa Jepun, kepada soy sauce. Ejaan ‘soy sauce’ akhirnya disatukan sebagai ‘soysauce’  oleh Van Gundy pada tahun 1936.

Di Malaysia pada hari ini kacang soya terkenal sebagai bahan asas pembuatan kicap, tempe , minuman soya dan juga puding taufufah.

Puding taufufah sebagai contohnya, adalah pencuci mulut kegemaran ramai rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di pasar-pasar malam, pasar pagi atau gerai-gerai sepanjang jalan raya. Harganya yang murah serta rasanya yang manis, sedap dan menyejukkan tekak menyebabkan ia menjadi pencuci mulut yang popular dan diterima ramai. Dari  aspek perniagaan , menjual aneka puding taufufah adalah merupakan salah satu pilihan bijak kerana ia bukan saja produk tidak bermusim, malah margin keuntungannya besar berbanding modal permulaan yang rendah.

Jika anda ingin belajar dengan lebih lanjut tentang cara-cara membuat puding taufufah aneka perisa seperti perisa pandan, jagung dan sebagainya, jemput baca entri ini dan ini.

Ok, entri akan datang akan saya kongsikan pula dengan anda tentang cara-cara buat sendiri tempe di rumah. Insyaallah ..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “SEJARAH KACANG SOYA

    1. SisHaza Post author

      Itulah …sis pun baru tau je tentang sejarahnya ni. Maknanya orang terdahulu, dah lama makan tempe ni

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me