Masih lagi cerita putu buluh putu bambu 🙂 Sila jangan marah uols …

Bila datang angin promosi, macam ni lah jadinya. Bukan apa, entri putu semalam masih agak kurang memuaskan hati sebab dah tulis panjang berjela, tak sempat pula nak bercerita lanjut. So, petang ni nak buat review ringkas video ebook panduan buat putu langkah demi langkah.

Video Ebook yang ditulis oleh bekas chef , Saudara Hairul Hissam  mengkhususkan panduan untuk buat putu bambu, putu piring dan aneka putu istimewa  yang gebu, lembut dan sedap mengikut resepi beliau sendiri yang diubahsuai.

6 Modul yang terkandung dalam video ebook ini adalah :

Modul 1 : Cara membuat putu home made

1. Teknik menimbang dan mengaul bahan-bahan putu.
2. Teknik melubangkan dan mengukus serbuk putu
3. Teknik mengesek dan menghaluskan serbuk putu.
4. Teknik memasukkan serbuk putu ke dalam acuan
5. Teknik memasukkan gula melaka ke dalam putu
6. Teknik mengeluarkan putu dari acuan
7. Teknik penyediaan gula melaka parut.
8. Teknik penyediaan kelapa parut

** Semua teknik-teknik penting ini diajar melalui video bersuara step by step.

Modul 2 : Cara membuat putu komersial ( untuk diniagakan )

1. Teknik Membuat Putu Piring dari awal hingga siap
2. Teknik Membuat Putu Bambu dari awal hingga siap
3. Teknik membuat Putu pada kuantiti yang banyak.
4. Cara Mendapatkan peralatan putu piring dan bambu
5. Tips menjadikan putu anda halus, lembut dan sedap.

Modul 3 : Cara membuat putu komersial edisi baharu

1. Cara Membuat Putu Kukus Daun Pisang
2. Cara Membuat Putu Kukus Daun Pandan
3. Cara Membuat Putu Cup Ala Cup Cake
4. Cara Membuat Putu Cicah Kuah Kaya
5. Cara Membuat Putu Coklat

Modul 4: Cara membuat pelbagai jenis  inti putu

1. Resepi Putu Inti Kaya
2. Resepi Putu Inti Coklat
3. Resepi Putu Inti Kelapa Manis
4. Resepi Putu Inti Kacang Tanah
5. Resepi Putu Inti Kacang Merah

** Inti yang pelbagai untuk disasarkan kepada pelanggan pelbagai peringkat umur

Modul 5 : Cara membuat anggaran pengiraan kos buat  bisnes putu

** Ini untuk membantu anda memaksimakan keuntungan

1. Cara pengiraan keuntungan putu dengan excell file
2. Cara pengiraan keuntungan putu secara manual
3. Cara mengandakan resepi untuk kuantiti yang banyak.

Dalam modul ini saya akan tunjukkancara  menggunakan excell dan juga secara manual. Untuk mereka yang tidak suka menggunakan excel, cara pengiraan secara manual turut diajar.

Modul 6: Cara atau strategi bisnes putu

1. Tiga Cara Pembungkusan Putu
2. Bagaimana Melakukan Bisnes Putu Sambil Bekerja
3. Strategi Bisnes Putu
4. Tips memohon penjaja tepi jalan
5. Tips Membuat Makanan Frozen

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya ceritakan kat sini bab cara-cara membuat putu ni, tapi dah namanya pun review ringkas, jadi setakat ini sahaja dulu.

Testimoni Blogger Cik Tom -Ibarat Hairul Mengajar Di Depan Mata Cik Tom

Tahniah akhirnya saudara Hairul berjaya menyiapkan “Pakej Lengkap Rahsia Putu”. Alhamdulillah panduan rahsia aneka putu ini sangat bagus serta lengkap berserta video mengajar langkah demi langkah ibarat Hairul mengajar di depan mata cik tom. Hasilnya teknik rahsia nak buat putu menjadi semudah a..b..c.
Ini bukan ayat nak bodek, tapi Hairul memang seorang yang tidak lokek dengan ilmu. Siap bagi tips tambahan lagi untuk hasilkan putu yang sedap serta lembut. Dengan berpandukan ebook video aneka putu ini, dapatlah cik tom buatkan aneka putu yang istimewa buat keluarga tersayang. Boleh makan sepuasnya dan puas hati pulak tue.
Panduan rahsia putu ini sangat cik tom syorkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar resepi putu untuk makan sendiri mahupun tujuan bisnes. Malahan turut disertakan dengan panduan membuat bisnes putu piring termasuk cara pengiraan kos putu. Ianya memang lengkap, unik dan sangat berbaloi!
Ikhlas dari hati, Nur Fatihah Md Rushdi @ ciktom

Tak kira sama ada anda berminat nak belajar sekadar untuk disajikan di rumah atau ada niat untuk berniaga, anda boleh terus ke sini untuk maklumat lebih terperinci. Baca sendirilah agar lebih faham. Jom …

9 Comments

  1. teringin juga nak buat putu sendiri
    selama ni hanya pandai makan je

    1. Author

      boleh cuba tu cg… mana tahu lebih sedap dari yg dibeli. haa untung anak ister 🙂


  2. Putu memang sedap di makan dengan teh panas. Menu di waktu petang dan di kala hujan..hehe

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *