Tudung kanak-kanak
RESEPI KETUPAT SOTONG ALA-ALA TERENGGANU – Kongsi Macam2 Cerita

RESEPI KETUPAT SOTONG ALA-ALA TERENGGANU

Resepi Ketupat Sotong Ala-ala Terengganu

Bulan-bulan puasa ni selera  memang lain macam. Serba serbi teringin nak makan .Syaitan dah memang kena rantai,tapi nafsu makan still tak kecik-kecik.. 😀 Hehe, ada yang terasa ?

Maaflah, bukan nak mengata sesiapa pun tapi lebih kepada menilai diri sendiri. Ramadhan bulan seribu rahmat, bulan untuk melipatgandakan amal ibadat. Tapi yang dikatakan manusia ni, memang tak pernah lepas daripada menurut nafsu … Kata orang ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu ! So sama-samalah kita berpada-pada dalam apa-apa perkara  hatta soal makan sekali pun.

Ehemm, sebut bab makan ni, kalau kat office atau tempat kerja, bulan-bulan Ramadhan ni masuk pukul sembilan je dah mula fikir menu apa nak masak untuk berbuka hari ni . Kalau buka group perbincangan sekalipun, jangan sampai lupa kerja ye 🙂

Moh apa kata kita cuba buat ketupat sotong ala-ala Terengganu. Mesti terangkatlah!

Ok terus ke bahan-bahannya :

 photo a4699fad-d6e1-4d24-8414-dc0dcf05367e_zpsd30ba53c.jpg

 photo 1dd8ed99-b7b2-4e33-86ad-e9f6eb225de9_zps8a82bdb6.jpg

Resepi Ketupat Sotong Ala-ala Terengganu

p/s: Maaflah gambar tak secantik mana. Al-maklum kamera murah je huhu..

Bahan-bahan ketupat sotong :

  1.  7-8 ekor sotong bersaiz besar-dibuang tulang, pundi dakwat dan dibersihkan. Toskan.
  2.  Secawan beras pulut, dibersihkan dan direndam selama 60 minit.
  3.  Satu camca teh biji halba.
  4. 4  ulas bawang merah  – dihiris halus.
  5. Sedikit halia.
  6. Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara. Membuat Ketupat Sotong

  • Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan .
  • Sumbatkan atau masukkan beras pulut ke dalam sotong( anggaran 2/3 daripada ruang dalam badan sotong) Tak boleh disumbat penuh kerana beras pulut akan mengembang.
  • Gunakan lidi untuk dicucuk pada bahagian atas sotong bagi mengelakkan beras pulut terkeluar.
  • Panaskan empat atau lima cawan air dalm periuk kosong. Masukkan halba, bawang dan halia ke dalam periuk tersebut.
  • Apabila mendidih,masukkan sotong ke dalam air rebusan secara tersusun.
  • Didihkan sehingga 20 minit atau sehingga pulut di dalamnya masak (pandai-pandai lah macam mana nak trace sama ada pulut tu masak atau tidak)
  • Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong tadi. Masak sehingga santan hampir kering barulah masukkan gula dan garam sekucup rasa.
  • Matikan api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

p/s: resepi ini mungkin sedikit berbeza dengan resepi  asli ketupat sotong Ganu kite tapi rasanya tetap awesome insyaallah. Selamat mencuba .

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

8 Comments on "RESEPI KETUPAT SOTONG ALA-ALA TERENGGANU"

  1. Hehe…kesilapan teknikal. Secukup ye bukannya sekucup 😀

  2. best laa resepi nie, sumbat pulut dalam sotong 😀

  3. saya tak reti nak makan ketupat sotong manis ni kak, atau kalau nak makan, saya cicah dengan sambal hehe

  4. Perghhh feveret nihhh..memang sedap sampai menjilat sudu nih..hehe

  5. Sudah lama tidak merasa resepi ketupat sotong. Kalau jumpa ingin merasa.

  6. Mantabb,,lezatnyaaa

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me