Tudung kanak-kanak
RESEPI PAU UDANG LADA HITAM – Kongsi Macam2 Cerita

RESEPI PAU UDANG LADA HITAM

Salam semua. Happy CNY untuk Chinese readers ye ..

RESEPI PAU UDANG LADA HITAM

Ok, seperti yang dijanjikan inilah dia resepi pau yang sedap dan best iaitu resepi pau udang lada hitam. Jom lari sedikit daripada  kebiasaan. Kalau dulu kita biasa makan pau inti kacang, pau kaya, pau daging dan pau  ayam apa kata cuba hidangkan pau inti udang lada hitam pula untuk family. Tentu anak-anak dan suami anda suka.

Resepi ni saya dapat dari sebuah buku resepi dan rasanya tak salah dan boleh diubah suai ikut cita rasa masing-masing.

Bahan-bahan Pau Udang Lada Hitam :

Bahan Asas Pau

  • 200 gram tepung gandum
  • 1 ½ sudu teh ragi segera
  • 1 ½ sudu teh serbuk penaik
  • 30 gram gula halus
  • 15 gram susu tepung
  • 1 biji telur ( putih sahaja )
  • 75 ml air batu
  • 25 gram mentega putih
  • ¼  sudu teh garam

 Bahan Inti Pau

  1. 1 labu bawang besar ( dicincang )
  2. 2 ulas bawang putih ( dicincang )
  3. 2 biji cili merah ( dibuang bijinya dan dicincang )
  4.  150 gram isi udang ( dicincang )
  5. 2 ½ sudu makan tepung gandum
  6. ½ sudu makan lada hitam ( disangai dan ditumbuk )
  7. 100 gram cendawan butang ( dipotong  kecil-kecil / halus )
  8. 100 gram kacang peas
  9. 1 sudu teh garam –  ** ubah suai sukatan mengikut keperluan
  10. ½ sudu teh gula pasir – ** ubah suai sukatan mengikut keperluan
  11. 125 ml pati / stok udang ( air rebusan udang )
  12. 1 biji telur
  13. 2 batang seleri ( dipotong halus )
  14. Sedikit marjerin untuk menumis

Cara membuat doh pau

  • Campurkan tepung gandum ,ragi segera,serbuk penaik,gula halus dan susu tepung lalu diadun rata.
  • Masukkan telur putih lalu digaul rata.
  • Tambahkan air batu sedikit demi sedikit, uli sehingga adunan menjadi doh.
  • Masukkan mentega putih dan garam. Uli sehingga aduan menjadi kenyal.
  • Tutup adunan dengan kain basah dan ketepikan selama 30 minit.
  • Selepas 30 minit, tekan atau uli adunan menjadi doh kecil ( anggaran 12-15 biji ), ketepikan selama 5 minit lagi.

Cara Membuat Inti

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan marjerin sehingga kekuningan dan naik baunya.
  2. Masukkan isi udang dan kacau seketika.
  3. Tambah cili merah, dan tepung gandum (  lalu dikacau rata
  4. Masukkan kacang peas, cendawan butang dan air rebusan udang. Biarkan semua bahan sebati  buat seketika.
  5. Masukkan telur dan kacau rata lalu matikan api.
pau udang lada hitam

Pau Udang Lada Hitam – Maaf pic kurang memuaskan ^-^

Seterusnya … langkah akhir

  • Tekan doh dan masukkan 1 sudu makan inti.
  • Bulatkan  / bentukkan doh tersebut sehingga menutupi inti..
  • Letakkan alas kertas roti pau dan ketepikan 30 minit
  • Kukus selama 10-15 minit sehingga masak pada suhu / api sederhana.

Nampak macam renyah atau leceh sikit stepnya kalau tak biasa buat, tapi sebenarnya ia tak sesusah mana pun. Untuk memudahkan urusan membuat pau, ada baiknya anda sediakan intinya dahulu barulah fikir tentang membuat doh.

Untuk belajar asas membuat  pau yang betul dengan teknik yang betul serta mendapatkan pau yang  sedap, lembut , gebu serta tidak mudah turun  ada baiknya anda dapatkan sendiri daripada pakar pau  ini  yang juga seorang chef yang mahir dalam bidangnya.

Insyallah pencarian anda berbaloi. Ok, selamat belajar @ membuat pau.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

8 Comments on "RESEPI PAU UDANG LADA HITAM"

  1. mesti sedap ni inti udang
    sebelum ni biasa makan pau inti kacang je

  2. mesti sedap ni..nak kena cuba buat nanti 🙂

  3. sedap kalau buat sendirikan..selamat hujung minggu

  4. memang feveret saya ni kak, kene cuba resepi ni nanti

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me