SAMBAL BELACAN ASAM JAWA MUDA

By | October 28, 2013

Selepas menulis post berkaitan tips buat sambal belacan yang sedap, boleh dikatakan setiap hari ada saja keyword  sambal belacan sedap atau resepi sambal belacan yang sedap  menjadi carian hangat di blog ni.

Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang sukakan sambal belacan. Mungkin agaknya sama seperti saya yang menjadikan sambal belacan sebagai menu wajib ada setiap kali makan tengah hari atau makan malam 😀 . Tanpa sambal belacan memang rasa   tak lengkap hidangan.Tak kick lah.

Bagi memenuhi ‘ carian ‘ para pembaca blog  ini, maka saya dengan besar hatinya hari ni nak kongsi resepi sambal belacan yang mungkin akan disukai oleh para penggemar sambal belacan. Sambal belacan asam jawa muda ini agak popular di sebelah utara namun ada sesetengah generasi muda jarang melihat atau memakannya.

Ok, berikut adalah resepi sambal belacan asam jawa muda untuk dicuba.

Bahan-bahan:

...tak termasuk bunga asam tu yer :-D

…tak termasuk bunga asam tu yer 😀

  • Cili api secukupnya ( boleh dicampur dengan cili besar atau gantikan dengan cli besar sepenuhnya jika tidak tahan pedas )
  • Buah asam jawa muda ( boleh saja gunakan yang sudah tua, tetapi buahnya sedikit keras dan rasa bijinya sedikit pahit )
  • Belacan secukupnya
  • Garam dan gula ( jika inginkan rasa pedas dan sedikit manis )

Cara – caranya :

  • Kikis kulit asam yang sedikit berdebu ( ada lapisan yang seperti berdebu sedikit kan pada buah asam ) dan cuci bersih
  • Potong atau hiris nipis2 buah asam tadi mengikut jumlah yang dirasakan sepadan dengan sambal belacan lalu ketepikan seketika
  • Tumbuk lumat cili api bersama garam dan gula * jika suka
  • Masukkan hirisan buah asam jawa tadi dan tumbuk hingga halus

Tadaaaaa…… siap ! Mudah aje kan 😀

sambal belacan asam jawa muda ... agak kering kerana dan warna kurang menarik kerana saya gunakan cili padi hijau

sambal belacan asam jawa muda … agak kering dan warna kurang menarik kerana saya gunakan cili padi hijau. Can do laa kan hihik

* Agak kering kerana saya tak tambahkan air. Jika sambal agak kering, masukkan 2 sudu besar air masak ke dalam lesung lalu kaup balikkan dan masukkan sambal belacan ke dalam piring.

Sambal belacan asam jawa muda ini sesuai dimakan dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah, saya hidangkan dengan pucuk kedondong dan pucuk gajus. Awet muuudaaa lagi Cik Kiah oiii hihihi. Sedap dimakan dengan nasi panas serta ikan lampam pekasam goreng sewaktu hari hujan. Memang terangkat. Mak mertua lintas pun tak sedar 🙂

Ini sebenarnya menu semalam yang dihidangkan bersama kari kepala ikan jemuduk ( orang Perlis panggil ikan nyok-nyok ), sambal tumis udang, acar timun dan pekasam goreng. Ok, selamat mencuba sambal belacan asam jawa muda versi Apacerita.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

17 thoughts on “SAMBAL BELACAN ASAM JAWA MUDA

  1. TehR

    kami sesekali je buat sambal belacan
    jimatkan beras 😀

    makan nasi dengan sambal belacan, memang boleh ‘terbalik periuk’

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Haha boleh pula macam tu ye 😀 . Hmm ok juga untuk tips jimatkan beras sambil kawal perbelanjaan

      Reply
  2. Joe

    Mase balik umah je aku dapat makan sambal belacan dan ulam. Kalau duduk sorang makan kat kedai je la…

    Reply
  3. Anak Askar Pencen

    Orang tua-tua dulu dok makan benda ni ja pun larat nak kerjakan bendang. Orang la ni dok telan hari-hari Koko Krunch, suruh menebas pun tak larat. Letih sakit pinggang la, apa semua.

    Saya pun rasa kena belajaq makan ulam-ulam ni. Kot nanti takdak la badan tu jadi manja sangat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me