Resepi Smoothie Hijau

By | May 22, 2015

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sedikit sharing hari ni tentang resepi minuman . Sebenarnya dah lama berkira-kira nak menulis entri ringkas berkaitan minuman ni, tapi asyik tertangguh-tangguh saja sampai ke hari ini.

Semalam saya ajak si abang membantu saya di dapur menyediakan resepi Smoothie Hijau,  resepi minuman berasaskan buah dan yogurt tu. Saya ibu berkerjaya yang tak memiliki anak perempuan, jadi saya memang latih tuan-tuan putera berdua tu biasakan diri di dapur. Esok-esok kalau dipanjangkan umur dan merasa usia tua ( eceli sekarang pun dah tua huhuhu ), sekurang-kurangnya ada orang yang diharapkan boleh membantu menanak nasi dan menjerang air … mudah-mudahan.

Sebenarnya, hasrat membuat sendiri fruit punch dan juga smoothie ni timbul apabila kerap sangat ke dua-dua beradik ni mengajak kami suami isteri ni singgah ke ‘Cool Blog ‘ dan ‘Chatime’ apabila keluar ke mana-mana.

Sekali-sekala boleh lah, tapi kalau dah kerap sangat memang terasa juga ‘sakit’ poketnya tu. Iye laa, minuman di kiosk-kiosk begitu bukannya murah. Nak-nak kalau ditambah lagi bahan ikut kehendak tekak masing-masing … fuh, berpeluh juga Cik Kiah nak membayornye.

Jadi bagi menyelamatkan budget di samping dapat juga menjaga kesihatan, apabila terasa nak minum smoothie segala bagai ni adalah dengan membuatnya sendiri di rumah. Rasanya dapat lah kurangkan sedikit kosnya di samping boleh control kadar gula yang digunakan dalam hidangan tu.

Sayang sekali, lepas smoothie hijau tu selamat sampai ke usus ( agaknya lah 😀 ) baru teringat nak snap gambarnya sebagai bahan bukti air tangan sendiri. Tapi tak mengapalah, saya dah minta izin Mr Google untuk pinjam sat gambar mereka sebagai hiasan contoh hihihi …

Ok, bagi yang teringin nak buat sendiri smoothie, boleh cuba dengan resepi smoothie hijau ni dulu sebab ianya simple dan ambil masa singkat saja untuk menyiapkannya

Resepi Smoothie Hijau

  • 4- 5 tangkai anggur hijau tanpa biji ( dibelah 2 )
  • 1 biji buah kiwi ( apa-apa brand lah ..)
  • 100 ml yogurt asli ( plain yogurt )
  • Ais kiub
  • 3 sudu besar gula pasir

Cara Membuat Smoothie Hijau

  1. Bersihkan buah
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar halus

green smoothie

Tadaaaa …. Ready to drink !

Ok resepi smoothie hijau ni boleh anda edit sukatannya, juga dengan menggantikan buah lain yang anda suka serta difikirkan sesuai. Jika inginkan menu lebih sihat, kurangkan atau tak perlu masukkan gula terus. Smoothie hijau ni sangat sesuai diminum ketika sejuk. Rasanya memang sedap.

Next entry, insya-Allah saya akan share dengan anda senarai bahan yang biasa digunakan dalam membuat minuman dan pencuci mulut.

Sementara itu, anda juga boleh belajar membuat minuman dan aneka desserts di sini.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One thought on “Resepi Smoothie Hijau

  1. Pingback: Resepi Yogurt – Resepi Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me