Tudung kanak-kanak
RESEPI SIAKAP STIM APACERITA – Kongsi Macam2 Cerita

RESEPI SIAKAP STIM APACERITA

Salam sejahtera semua,

Aura raya sudah bertebaran ke serata alam. Ramai yang dah balik ke kampung, tapi kami sekeluarga masih di sini. Belum ada keputusan bila akan balik beraya di Terengganu, tapi saatnya boleh jadi bila2 saja dari sekarang .. Hmm, boleh pula macam tu ye ?

Ye, begitulah cara saya dan Mr Hubby. Tak ada masalah sama ada nak beraya di Terengganu atau di Perlis.

Dekat2 nak hari raya orang sibuk siarkan resepi kuih raya, tapi lain pula ceritanya kat sini. Mempersembahkan resepi siakap stim apacerita hehehe :P. Ok, sebenarnya 3,4 hari lepas kami semua berbuka di rumah emak saya. Tak tahu nak masak apa jadi saya buat keputusan masak je siakap stim  kegemaran ayah. Resepi style saya sendiri, so please jangan compare dengan resepi tukang masak atau chef2 terkenal ye. Siakap stim ni mungkin versi yang berbeza dengan siakap stim yang biasa dibuat oleh orang lain.

Siakap Stim Versi ApaCerita

Siakap Stim Versi ApaCerita

Gambar yang tak semenggah ni di ambil secara tergesa-gesa  menggunakan Note 10.1 sebab tinggal 10 minit je lagi untuk berbuka. Tak ada hiasan malah alas meja pun tak sempat nak dipasang semula sebab berbasuh. Ikan siakap ni asalnya besar dan dek besar dan panjangnya tu jadi tak muat pula nak letak dalam kuali . So Mr Hubby potong kepada 2 bahagian. Hehe jangan tak percaya , Mr Hubby memang sejak dari awal kahwin lagi selalu take over bahagian siangkan ikan yang besar2 ni 🙂

Cara nak buatnya mudah je, just campak2 apa yang patut ^_^.  Bahan2 yang saya gunakan :

  1. Seekor siakap sedang saiznya ( disiang, belah bahagian belakang dan dicuci bersih )
  2. Sos tiram, sos lada hitam
  3. 2 @ 3 batang serai dititik
  4. 1cm halia ( dihiris halus )
  5. 2 batang carrot, dipotong kecil memanjang
  6. Kepingan nanas
  7. 2@3 biji asam boi
  8. 2 biji tomato ( 1 biji dibelah 6  )
  9. 4,5 biji cili padi ( gantikan dengan cili besar jika cili padi tiada )
  10. Daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
  11. Garam dan serbuk perasa
  12. Air

Cara :

1. Perap bahagian dalam ikan dengan sos tiram dan sos lada hitam ( anggaran jumlah sos terpulang kepada diri sendiri ) selama 1 jam.

2. Masukkan sebahagian carrot,nanas , tomato, cili, halia dan  serai ke dalam bahagian dalam ikan.

3. Letak ikan dalam periuk stim ( saya guna kuali je dengan tudung periuk pengukus  ). Litupi ikan dengan sebahagian lagi lebihan carrot, nanas dan lain2 nya tu beserta asam boi.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa beserta sedikit air ( Saya tak suka Ajinomoto, jadi saya ganti dengan sedikit gula dan serbuk lada sulah. Air pula saya masukkan lebih sebab anak2 saya sukakan kuahnya )

5. Masak dengan api sederhana selama lebih kurang 15 minit, hmm pandai2 agak sendirilah..

6. Angkat hiaskan dengan daun sup,daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh perahkan sedikit air lemon ke atas hidangan.

Ok, mudah dan simple je. Bolehlah cuba. Resepi ni diolah sendiri berdasarkan  daripada resepi yang saya jumpa di internet yang sedikit berbeza. Resepi untuk orang yang kesuntukan masa dan ‘terlebih rajin ‘.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "RESEPI SIAKAP STIM APACERITA"

  1. menarik.. resepi yang mudah ni, selalu orang cuba.. =)

  2. Boleh tahan resepi ikan siakap masak Stim ni… nanti bolehlah minta orang rumah tolong masakkan… Pinjam resepi yer… 😉

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me