Resepi Mudah Masak Lemak Buah Remunggai

By | April 25, 2017

Resepi Mudah Masak Lemak Buah Remunggai

Assalamualaikum  semua

Ada sesiapa tak yang mencari resepi mudah masak lemak buah remunggai untuk menu keluarga hari ni ? Kalau ada , bolehlah cuba resepi mudah masak lemak buah remunggai yang  hakak nak kongsikan hari ni. Sebenarnya ramai generasi sekarang ni yang tak pernah makan masak lemak buah remunggai ni. Jangankan makan, rupa sayur atau buah remunggai ni pun ada yang seumur hidupnya tak pernah tengok pun.

Ok, sebelum kita mulakan resepi mudah masak lemak buah remunggai ni, jom kenali dulu serba sedikit rupa dan asal-usul buah remunggai ni.

Kredit : Google Images

Buah remunggai ni adalah buah berbentuk panjang  seakan kacang panjang tetapi saiznya  lebih kurang 3 kali ganda lebih besar. Jika kacang panjang dimakan keseluruhan buahnya, buah remunggai pula dimakan biji serta lapisan lembut didalamnya namun tidak kulit luarnya kerana kulitnya keras. Pokoknya pula sederhana tinggi. Disesetengah tempat ia dikenali sebagai buah gemunggal atau kelor

Dikatakan buah remunggai ini menjadi salah satu makanan kegemaran masyarakat India dan pokoknya yang tahan lasak berasal dari Himalaya, India . Kemudiannya perlahan-lahan tersebar ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat.

Dikatakan juga pokok ini bersifat bebas toksik dan memiliki banyak khasiat dari segi pemakanan  contohnya untuk merawat sembelit dan tekanan darah tinggi selain berguna untuk pembuatan kosmetik.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, buah ini dimasak lemak, kari atau dimasak sebagai sebahagian daripada ramuan  dalca. Tak pasti lah pulak kalau-kalau ada orang masak asam pedas dengan buah remunggai atau gemunggal ni 🙂

Apabila hendak dimasak, kulit luarnya perlu dikikis dulu , sebelum dipotong beberapa bahagian dan dibuang sulur kulit luarnya.

Usah ditanya mengapa perlu dikikis kulit luarnya sebab hakak pun tak pernah tahu sebabnya. Sebabnye  sejak zaman kecil dulu, memang tak pernah makan sayur buah ni walaupun emak hakak kerap sangat memasak menu ni. Hanya bila dah beranak-pinak ni yang mula suka dengan masak lemak buah remunggai ni. Yer kalau korang tak perasan,menu kesukaan pun kadang berubah seiring dengan umur tau. Tak caya, cuba buat bancian atau sila tunggu jadi tua hihihik 😀

Dari segi logik pemikiran hakak yang memandai-mandai ni heheh… mengapa kulit nya perlu dikikis, mungkin untuk mengelakkan rasa pahit.Sebabnya, apabila dikikis akan terkeluarlah lapisan atau kulit berdebu sama seperti lebih kurang keadaannya dengan buah asam jawa yang dikikis sebelum dijadikan sambal belacan tuh.. Tak boleh bayangkan jugak ye ? Tak ape lah, tunggu sampai korang jumpa buah ni dan buat sendiri eksperimen pertama dengannya.

Ok, membebel panjang pun tak guna. Moh le kita belajar resepi mudah masak lemak buah remunggai ni sekarang.

Bahan-bahan

Seikat buah remunggai  dikikis, dipotong , dibuang sulur kulitnya dan dibersihkan  ( pastikan buahnya tidak terlalu tua – kalau tua confirm tak boleh makan sebab biji @ kekacangnya akan mengeras )

Santan sederhana pekat secukupnya

Segenggam ikan bilis – dibuang kepala / perutnya dan dibersihkan ( boleh digantikan dengan udang kering atau udang basah jika suka )

Sedikit garam dan serbuk perasa

3 biji cili api – diketuk

Bahan Tumbuk

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih  ( akak tak masukkan pun )

1 cm kunyit hidup – dikikis dan dibersihkan

Cara Memasak Resepi Mudah Masak Lemak Buah Remunggai

Masukkan semua bahan tumbuk, bahan diketuk  dan ikan bilis ke dalam santan. Masak atas api sederhana sehingga hampir mendidih.

Masukkan buah remunggai, kacau sekali sekala sehingga buah tu masak ( kulit buah ada yang pecah dan ada kelihatan bijinya )

Masukkan garam dan serbuk perasa.

Siap resepi mudah masak lemak buah remunggai.

Bagi yang berminat untuk merasa keenakan masak lemak buah remunggai ni, boleh mencubanya nanti

** Sesetengah penggemar menu buah remunggai ini , suka memasukkan telur ayam yang dipecahkan ke dalam masakan ini sebelum diangkat bagi memekatkan kuahnya. Tapi so far, ada sekali sahaja hakak berbuat demikian. Entah, rasa kurang sedap pula. Cita rasa masing-masing laa kan …

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me