Resepi Lontong Raya

By | August 3, 2015

Sharing resepi lontong raya untuk kali ini ..

Mood Hari Raya Aidil Fitri masih terasa walau pun hari ni dah masuk hari ke-18 Syawal bertandang. Kat tempat kerja, masih lagi rancak dapat jemputan jamuan raya dan rumah terbuka . Jamuan raya kelas pra sekolah, jamuan raya kelas pendidikan khas, jamuan raya tajaan mak cik kantin … macam2 jamuan raya lagi lah.

Hmm, memang meriah raya kali ni. Nak ditolak tentu lah tak baik kan . Kata orang rezeki jangan ditolak, nahas jangan sengaja dicari . Bab makan-makan apa lagi, kesukaan Cik Kiah tu hehehe πŸ˜€

Dek kerana tak memilih bab makan ni, jarum penimbang pun dah bergerak ke satu line lagi. Dua minggu raya berat badan naik 1.5 kg . Ohhh tidakkkk … nak naik tak payah tunggu lama-lama. Tang nak turun tu, berminggu-minggu 50 gm pun belum tentu lagi. Ishhh tak boleh jadi, nampak gayanya kena ikut program FIT 30 dah ni huhuhu.

Ok, berbalik cerita jamuan raya hari tu … jamuan raya kelas pendidikan khas ni memang dibuat dalam skala yang agak besar. Biasalah, budget tahunan mereka memang banyak. Banyaklah menu berat yang disediakan seperti laksa Johor, sate dan nasi himpit, mee goreng dan macam-macam lagi lah hidangan karbohidrat termasuklah menu kesukaan Cik Kiah masa bertugas kat Dungun dulu tu. Apa lagi kalau bukan lontong.

Kiranya lontong ni adalah menu utama jamuan raya mereka hari tu. Walau pun itu memang salah satu menu kegemaran, tapi makan masih lagi dalam gaya berhemah ok. Konon-konon jaga badan lah, walau sebenarnya control macho ayu saja ngeeee hihi.

Keesokannya , terlintas nak buat sendiri lontong ni kat rumah. Boleh lah makan puas-puas, lepaskan rindu kat lontong yang sedap di Dungun dulu tu. Kebetulan juga, sehari sebelumnya dah ke pasar beli stok barang basah untuk beberapa hari, jadi makin mudahlah kerja masak-masak resepi lontong raya ni.

 photo 20150801_135736_zpst9rjbc1d.jpg

Kali terakhir masak lontong ni, ada laa dalam 2-3 tahun lepas. Jadi tak berapa nak ingat pula resepinya. Nasib baik ada beli SAJI keluaran raya, jadi dapatlah buat eksperimen dengan menggunakan resepi lontong yang ada di dalamnya.

Alhamdulillah, baik dari segi rupa mahu pun rasanya .. semuanya menjadi walau pun ada kekurangan sejenis dua bahan.
 photo bbf36718-91fd-4331-aa4f-386b9d90e302_zpsw2vhwpi1.jpg

 photo a193481a-2c2c-4397-bde3-48d4e313d06a_zpsxhjzag4r.jpg

Bagi yang nak cuba buat lontong ni, boleh GOOGLE mana-mana blog resepi on air, insyaallah jumpa. Kalau nak guna pakai resepi yang saya ambil dari SAJI ni pun boleh je. Insyaallah, resepi lontong raya anda tu tak mungkin bertukar menjadi bubur lambuk yer hihik.

Jom tengok apa bahan yang diperlukan untuk Resepi Lontong Raya ni ..

Bahan –bahan Resepi Lontong Raya

  • Ketupat nasi segera FAIZA – direbus sehingga berasnya hancur dan menjadi padat. Sejukkan sebelum dipotong.
  • ** 5 ulas bawang merah ( Saya gunakan bawang besar je, sebab jarang guna bawang merah kat rumah ni )
  • ** 50 gm udang kering ( Saya campurkan dengan bilis sebab udang kering tinggal sedikit sahaja )
  • ** Kunyit hidup – dibersihkan dan dibuang kulitnya
  • Bahan bertanda **, perlu dikisar bersama
  • 3 batang serai – dititik
  • Tempe – dipotong dadu
  • Pucuk & Suhun – direndam sehingga agak lembut
  • Semangkuk kecil udang segar – dibuang kulitnya
  • Taukua / tofu – dipotong dadu
  • Ubi kentang secukupnya ( saya tak masukkan sebab malas nak keluar pi beli )
  • Kacang panjang, kobis, lobak merah, bunga kobis, terung, cili besar ( Saya masukkan semua kecuali terung, sebab memang tak ada stok ) – dibersihkan dan dipotong
  • Santan segar secukupnya ( Saya gunakan 3 kotak kecil santan kotak Ayam Brand sebab saiz hidangan agak besar dan susah nak cari santan segar )

Cara Memasak Resepi Lontong Raya

Caranya mudah sahaja.

  1. Masukkan santan, serai dan bahan kisar ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana.
  2. Apabila hampir mendidih, masukkan udang segar.
  3. Setelah santan mendidih, masukkan semua bahan termasuk sayur-sayuran . ( Saya masukkan bahan yang tidak mudah layu seperti tempe , taukua dahulu untuk 8-10 minit sebelum masukkan sayuran).
  4. Masukkan cili besar danΒ  bahan perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup masak, matikan api .

Siap.

Boleh dihidangkan bersama sambal bilis. Resepi sambal bilis tak perlu diceritakan sebab rasanya semua pandai buat dah. Kalau tak reti jugak, beli je sambal bilis tin keluaran ADABI atau YEO’S πŸ˜€

Ok selamat mencuba.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada πŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye πŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “Resepi Lontong Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me